fbpx
blog najib asaddok

Bisnes bukan hanya untuk diri tapi untuk bantu lebih ramai orang

Bisnes bukan hanya untuk diri tapi untuk bantu lebih ramai orang

Hari ini, Rabu (28 Julai 2021) adalah hari yang bermakna untuk saya dan Momentum Internet..

Alhamdulillah.. Allah masih lagi izinkan kami dan berikan peluang untuk terus bantu ramai orang dalam keadaan getir Pandemik Covid-19

Hari ini, saya, isteri saya, Pn. Nuruliyzah Rahiman dan Team Momentum Internet sama-sama turun ke sekitar Kluang untuk hulurkan sumbangan untuk penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19

Bisnes bukan hanya untuk diri tapi untuk bantu lebih ramai orang

Sebanyak 1,000 sumbangan yang kami berjaya berikan kepada penduduk sekitar Kluang, Simpang Renggam dan Pontian yang benar-benar terdesak memerlukan sebarang bentuk bantuan.

Mereka yang kami bantu ini keadaan mereka sangat kritikal kerana kebanyakan mereka diberhentikan kerja, bisnes terpaksa tutup dan mereka langsung tidak ada pendapatan.

Mereka juga tidak pernah mendapat mana-mana bantuan dari institusi lain. Jadi bila saya dan team Momentum Internet berikan sumbangan, jelas terbayang riak muka gembira dan berlinangan air mata tu terpacar pada wajah..

Allahuakhbar.. Rasa sebak bila lihat wajah-wajah mereka yang terima sumbangan walaupun kecil dari saya dan team.
Mereka terima dengan wajah yang gembira, tak berhenti ucap terima kasih walaupun saya tahu ada kesedihan yang terpaksa tanggung..

Alhamdulillah, sumbangan ini dilakukan secara pandu lalu supaya SOP terjaga dan tidak memudaratkan mana-mana pihak.

Sekalung penghargaan buat wakil ketua-ketua kampung, ketua Mukim Kluang, NGO Gagasan 13 yang banyak membantu kami menguruskan senarai penerima sumbangan

Syukur semuanya berjalan dengan baik. InsyaAllah ini baru Fasa 1, ada lagi sumbangan yang akan kami aturkan dalam Fasa 2 nanti

Jom tengok ni jap..

Inilah perjuangan kami.. Semoga Momentum Internet Sdn Bhd terus maju, untuk kami lagi banyak dapat berikan sumbangan kembali pada masyarakat..

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !