fbpx
blog najib asaddok

Akak ni mula dari 0 like, sekarang ni dah ada 64k likers.. Apehal ni??

Assalamualaikum.

Saya adalah pengasas Womb2Room, sebuah pusat mengajar kelas persediaan bersalin tenang dan senang dengan teknik HypnoBirthing®. Sejak melahirkan anak sulung saya pada 2010, minat saya mendalam untuk menolong ibubapa yg takut dengan proses bersalin untuk memahami proses bersalin yang betul dan bagaimana mereka boleh mengurangkan sakit bila menggunakan teknik yg betul.

Saya mengajar sejak tahun 2014 kecil-kecilan dari rumah dengan 4-5 orang pasangan suami isteri setiap bulan. Itu pun kalau ada. Kadang2 ada jugak bulan yang satu pasang students suami isteri je. Students datang daripada word-of-mouth recommendation.

Pada pertengahan tahun 2015, saya rasa saya mesti buat sesuatu untuk improve inflow of customers. Sampai bila nak mengajar 4-5 students saja setiap bulan. Ilmu ni mesti disebarkan sebab ia bermanfaat dan harus disebarkan kepada bukan saja orang2 di KL, saya fikir.

Saya nekad pergi program Dr Azizan, Master Your Business pada Mei 2015. Tak pernah keluar duit banyak mcm tu pergi kelas. Memang 5 hari kelas dari pagi sampai malam tak berkelip mata. Dari situ saya faham yang masalah saya ialah marketing dan saya harus perbaiki marketing dengan segera.

Semasa sesi networking di MYB, ada sorang lelaki tegur saya, “Kak! Kak! Nama saya Najib Asaddok. Meh kita tukar nombor!” Saya tergamam sebab saya selalu nampak mamat ni menghantui newsfeed saya! Memang rasa macam jumpa retis! LOL. Itu lah powerful nya brand awareness marketing Najib Asaddok. Dari situ saya tau yg ilmu marketing dia berkesan. Kalau saya sendiri jumpa dia pun dah rasa macam jumpa orang yg dikenali dan dipercayai, mesti berkesan la kan?

Jadi lepas habis MYB, saya pergi Seminar Roket Emel. Saya ambil keputusan untuk sertai kursus IMPI selama 3-4 hari. Ini pun korek segala duit tabung dan rasa macam nak demam belanja duit macam tu. Tapi saya nekad ini pelaburan ilmu. Tawakkal aje lah.

Lepas habis kelas, kepala otak mmg sangat berasap. Ilmu yg diajar sangat advanced. Saya keluar kelas macam zombie pada hari terakhir. Saya rasa saya dapat hadam 40% je tapi saya nekad untuk mulakan dengan apa yang saya faham dulu. Semua yang Tuan Najib suruh buat, saya tak bazir masa buat. Dalam 2 minggu saya dah siap setup fanpage, minisite, ebook, email marketing, etc. Ada jugak ilmu yg sampai skarang saya masih blur sotong mcm split test, conversion pixel, etc. LOL.

Saya mula run like marketing, brand awareness, page post engagement, dll. Kami banyak tulis content marketing yg bermanfaat kepada ibubapa yg sedang menanti kelahiran anak.

Teruja betul bila masa mula2 dapat likers. Dari 0, sekarang ni Womb2Room dah ada 64k likers setakat cerita ni ditulis. Prospects mula engage dengan saya melalui emel dan fan page. Dulu2 kalau 1 orang enquire pasal kelas, memang genggam prospek tu ketat-ketat. Bila dia tak jadi signup, mmg rasa hampa. Sekarang, 20-30 steady enquiries dari pelbagai sumber adalah normal.

Tapi masa mula2 buat marketing, bukan lah sekelip mata dapat students. Satu pengajaran yang sangat penting saya belajar dari sini adalah marketing ni adalah proses untuk orang kenal dan percaya kita. Ini bukan diambil sehari dua. Kita nak kawin dengan pasangan kita pun bukannya kita terjah sehari dua lepas kenal saja kan? Sama macam marketing. Orang takkan nak invest dalam produk atau servis kita lepas nampak iklan kita sekali dua je. Ini boleh makan masa dari 6 bulan ke 12 bulan atau lebih bergantung kepada bisnes.

Bulan pertama saya tukar marketing strategy dan praktikkan apa yang Tuan Najib ajar, daripada consistent 4-5 students sebulan, untuk pertama kalinya, saya takde student langsung! Memang menggerunkan waktu tu. Tapi saya percaya cakap cikgu dan sabar lagi. Teruskan buat apa yg diajar.

6 bulan lebih saya menabur duit untuk dibakar di Facebook. Tipu la kalau saya kata saya tak takut. Memang main biola setiap hari. Dah lah kawan2 lain yg jual tudung, baju dan produk semua sales berdesup-desup je RM100K sebulan tu normal. Mmg terbakar. Rasa geram je kenapa lah aku tak jual produk jugak. Tapi cinta dan kebahagiaan saya adalah di sini; mengajar ibubapa hamil melahirkan dengan tenang dan senang.

Nasib baik ada rakan2 IMPI lain mcm Hambali Taman Negara, Rahfity dan team Momentum sendiri yg kekalkan semangat saya. Waktu tu saya mampu laburkan kurang dari RM1K saja sebulan. Tuan Najib ajar minimum untuk sales berjuta kena labur RM3K-5K. Takpe saya mula apa yg mampu dulu.

Tiba2 lepas 5-6 bulan, saya dapat students dua kali ganda dari dulu. Saya tergamam sampai tak boleh tidur malam. Saya panik! Seperti kata sales guru, Brian Tracy, kalau minda kita tak bersedia terima rezeki byk mcm ni, memang kita boleh panik sebab rasa huru-hara. Jadi minda tu kena luaskan.

Rumah kondo saya yang kecik dah tak mampu nak tampung 9-10 couples setiap bulan. Satu bulan tu dapat 7 couples satu bulan dan kami semua berasak macam tin sardin dalam reban ayam saya. LOL.

Hujung tahun 2015, saya pinjam duit mak mertua dan suami untuk bukak center sendiri yg bertempat dekat dengan rumah saya. Center ni luas, selesa, dan indah. Semua ibubapa banyak ruang untuk buat exercises yang saya ajar tanpa berasak-asak. Nak baring, nak lunjur kaki semua takde masalah. Seronok tengok diorang selesa.

Lepas tu dengan coaching Tuan Najib, saya sedar saya kena buat game changer plan. Kami mula buat seminar dengan harga di bawah RM100 untuk mengajar asas kelahiran tenang dan senang kepada lebih ramai orang.

Saya ingat lagi, seminar pertama kami pada April 2015 sebelum buat marketing style Najib Asaddok, kami dapat 20 orang couples saja hasil menjerit di Facebook profile sendiri. 1 couple signup.

Kami teruskan lagi buat seminar pada November 2015, Mac 2016, April 2016, June 2016, Ogos 2016, Oktober 2016. Daripada 20 couples saja, kami berjaya dapat sampai 125 couples untuk signup ke salah satu seminar kami. Conversion rate kami sekitar 10-17% (benchmark figure yg Tuan Najib ajar adalah 10% minimum).

 

Bukan semua seminar kami berjaya. Kami first time buat kan jadi sepanjang tahun tu banyak yang kami experiment. Kami kaji feedback, logistik, cara penyampaian ilmu, dan banyak lagi faktor untuk memaksimakan conversion.

Selain dari seminar, saya jugak menulis buku tentang kelahiran tenang dan senang dengan MPH Publishing (www.womb2room.com/buku) dan menghasilkan Womb2Room Calm Birth Kit (www.womb2room.com/birthkit) untuk memberi lebih manfaat kepada ibu2 bersalin.

Untuk dapat RM50K setahun bagi seorang pengajar kelas persediaan bersalin dah dikira banyak waktu tu. 2016 kami capai 150% kali ganda. ROI kami paling tinggi ialah 980%. Accountant happy je. Bagi service business, itu dikira memberangsangkan. Nombor sales kami tak segah bisnes produk tapi profit margin kami lebih besar. Saya lebih suka cakap ttg Return of Investment daripada angka sales semata-mata.

2015 sebelum dapat financial reports, rasa macam duit masuk je. Merompak company sendiri mmg sakan la. Lepas buat bookkeeping dan accounting dan baca financial reports, laaa….rugi rupanya. LOL.

Daripada negative net profit 5 angka pada tahun 2015, net profit naik ke positif 5 angka pada tahun 2016.

Yang paling seronoknya, ramai ibubapa yang berterima kasih sebab anjurkan seminar ni. Ada yang tak mampu nak datang ke kursus HypnoBirthing® selama 5 hari minggu atas kekangan kewangan wang, masa, dan jarak nak ke KL. Jadi seminar ni dapat menembus lebih ramai orang. Kelahiran tenang dan senang bukan hanya milik orang yg mampu nak datang kelas HypnoBirthing® kan. Jadi saya dan team rasa bahagia bila kami dapat tolong lebih ramai orang dengan automated marketing system. Dan yang best nya, saya sendiri hamil sepanjang 2016 tapi masih mampu menolong ramai orang sebab sistem tu dah bekerja sendiri.

Team Momentum sangat caring. Setiap kali coaching memang kami disambut mcm celebrities. Diorang ni mcm happy sangat jumpa students. Kita pun rasa happy je jumpa diorang. Syak, Fendi, Rahfity, Rashid, Ridzuan, Fikry, dll semua mmg aset Momentum Internet. Diorang sangat passionate nak tolong usahawan. Terlampau banyak sangat yang diorang dah bantu. Next time isteri diorang pregnant, saya nak pegi Johor la mengajar diorang. InsyaAllah. Hehe.

Masa saya buat seminar di Wisma MCA, kebetulan Tuan Najib pun sedang buat kelas IMPI untuk batch bulan tu di bilik seminar sebelah je! Punya lah excited dapat letak bunting bersebelahan dengan bunting Tuan Guru. Seminar kami yg tu pulak yg paling ramai attendees sampai dewan macam tin sardin dengan 125 couples. Syak, Ridzuan, Rashid, dan Fikry sempat tolong saya angkat barang (team saya pompuan belaka. Angkat barang berat susah sikit. LOL), setup presentation yg mengalami masalah teknikal. After sales service yg over and beyond. Ikhlas dari hati.

Tahun 2017 banyak benda baru yang kami nak lakukan untuk tolong lebih ramai ibubapa dapat access untuk belajar ilmu bersalin tenang dan senang dengan Womb2Room. Target kami jauh lebih tinggi. Marketing plan 2017 lebih advanced. Doakan kami.

Nasihat saya kepada usahawan baru yg nak belajar marketing dengan Tuan Najib Asaddok:

  1. Marketing ambil masa. Kalau niche busines macam saya di mana anda perlu create awareness ttg service dan produk anda, tolong expect 5-6 bulan incubation period. Jangan hari ni buat marketing, sebulan lepas tu dah dapat sales setengah juta. Kalau anda jual produk yg mmg orang dah ada high awareness mcm pakaian, makanan, dll, boleh lah expect sales cepat sikit.
  2. Apa yang diajar oleh guru, jangan pertikaikan ikut logik anda kalau anda belum capai sama tahap seperti guru tu sendiri. Logik orang biasa tak sama dengan logik orang yg dah berjaya. Cara pemikiran tu lain. Kadang2 rasa tak masuk akal dan nampak bodoh pun ada kalau anda jenis yg ego tapi cuba tanya diri sendiri, “Aku dah sampai tahap dia ke?”. Kalau belum, diam dan ikutkan saja. Buat je.
  3. Saya terima banyak PM dari students Seminar Roket Emel yg tanya, “Akak, confirm ke boleh dapat sales tinggi lepas pegi IMPI?” Jawapan saya ialah TIDAK CONFIRM. Ini semua bergantung kepada usaha dan tahap resilience anda. Ada je students yg dah give up dan tak fokus. Apa yg cikgu ajar bukan semua dibuat. Macam mana nak dapat hasil yg bagus. Kursus ni bukan skim cepat kaya. Jadi kalau anda nak cepat kaya, saranan saya jangan la join kursus ni.
  4. Jangan rambang mata dengan terlampau banyak business opportunities. Kita tengok orang jual produk ni sales byk, kita pun nak buat benda yg sama. Bila takde fokus, buat apa pun tak jadi. Fokus dengan big why dan mission dalam hati. Big why adalah lebih personal. Mission pulak lebih kepada manfaat kepada orang ramai.
  5. Jangan menjual kepada semua orang. Bukan semua orang target market kita. Bila kita target terlampau banyak kategori manusia, marketing content kita pun dah caca marba.
  6. Setiap kali nak give up, relax dulu sehari. Kaji apa yang tak betul, dan cuba lagi sampai dapat.

Selamat meroket!

Ikhlas,

Ayuni Zainuddin

www.womb2room.com

www.facebook.com/womb2room

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !