fbpx
blog najib asaddok

Bekas Jurutera sanggup berhenti kerja sebab nak buat bisnes.

Sultan Salai

Bila dengar jer kerja sebagai jurutera mesti orang rasa best dan banyak duit kan? Tapi berbeza bila Puan Nurita dah lalui sendiri, duduk di Kuala Lumpur penat menghadap jalan yang sesak pergi balik kerja dan duit masih lagi tak cukup..

Bayangkan suami isteri dah berniaga sepenuh masa mereka tinggalkan kerjaya sebagai Jurutera di Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung halaman dan jaga ibu yang sakit, tapi disebabkan kurangnya ilmu bisnes Sultan Salai tak mampu nak berkembang jauh.

Pada mulanya Puan Nurita binti Zakaria yang merupakan Co-Founder kepada Sultan Salai ni jalankan bisnes bukan atas dasar minat atau nak cepat kaya tapi dia beralih arah ke dalam bisnes kerana keluarga.

Dia mulakan bisnes dengan apa yang ada jer. Dengan modal RM300 dia berjaya menumpang tapak gerai orang lain dan memasang khemah 10 x 10, dia dan suami hanya jual set salai bersama air asam, tak ada nasi dan air. 

Kalau nak cakap pasal untung tu sedih sangat sebab sales sehari biasa dalam RM10 hingga RM50 jer dan lagi teruk pernah dapat sales hanya RM5 sehari. Macam mana nak survive? Anda yang baca ni pernah tak berada dalam situasi ni? Berpanas terik bawah khemah, penat menunggu tapi sales cuma dapat RM5.

Tapi itu semua tak mematahkan semangat Puan Nurita sebab dia percaya rezeki tak akan salah alamat dan dia anggap 5 bulan pertama ni sebagai satu proses untuk dia belajar berniaga sebab dia memang tak ada latar belakang keluarga berniaga. Bisnes Sultan Salai ni pun dia main buat jer.


“Kadang-kadang rasa letih dan nak mengalah. Tapi bila tengok dekat belakang, ramainya team yang berteduh di bawah payung Sultan Salai, jadi saya cepat-cepat bangkit” Ini luahan hati Puan Nurita. 

Dia cepat-cepat bangkit onlinekan bisnes dan belajar dengan Tuan Najib Asaddok sebab Puan Nurita percaya dengan adanya ILMU dia tak akan langgar dinding banyak kali. 

Alhamdulillah daripada dari sebuah khemah 10×10, bekerja berdua suami isteri kemudian berpindah ke warung dengan 7 orang team, kini dia berjaya buka restoran sendiri yang terletak di Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

Dengan senyuman manis Puan Nurita berkongsi dengan kami Team Momentum bahawa total sales sehingga bulan November dah mencecah RM1 juta. Wow! Puan Nurita sendiri tak percaya buka restoran boleh capai sales tinggi macam ni. 

“Terima kasih sifu dan Team Momentum. Saya bermula dengan join Roket Pemasaran Momentum (RPM) 2019 dan masa tu memang terbakar denagn result yang sifu tunjuk. Jadi saya nekad untuk sambung ke Advance Roket Bisnes dan seterusnya join Ultimate Plus. Alhamdulillah terima kasih Sifu sebab bantu kami naikkan bisnes Sultan Salai ni” ujarnya.
 

Siapa dekat sini yang masih down dan takut untuk onlinekan bisnes? Buang perasaan takut tu sebab dulu Puan Nurita pun berniaga secara offline tapi lepas bisnes tak berkembang dia cepat-cepat cari ILMU untuk onlinekan bisnes. 

Kalau anda nak berjaya onlinekan bisnes macam Puan Nurita jom daftar kelas Onlinekan Bisnes Anda Edisi Kuasai Facebook 2021 di —> www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !