Blog Najib Asaddok

Bahaya Betul Teknik Emel Marketing ? Kenapa ?

Salam

IMG_3221

Alhamdulillah hari ni dapat lagi buat satu artikel khas Teknik Emel Marketing untuk perkongsian ilmu dengan pembaca blog saya ni.

Walaupun penat pagi tadi mendaki Gunung Lambak Kluang ni walaupun tak lah jauh mana nak naik ke puncak. Pergi balik 6km jer… Tapi agak mencabar jugak lah.

Petang ni saya ambil masa sedikit untuk kongsi kepada anda. Ni masalah yang selalu para peniaga online hadapi bila melakukan pemasaran & jualan.

Tapi hakikatnya lebih mudah untuk jual pada pelanggan yang dah pernah beli produk dengan kita sebab mereka

…dengan kita. Dulu saya pernah buat perkara yang sama, setiap bulan cari pelanggan baru & abaikan pelanggan lama. Akhirnya sales tak konsisten pun & kadang-kadang semakin merudum. Ramai yang terlalu bergantung harap pada iklan di fesbuk semata-mata tanpa sedar itu membahayakan bisnes mereka. Kenapa pulak?

Sebab tu nak tak nak, suka tak suka gunakan teknik yang kumpul database bakal pelanggan mahupun pelanggan anda. Kan senang bila ada database nak maklumkan apa-apa terutamanya dari segi

Apa yang anda perlukan untuk mula Teknik Emel Marketing ni?

Autoresponder

Anda perlu daftar dulu autoresponder. Saya gunakan yang ni. Boleh klik GETRESPONSE

Sistem ni yang akan jadi pembantu peribadi dalam bisnes/pemasaran yang kita buat secara automatik. Anda boleh follow up prospek atau tawarkan pelanggan produk terbaru anda tanpa keluar sebarang kos lagi.

Autoresponder ni kita perlu bayar. Kos paling rendah cuma USD15 sahaja setiap bulan. Bayar sekali setiap bulan tapi boleh hantar emel berkali-kali. Power!

pemasaran emel marketing

FREE GIFT

Anda boleh berikan prospek sesuatu perkara bernilai yang percuma. Contohnya macam saya nak jual produk Panduan Saham , saya berikan satu video yang menjawab/menyelesaikan masalah prospek berkaitan saham.

Anda boleh berikan dalam bentuk Ebook, Video, Kupon Diskaun & sebagainya.

Taip guna word dalam 5-10 muka surat pun dah ok. Cari sumber dalam Google lagi senang. Asalkan benda tu beri manfaat pada prospek dan mereka akan semakin mengenali anda. Kan penting tu..bila dah PERCAYA senang nak menjual.

Email Follow Up

 

Email ni kita tulis untuk share dengan prospek kita kesinambungan pada benda Free yang kita bagi tadi. Biasanya saya akan tulis 5 emel yang ditulis secara santai & tarik minat orang untuk baca.

Emel 1-4 tu banyak kan perkongsian sebab di situ akan wujud keperluan terhadap produk yang bakal anda jual pada mereka sekaligus membina KEPERCAYAAN prospek pada anda.

Masuk emel ke 5 baru beri tawaran untuk mereka dapatkan produk anda.

Sebab tu kena ikut RULE, kalau nak menjual jangan jual dulu sebaliknya educate & follow up prospek terlebih dahulu..

Hasilnya baru akan bertimbun-timbun sales yang anda boleh hasilkan..cer tengok macam ni..baru lah sales anda huru hara..kan bahaya tu! Hehehee…

InsyaAllah kalau ikut method ni walaupun ia satu teknik Tradisional hasilnya memang superb! RUGI besar kalau tak belajar guna teknik ni..

Harap anda dapat memahami kenapa pentingnya DATABASE guna teknik Pemasaran Emel ni. Ingat bila buat bisnes keutamaan kita adalah JAGA PELANGGAN sedia ada berbanding nak cari customer baru setiap bulan.

Dengan database anda dapat meningkatkan jualan, membuat jualan berulang kali pada pelanggan sedia ada & kesannya bisnes anda konsisten jualannya TETAPI kos pemasaran makin rendah.

Perkara biasanya banyak saya kongsikan lebih mendalam dalam Seminar yang saya anjurkan. Kalau anda serius nak berjaya nasihat saya beri komitmen masa & tenaga untuk hadir belajar secara LIVE. InsyaAllah dijamin anda akan dapat banyak ILMU pemasaran emel ni.

Facebook Comments
Exit mobile version