fbpx
blog najib asaddok
Tentang Kami : Blog Najib Asaddok

SIAPA Najib Asaddok?

Pada awal tahun 2009, beliau mula menulis coretan di blog ini. Beliau berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menjual produk fizikal di pasaran tempatan & antarabangsa bahkan produk digital yang di hasilkan juga berjaya dipasarkan. Alhamdulillah beliau berjaya menghasilkan jualan yang konsisten setiap bulan & membina empayar perniagaan sendiri iaitu syarikat Momentum Internet Sdn Bhd. Syarikat ini fokus membantu dan membimbing usahawan dan Bisnes Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam bidang Pemasaran Digital. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang keusahawan, pemasaran dan jualan sejak tahun 2005. 

Seminar pertama yang beliau berjaya lakukan adalah “Seminar Roket Emel 2016″ dibeberapa lokasi terpilih seluruh Malaysia. Kini, beliau telah berjaya melatih lebih ratusan ribu usahawan dan PKS dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei dalam bidang Pemasaran Digital dan menjadi rujukan kepada usahawan yang melebarkan sayap melalui pemasaran digital. Melalui kepakaran, kemahiran dan ilmu beliau, ramai usahawan berjaya mencapai jualan ribuan ringgit ke jutaan ringgit setiap tahun dengan Formula Online Rocket Marketing dan juga melalui Momentum Roket Platform.

Dengan kepakarannya, beliau dipanggil oleh beberapa pihak seperti Maxis, SME Corp, OMNIA USB, INSKEN dan juga dari Kerajaan Negeri Johor untuk bekerjasama dalam membantu usahawan-usahawan dari pelbagai industri untuk berkongsi tentang Online & Digital Marketing.

Selain itu, beliau pernah diundang untuk memberikan perkongsian di beberapa badan kerajaan & Universiti seperti MARA, Perbadanan Usahawan Negeri Johor, MRSM, Kolej Komuniti, UPSI, UTM, KUIS dan banyak lagi. Beliau juga ditemuramah beberapa media seperti Harian Metro, Majalah Harmoni, Nasi Lemak Kopi O TV9, Selamat Pagi Malaysia, Astro, Sinar Harian & Majalah Remaja untuk berkongsi kepakaran beliau. 

Kepakaran beliau juga telah mendapat pengiktirafan diperingkat Malaysia dan juga antarabangsa. Beliau jugA telah banyak membantu peniaga melalui siri latihan online di Facebook, Youtube & siri emel kepada ramai usahawan. Beliau sangat percaya, hidup manusia boleh berubah jika ada ILMU, kesungguhan & sifat berserah kepada Allah SWT. Tugas kita sebagai manusia hanya BUAT JER & konsisten capai kejayaan.

pencapaian dan perjalanan Kerjaya

Tentang Kami : Blog Najib Asaddok