fbpx
blog najib asaddok

Bisnes Bukan Sekadar Bisnes,Pengalaman Desaru Buatkan Asri Belajar Sesuatu Benda Yang Baru

Tuan Asri

Bisnes ni bukan sekadar tahu jual produk dan tahu tarik pelanggan je. Sebagai owner bisnes, mesti mengharapkan bisnes ni kekal lama dan berpanjangan. dan dari bisnes ni lah banyak impian yang kita boleh capai bukan sahaja untuk kita tapi untuk orang lain juga. 

Baru baru ni, dalam sesi Ultimate Partner Gathering yang berlangsung di Desaru, Johor, banyak learning point yang peniaga dan usahawan yang saya dah bantu kongsikan. Mereka ni merupakan pelajar Ultimate saya. Salah sorang daripada nya merupakan pemilik Klinik Pergigian Happy, Muhammad Asri bin Mohamed Ishah. 

Pertama, dari segi adab. Dekat mana-mana pun kita pergi benda penting yang kita kena bawa ialah adab. Tak kisah la apa pangkat dan darjat sekalipun, adab benda pertama yang kita kena bawa. Kerana dari adab ni lah menunjukkan apa tindakan dan penerimaan orang ramai terhadap kita. 

Selain tu, belajar bagaimana menghargai seseorang dengan bersungguh-sungguh. Manusia ni suka sangat bila dihargai. “Saya belajar bagaimana menghargai seseorang dengan sungguh-sungguh dan bukan dalam keadaan pura-pura”, ujarnya. “Hal ini berlaku beberapa tempat dan keadaan sepanjang gathering ini berlangsung, diantaranya hadiah yang diberikan oleh sifu dan team momentum sewaktu kedatangan dan sewaktu dinner malam terakhir dan banyak lagi moment yang berlaku yang bersangkut paut dengan point ini”…..

Yang ketiga, sentiasa ambil berat dengan pelanggan kita. Mudahkan kita untuk bantu dan selesaikan masalah pelanggan. Dan yang paling penting adakan masa bercakap dengan “CUSTOMER” untuk tahu apa yang bagus dan apa yang tak bagus dalam perkhidmatan kita berikan. Katakan kita mempunyai customer yang “PREMIUM” adakah layanan kepada customer tersebut sama seperti customer yang membeli yang bukan premium? Mestilah tidak kan ! Secara tidak langsung bagaimana kita nak “SERVE” mereka yang telah Loyal dan kerap membeli dengan kita cara layanannya adalah sangat berbeza. 

Ilmu dalam bisnes ni banyak sebenarnya. Bukan sekadar tahu tentang marketing dan sales sahaja. Saya nak bimbing anda bukan sekadar peningkatan dalam bisnes, tapi juga peningkatan dalam diri. Saya nak anda jadi orang seterusnya yang akan saya bimbing sehingga berjaya. Dapatkan info bimbingan dan tunjuk ajar di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !