fbpx
blog najib asaddok

Bekerja Siang Malam, 550 Bungkusan Makanan McDonald’s Penghargaan Buat Frontliner

Bekerja Siang Malam, 550 Bungkusan Makanan McDonald’s Penghargaan Buat Frontliner

Kluang, 25 Okt – Walaupun digelar Wira, ada ketika kami juga menangis”, Frontliner Dedah Realiti Kehidupan sebenar. 

Usaha gigih semua petugas barisan hadapan dalam mendepani penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini wajar dipuji dan dihargai.

Mereka bukan sahaja sanggup mempertaruhkan nyawa demi memikul amanah yang diberi, malah semua frontliner juga komited dalam melaksanakan tugas mereka hanya untuk memastikan keselamatan dan kesihatan setiap penduduk terjaga sejak dari awal negara diserang wabak berbahaya itu.

Sedang kita selesa berada di rumah menjamu selera, menonton televisyen, melayan kerenah anak-anak, berbeza pula dengan barisan hadapan yang bertungkus-lumus berjuang menentang Covid-19.

Pengalaman berdepan dengan wabak pandemik Covid-19 ini sebenarnya memberi kesan besar dalam sesebuah keluarga ‘frontliners’.

Harini saya dan Team Momentum berpeluang untuk turun dan bagi sumbangan buat Frontliners di Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. 

Sebanyak 550 sumbangan makanan McDonald’s diberi dan penghargaan ni khas untuk mereka. Semoga dengan sumbangan ni sedikit sebanyak dapat buatkan mereka seronok dan gembira. Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain juga. Saya harap impian anda untuk bantu lebih ramai orang juga tercapai. 

Semoga lebih banyak lagi orang kita dapat bantu dan ringankan beban mereka di luar sana. Jom sama-sama kerja keras dan usaha untuk capai kejayaan dan impian. Semoga segala urusan anda dipermudahkan. 

Terima kasih Frontliner. Pengorbanan anda kami sangat hargai…

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !