fbpx
blog najib asaddok

Berjaya Restock 1,000kg Kambing Dalam Masa Seminggu. Apa Rahsia Fiqry?

Berjaya Restock 1,000kg Kambing Dalam Masa Seminggu.

Penularan wabak Covid-19 bukan sahaja menjejaskan taraf kesihatan rakyat Malaysia, tetapi sektor perniagaan juga turut terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac tahun lepas. 

Tidak kira mereka yang bekerja, suri rumah mahupun yang mempunyai perniagaan sendiri. Muhammad Zulfiqry bin Zakaria selaku Founder kepada Paduu mempunyai cara yang tersendiri untuk menangani cabaran dikala PKP ini. 

Anak muda berusia 28 tahun ini pada mulanya turut terkesan apabila bisnes sewaan kanopi di Sarawak tidak dapat diteruskan ekoran berlakunya PKP. Bayangkan hampir dua bulan lebih dia tidak mempunya sumber pendapatan tetap.

Dia fikir macam mana nak bayar komitmen bulanan dan perbelanjaan harian. Masa ni memang Fiqry ni menangis je bila coaching one-to-one dengan saya. Ye la, siapa je tak sedih bila bisnes yang diusahakan selama ini tak terpaksa ditutup buat sementara waktu. 

Tidak mahu duduk diam dan mengenang nasib tak tidak berpenghujung, Fiqry bangkit ikut sebiji nasihat yang saya berikan untuk segera onlinekan bisnes dan mulakan bisnes baru dengan apa yang ada di tangan.

“Memang perit nak mulakan semula daripada bawah tetapi saya buat jer apa yang Sifu ajar”, ujarnya.

Alhamdulillah berkat tunjuk ajar Sifu dan Team Momentum, bisnes kambing perap yang disusahakan dari rumah mula nampak hasil sikit demi sedikit. Bermula dengan order 10kg kambing naik kepada 200kg kambing dan Alhamdulillah sekarang dah mampu restock 1,000kg kambing dalam masa seminggu. 

Hebat kan? Kalau korang nak tahu sales dia juga meningkat daripada kosong terus naik ke RM10,000 dan sekarang dah boleh buat jualan 6 angka sebulan. Syukur Alhamdulillah. 

Dah tak ada fasa air mata lagi bila dia nampak hasil selepas ikut nasihat dan guidance daripada Sifu. Bukan tu jer, team juga semakin bertambah daripada 2 orang, sekarang dah ada 8 orang team..

“Antara win lain yang saya dah capai ialah sekarang dah ada Ejen hampir seluruh bandar utama area Sarawak. Terima kasih banyak-banyak pada Sifu sebab kalau tak ada Sifu mungkin saya tak boleh survive masa PKP ni” ujarnya syukur. 

Korang mesti terinspirasi dengan kisah Fiqry ni kan? Nak ke nak saya bantu korang berjaya macam Fiqry sebab saya dan Team Momentum memang serius nak bantu korang naikkan jualan semasa Lockdown dan PKP ni. 

Apa kata dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Pelanggan Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA di www.NakTarikPelanggan.com/copywriting 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !