fbpx
blog najib asaddok

9 SEBAB PAGE BISNES SUNYI & TAK DAPAT KEPERCAYAAN ORANG HINGGA SALES JATUH & OWNER GIVE-UP

Pernah tengok page bisnes yang lalu di News Feed anda tu suam-suam kuku takde respon?

.
Ada kenal siapa-siapa yang bisnes dalam Facebook wujud tapi sunyi macam dah terkubur?

.
Ramai usahawan mengadu reach makin kurang, engagement macam tak berkesan, Facebook makin zalim perah duit orang, macam-macam lagi yang keluar.

.
Tapi betul ke macam tu? Masa anda guna Facebook Page, apa strategi yang anda gunakan untuk tarik pelanggan?

.
Ok, kat sini just nak kongsi dengan anda apa kesilapan-kesilapan yang usahawan buat sampai Facebook Page dia sunyi hingga orang mula bosan dan tak percayakan lagi bisnes dia.

.
Kadang-kadang bukan sebab produk, tapi cara kita tu selalu sangat salah, tak ikut step, tak follow rules dan macam-macam lagi.

.
Dalam ni ada 9 point yang anda kena take note. Lepas baca, cuba catatkan point yang mana anda selalu buat. Lepas tu, cari cara nak selesaikan masalah.

.
Kalau tak tahu juga cara nak atasi dan nak selesai masalah ni, insyaAllah jawapan tu ada dalam Roket Pemasaran Momentum 2018 Finale hujung tahun ni.

.
Sambil-sambil tu, layari www.rpm2018.com untuk info lanjut.

.
Ingat pesan ni sebelum anda sambung scroll, kalau anda gagal untuk ubah cara anda, betulkan apa yang anda silap dan salah, orang ramai takkan salahkan bisnes anda, tapi dia tinggalkan bisnes anda dan cari orang lain.


Benda basic bila kita nak jadikan Page kita tak sunyi dengan kita bina followers untuk bisnes kita sendiri.

Sebab kalau anda sekadar nak target luar, nak target secara umum, anda akan bazir masa dan kos.

Bina followers untuk page anda akan jadikan bisnes anda lebih meriah. Barulah page hidup dengan engagement.

Takdelah nanti Page anda kesunyian tanpa teman pelanggan.


Produk tak boleh bercakap untuk menarik orang ramai datang beli. Sebab tu ramai usahawan selalu buat silap dengan selalu tayang produk.

Bila selalu sangat tayang produk, orang akan faham, owh ok, dia ni nak menjual. Dapat tahu jer anda nak menjual, of course dia cabut tak cukup tanah nak lari..


Bisnes yang tak pernah sharing, ibarat bisnes yang kedekut. Kedekut tu maksudnya bisnes dia hanya fikir tentang diri dia jer, hanya fokus untung jer.

Bisnes yang selalu sharing, ibarat anda sedang ambil perhatian bakal pelanggan anda. Sharing info, tips, panduan, cara-cara, apa yang boleh dan tak boleh yang bertujuan mendidik bakal pelanggan.

Bila kita banyak sharing, banyak mendidik, kita sedang bina kepercayaan mereka terhadap bisnes kita.

Macamana orang nak percaya, nak engage kalau tak pernah share. Buka mulut skit, terus menjual. Tu yang ramai malas nak layan page-page macam ni.


Ni satu lagi yang buatkan bakal pelanggan sakit hati dan malas nak beri respon dalam page bila setiap pertanyaan lambat giler nak balas.

Seolah-olah bakal pelanggan ketuk pintu kedai, tapi owner kedai tak menyahut. Padahal dia ni nak tanya soalan sebelum nak beli.

Poket dia penuh duit nak beli tapi lambat respon. Hilang selera orang tu nak beli.

Faham ke faham? Sakit hati ni memang sakit.


Kadang-kadang bila kita menulis dalam sosial media ni, kita selalu abaikan emosi orang lain, kita kurang faham apa perasaan orang yang ada masalah yang nak diselesaikan.

Produk anda tu bagus, boleh selesaikan masalah orang tu, tapi anda tak pandai menulis copywriting yang boleh sentuh hati dia, boleh pujuk buat dia beli dengan anda.

Bila anda menulis tanpa emosi, guna ayat skema, orang pun tak rasa keinginan nak beli walaupun dia ada masalah yang kritikal.

Lebih baik sakit dari dapatkan produk / servis dari anda.


Bisnes anda ada berapa orang semua sekali? Kalau hanya sekadar anda seorang, memang padanlah kenapa page selalu sunyi.

Satu, sebab semua perkara anda buat sendiri. Kalau ada masa reply, kalau ada masa baru jawab. Tapi kebanyakan owner bisnes ni takde masa.

Tu lah masalahnya. Anda kena ada team yang spesifik jaga page kalau nak grow bisnes anda lebih besar.

Semua nak buat kerja sorang-sorang, memang tak terkejar banyak benda lain.


Of course bila anda tak berinteraksi, orang lain pun takdelah nak berinteraksi dengan anda.

Wujudkan suasana untuk orang bermesra dengan bisnes anda. Berikan dia sebab untuk mereka nak bercakap dengan anda.

Asas nak buatkan orang bercakap, bila bisnes kita mesra, menarik, tak kedekut berkongsi.

Lama-lama, melekat juga orang ramai nak berinteraksi. Manusia kan suka busybody..


Kalau bisnes anda sendiri bosan, tak dapat lah nek nak nolongnya..

Anda kena kreatif untuk tidak bosan.


Benda free kot korang semua tak nak buat. Buat Facebook Live ni percumanya.

Modalnya hanya idea dan mulut anda. Sharelah apa-apa kisah, cerita yang boleh anda kongsikan secara LIVE.

Apa nak malu-malu plak. Malu lagi kalau bank yang minta maaf kat kita sebab baki akaun tak mencukupi bila nak keluarkan duit kat ATM..

.
.
#roketcontent
#rpm2018finale

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !