fbpx
blog najib asaddok

BAGAIMANA NAK TARIK PELANGGAN CROWD DARI ONLINE SUPAYA SALES KEDAI LARIS?

Nak tahu cara nak jadikan kedai anda sentiasa penuh dengan prospek dan pelanggan?

Facebook Marketing dah banyak permudahkan anda untuk beritahu pada orang ramai untuk singgah ke butik atau kedai supaya sales bisnes anda tak krik-krik.

Nak tahu BAGAIMANA NAK TARIK CROWD DARI ONLINE SUPAYA SALES KEDAI LARIS?

Pastikan  anda faham satu persatu teknik yang boleh anda gunakan untuk tarik crowd..

Perkara paling senang nak bagitahu orang ramai anda ada kedai atau sedang ada dalam mana-mana event adalah melalui Facebook Live.

Nak buat Facebook Live tak perlu bayar pun. Modalnya cuma bercakap jer.

Barulah orang tahu anda ada kedai, dan anda boleh ajak penonton untuk datang ke kedai..

Yang penting, orang nampak kedai anda. Anda boleh bercakap sambil berjalan-jalan dalam kedai supaya orang tertarik tengok apa yang ada dalam kedai anda.

Ada kedai, buka booth dalam mana-mana booth takkan berjaya kalau anda tak ajak untuk mereka datang.

Bagitahu prospek atau pelanggan kenapa mesti datang ke kedai dalam masa terdekat sebab mungkin anda boleh buat aktiviti, ada special promo dan macam-macam lagi

Kupon penting untun jadi bahan tarikan. Kupon boleh banyak jenis.

Kupon diskaun, kupon yang ada nilai untuk next pembelian. Kupon juga boleh dibuat dalam bentuk kumpul beberapa keping dan boleh tukar kepada hadiah istimewa di kedai.

Kenapa nak berikan? Supaya anda boleh berjumpa muka ke muka. Nak bersemuka, mestilah datang kedai, barulah dapat kupon istimewa ni..

Untuk kedai yang ada buat servis contohnya macam spa, pusat kecantikan, farmasi atau klinik, anda memang kena banyakkan sharing tentang kepakaran anda dalam kedai anda sendiri.

Sebab nak tunjukkan anda sememangnya memang mahir dengan apa yang anda buat, untuk bina keyakinan prospek.

Lama-kelamaan ia akan buat prospek tertarik untuk datang untuk dapatkan khidmat nasihat, free trial atau apa sahaja promo yang anda sedang buat.

Just sharing jer.. Banyak topik anda boleh share tentang kepakaran anda.

Benda yang tadi anda baca, takkan berjaya kalau Page Facebook anda tak ramai followers.

Followers yang ramai akan lebih mudah tarik crowd dan akan lebih ramai orang tahu kewujudan kedai anda.

.
.
#roketcontent
#ormnajibasaddok
#roketpemasaran

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !