fbpx
blog najib asaddok

APA! Pelanggan Tak Pernah Nampak??

pelanggan tak pernah nampak

Kenapa pelanggan tak pernah nampak? Ramai orang yang fikir berniaga adalah satu alternatif mudah dan paling cepat nak kaya tetapi hakikatnya indah khabar dari rupa bila ramai bisnes owner tak capai impian dan sales masih ciput jer. Lebih teruk bila bisnes tak jadi, usahawan terus salahkan pesaing.

 

Ada kenal usahawan macam ni? Benar-benar struggle dalam bisnes dan kewangan. Masalah utama adalah dah buat macam-macam tapi pelanggan masih tak tahu kewujudan bisnes yang diusahakan.

 

Daripada sibuk menyalahkan orang lain, sepatutnya usahawan perlu fikir macam mana pelanggan nak nampak dan kenal bisnes yang diusahakan. Baru lah sales meningkat, dapat tarik lebih ramai pelanggan dan usahawan dapat capai impian dalam hidup.

 

Bisnes ni kalau orang tak tahu, tak kenal, tak nampak memang lama-lama meninggal lah bisnes tu. Ramai usahawan ada masalah nak buatkan orang nampak sebab dia sendiri tak tahu apa yang dia tak tahu. Jadi kalau anda betul betul nak buat pelanggan nampak dan kenal bisnes anda, apakata luangkan sikit masa untuk teruskan baca perkongsian kami ni.  

 

Okay ke okay?

  • Buat Bisnes Secara ONLINE

Berapa ramai usahawan yang buat bisnes dengan betul? Ada yang masih lagi STUCK dan macam-macam cara dah guna untuk tarik pelanggan tetapi tidak berkesan. Punca utama pelanggan tak nampak dan tahu kewujudan usahawan adalah bila bisnes yang diusahakan tu kekal OFFLINE.

 

Penting untuk usahawan online kan bisnes mereka supaya kelihatan ada, wujud dan buat orang nampak. Baru lah bisnes boleh sustain lama dan jadi lebih efektif untuk tarik lebih ramai pelanggan.

  • Brand Awareness

Ramai usahawan nak kuasai pemasaran internet tetapi masalahnya adalah usahawan masih tak buat, tak betul-betul faham tujuan sebenar Brand Awareness dan macam mana dia boleh gunakan teknik ini untuk pengaruhi prospek sejak hari pertama pelanggan nampak bisnes yang usahawan jalankan.

 

90% bisnes owner hanya fokus untuk buat sales, sales dan sales yang kesannya hanya “short term” sahaja tetapi tanpa usahawan sedar sebenarnya untuk tahan berpuluh tahun dalam bisnes adalah usahawan perlu tanam brand dalam minda bakal pelanggan supaya mereka nampak, kenal dan sedar tentang kewujudan bisnes.

  • Like Marketing

Masalah utama bisnes owner adalah mereka ego dan masih guna cara 80-an dalam bisnesnya. Sales pun pasang surut jer bila pelanggan tak ramai. Benda ni berlaku bila usahawan masih bodoh sombong, taknak belajar dan takde ilmu untuk guna teknik like marketing yang betul.

 

Pentingnya like marketing yang ramai orang tak tahu adalah boleh tarik ramai fans atau follower. Lebih tinggi bilangan fans anda, lebih tinggi lah potensi atau peluang kita untuk tambah pelanggan. Faham ker faham ni?

 

pelanggan tak pernah nampak
  • Facebook Advertising

Facebook merupakan lubuk pelanggan untuk berkumpul jadi kalau tak digunakan secara maksimum dan efektif pasti usahawan akan rugi besar! Setuju ke setuju?

 

Kebanyakan usahawan beria buat FB ads tapi sales masih lagi statik dan kekal bergitu jer sebab kesilapan yang usahawan buat adalah buat FB ads secara membuta tuli, buat hanya sekadar buat tetapi tak kenal pasti cara dan langkah yang betul. Kalau terus dibiarkan memang ke laut lah bisnes tu.

pelanggan tak pernah nampak
  • Bina Database

Ramai usahawan berjaya buat jualan yang tinggi dan tarik ramai pelanggan tapi mereka masih lagi tak bina database. Tanpa sedar, usahawan sebenarnya dah rugi banyak masa dan wang ringgit bila bisnes dah berpuluh tahun tapi masih lagi takde database.

 

Database pelanggan ni adalah salah satu “asset” yang paling penting dalam bisnes sebab kita simpan maklumat pelanggan seperti nama, email dan nombor telefon untuk lebih mudah kita follow up dengan pelanggan pada masa yang akan datang.

 

Takkan usahawan masih lagi nak gunakan cara lama untuk follow up pelanggan? Kalau masih lagi nak guna cara lama, lebih baik bisnes owner pergi upgrade diri dan improve lagi skill untuk majukan bisnes. Nak ke nak saya bantu untuk capai jualan dari sebelum ni empat angka kepada lima angka pertama?

 

Ruang dan peluang dah ada, anda cuma perlu berikan masa dan komitmen jer. InsyaAllah anda akan nampak jalannya. Apa kata luangkan masa untuk upgrade ilmu dalam Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) yang terbaru.  Jangan lepaskan peluang ni dan terus daftar di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !