fbpx
blog najib asaddok

Apa Nak Buat Kalau Ads Kena Block?

Apa Nak Buat Kalau FB Ads Kena Block

Ramai yang tanya saya, ‘Tuan Najib, kenapa Facebook saya kena block? Saya tak boleh nak buat live, macam mana nak buat sales?’. Ramai ke ramai yang pernah ada situasi camni?

Saya tahu ramai yang buntu, tak tahu nak buat apa.. Tekan butang ni, takut dia telan duit lagi.. Tekan butang ni, tak keluar apa-apa. Pening tak tahu macam mana nak buat. Betul ke betul?

Korang tahu tak sebenarnya sebab apa kena block? Apa yang menyebabkan korang dah tak boleh nak buat posting?

Ni saya share untuk bantu korang.. Harap korang baca sampai habis ye..

Apa Nak Buat Kalau Ads Kena Block?

1. Faham Facebook

Sebenarnya, korang kena faham Facebook dulu. Facebook ni ibarat rumah… Korang masuk rumah orang ni, nak tumpang niaga.. Tuan rumah benarkan, tapi mesti ada syarat. Nak tahu kenapa ada syarat? Sebab Facebook tak nak lah tetamu lain yang datang rasa tak selesa dan terus tak nak masuk rumah dia dah.. Tetamu lain tu, pelanggan atau orang yang berlegar dalam sosial media ni. Facebook sangat menjaga pelanggan dia. Dia nak pelanggan duduk lama dalam rumah dia.

Dan kalau tengok visi dan misi Facebook adalah connecting people. Buat orang sentiasa berhubung dan bina silaturahim (hubungan) sesama kita. Tak nak pergaduhan, tak nak ada content/ posting yang pelanggan tak suka. Mungkin berunsur atau mendorong ke arah kejahatan.

Dan apa yang saya suka tentang Facebook ni adalah dia buat program ni, dia nak pelanggan mereka rasa humanity. Rasa seperti berhubung dengan manusia, bukan robot! Best ke best?

Apa Nak Buat Kalau Ads Kena Block?

2. Tahu mana silap

Sebab tu korang kena tahu mana silap yang korang dah buat. Mesti ada silap dalam posting Ads korang. Korang tahu, ada berpuluh Facebook policy yang korang perlu tahu dan ikut.

Produk dewasa adalah sangat tidak dibenarkan, walaupun ada unsur ke arah jenis bisnes tersebut. Facebook sangat menjaga pelanggannya.. Produk merbahaya seperti senjata dan pisau juga tidak dibenarkan sama sekali.

Ada banyak lagi yang korang kena tahu.. Ni saya share link. Boleh cuba fahamkan dan harap membantu -> https://www.facebook.com/policies/ads/

3. Cari ilmu dan guru

Tahu kenapa ilmu dan guru saling berkait rapat? Saya tahu manusia ni ada banyak jenis. Ada yang mudah faham, ada yang perlu belajar berkali-kali baru faham.

Kalau ikut dulu-dulu cikgu dekat sekolah cakap, ilmu dihujung jari. Jadi memang mudah nak cari ilmu dalam google, dalam safari dan banyak lagi.. Tapi wujudnya guru adalah sebagai waze. Ilmu ibarat peta.

Mana lagi mudah? Guna waze atau guna peta? Haaa… Kalau guna peta, kita mungkin perlu ilmu untuk pelajari cara baca peta. Kemungkinan perlukan kompas dan sebagainya. Tapi bila kita gunakan waze, kita hanya menerima arahan. Waze dah tunjuk jalan yang betul. Jalan mana yang lebih cepat sampai. Jalan mana yang buat kita stuck dan terus sesak dalam jammed. Even, waze bagitahu di mana ada kemudahan (RnR) di sepanjang jalan. Dapat ke dapat apa yang saya sampaikan ni?

4. Betulkan dan elak  

Bila kita dah tahu mana satu cara yang betul, mudah untuk kita terus buat tindakan. Apa yang perlu diperbaiki, buat dengan lebih baik.. Ikut apa yang di tetapkan. Mana yang kita tahu tu silap, jangan buat. Takkan nak pisang berbuah dua kali?

Nasihat saya, pada yang dah lama stuck sebab Facebook page kena block. Kalau Facebook page tu baru sikit follower, buat lah baru.. Kalau dalam Facebook page tu penuh dengan kawan-kawan tapi sekadar ramaikan follower, lebih baik buat baru..

Kita bina page baru, buat dengan betul.. Tarik followers yang betul.. Buat pelanggan nampak yang anda ni wujud dalam pasaran. Buat orang beli dengan anda, bukan pesaing!

Sebenarnya banyak yang saya nak kongsikan, tapi kalau sekadar dalam penulisan.. Banyak yang saya kena tulis nanti.. Macam saya cakap dalam point ke 2, saya betul-betul nak share dengan korang dalam 7 Video Strategi Facebook Ads Capai RM10,000 Pertama.

Dapatkan secara PERCUMA di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !