fbpx
blog najib asaddok

Bermula Daripada Dropship Sekarang Dah Jadi Leader Dan Buat Jualan RM500,000 Sebulan Masa PKP

anak kampung

Siapa dekat sini dah lama tak bagi duit belanja pada mak ayah? Bukan kata duit, nak balik kampung luangkan masa dengan mereka pun tak sempat.. Bayangkan Puan Shandy Anak Luat atau panggilan mesranya Chumit ni hidup dalam keadaan serba tak mampu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

Dengan tangisan sayu, wanita kelahiran Sarawak ini berkongsi dengan kami bahawa sepanjang 8 tahun menetap di Sabah, dia hanya berpeluang untuk pulang ke kampung sekali sahaja, pada tahun 2017, itu pun sebab nak menyambut Hari Gawai. 

Bukan itu jer, untuk menampung perbelanjaan anak-anak, Puan Shandy kuatkan diri berniaga secara kecil-kecilan di gerai berhampiran sekolah anaknya. Tapi satu persatu dugaan menimpa Puan Shandy apabila duit jualan dalam cash box tak sampai RM5 pun. Kalau anda berada di tempat Puan Shandy apa anda rasa? Dengan duit RM5 tu boleh beli apa jer?

Puan Shandy juga pernah terpaksa ikat perut dengan makan pisang rebus sahaja sebab kehabisan beras di rumah. Mereka anak beranak terpaksa berkongsi makanan yang ada, kata Puan Shandy “Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan waktu itu”.

Sampai satu tahap dia fikir sampai bila nak terus hidup macam ni, jadi dia mula berjinak-jinak dalam bisnes secara online sebagai Dropship Emas KC. Masa mula-mula bisnes jadi dropship, sales naik turun tak sampai RM200 sebulan. Tapi siapa sangka sekarang dia berjaya jadi Leader dan sales sebulan boleh mencecah RM500,000. Tu baru sebulan, kalau kira total sales sehingga bulan November dah mencecah RM9 Juta. Wow! Hebat kan?

Kalau kita fikir balik, masa PKP ni siapa jer yang beli emas? Bukan boleh melaram keluar jalan-jalan. Apa agaknya rahsia Puan Shandy.. Anda nak ke nak tahu?

Pada bulan September 2019, Puan Shandy mula follow Facebook Page Tuan Najib Asaddok dan mula praktikkan segala ilmu yang Tuan Najib share di Facebook dan juga emel. Hasilnya Puan Shandy berjaya buat sales hingga cecah 4 angka bermula Disember 2019.

Alhamdulillah, sekarang dia dah boleh konsisten bagi duit bulanan pada emak di kampung dan dia dah buktikan pada orang yang mengutuk dia selama ni bahawa dia juga boleh berjaya dalam bisnes. Baru-baru ni Puan Shandy berkongsi dalam group circle Ultimate bahawa dia berjaya beli tanah 2 lot untuk tapak rumah yang berharga RM60,000.

Gembiranya kami daripada Team Momentum bila dengar berita ni.. Sekalung Tahniah kami ucapkan kepada Puan Shandy dan kami turut mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga lepas ni boleh pecahkan lagi rekod tertinggi untuk jadi Top 1 Leader Emas KC.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !