fbpx
blog najib asaddok

Berhenti kerja, jual emas, bisnes dari rumah kedai je mampu ada kereta idaman!

Alhamdulilah untuk rezeki memiliki kereta baru tahun ni..

Happy sangat dengan perkongsian Tuan Zul dan Puan Mira minggu lepas. Dari gambar yang dikongsi kan, saya faham untuk sampai ke tahap sekarang, banyak kisah jatuh bangun terselit disebalik tu.

Berhenti kerja, jual emas, bisnes dari rumah kedai je mampu ada kereta idaman! 

Sebelum ni, dia suami isteri kerja di Singapura. Rezeki Allah bagi lepas dah kahwin. Siapa pernah kerja di sana mesti ada pengalaman kan. Sama juga macam Puan Dhamirah ni. Cabaran yang dia lalui semasa kerja di sana ialah masa. Ya masa! Pukul 12 malam tidur dan pukul 3 pagi perlu bangun. Rutin ni sama setiap hari.

Puan Mira ambil keputusan untuk berhenti kerja dan hanya Tuan Zul yang bekerja. Berbekalkan duit simpanan yang ada, dia start berniaga dari rumah. Macam macam bisnes dia cuba tapi semua gagal. Bertahun dia cari bisnes yang boleh tampung kehidupan.

Berhenti kerja, jual emas, bisnes dari rumah kedai je mampu ada kereta idaman! 

Sampai lah pada tahun 2017, dia jumpa dengan bisnes emas. Bisnes yang boleh dikatakan ada risiko yang tinggi. Alhamdulillah, start dari rumahdia start jual emas, walaupun orang sekeliling hanya ketawakan dan tak percaya. Suaminya, Tuan Zul tak pernah lupa nak bagi semangat. Tak pernah jemu nak sokong Puan Mira.

Pada tahun 2018, detik keputusan terbesar Puan Mira buat dalam hidup. Buka KEDAI EMAS! Kali ni dugaan lagi besar! Bisnes drop, meniaga tak laku. Team tak ada. Semua A to Z Puan Mira buat sendiri. Nasib ada suami disisi boleh minta tolong COD dan POSTAGE.

Berhenti kerja, jual emas, bisnes dari rumah kedai je mampu ada kereta idaman! 

Masa ni duduk dalam kedai. Tak ada rumah tau! Allah, sedihnya tuhan sahaja yang tahu. Kesian tengok anak anak. Nak belikan mainan pun tak ada duit. Masa tu mereka bukan siapa-siapa. Tak ada orang nak pandang. Tak ada orang yang hulurkan tangan.

Saya nampak perubahan besar yang diorang dah lalui dan sekarang, bisnes Miragold ni diusahakan oleh Puan Mira dan suaminya. Anda nak tahu apa pencapaian yang mereka dah capai? Antaranya ada office sendiri, ada team yang ramai, dapat beli kereta idaman dan banyak lagi.

Berhenti kerja, jual emas, bisnes dari rumah kedai je mampu ada kereta idaman! 

Kalau dulu struggle nak tarik pelanggan, sekarang Miragold sendiri dah dikenali dan setiap hari pelanggan ada di offline mahupun online.

Tahniah sekali lagi!

www.TelegramNajib.com

#ultimatehero

#ORMnajibasaddok

Facebook Comments