fbpx
blog najib asaddok

7 Tips Untuk Hilangkan Rasa Takut Mulakan Bisnes Online

Hilangkan Rasa Takut Mulakan

7 Tips Untuk Hilangkan Rasa Takut Mulakan Bisnes Online

Jom hilangkan rasa takut mulakan bisnes secara online! Anda sebagai seorang usahawan kenapa perlu takut nak onlinekan bisnes sedangkan ramai usahawan yang dah berjaya.


Kenapa masih was-was?? Anda takkan rugi apa pun sebab tu online ni lebih memudahkan anda.


Kenapa saya cakap macam tu?? Bila online ni anda tak perlu jumpa customer..Hanya berhubung di alam maya jer anda boleh buat sales. Bukan tu saja, anda juga dapat jimatkan
masa..


Haa sekarang masih tak nak onlinekan bisnes?? Sekarang ni teknologi kita dah canggih. Jangan rasa selesa duduk di takuk yang sama..


Anda kena ikut peredaran semasa kalau tak bisnes anda akan meninggal..

Saya nak berikan anda tips untuk anda atasi rasa taku tu..

Nak tahu?? Jom baca sampai habis…

 

1. Lihat result orang dah berjaya

Anda tak yakin?? Untuk nak menaikkan semangat dan keyakinan anda..Anda boleh tengok dan buat research orang-orang yang dah berjaya onlinekan bisnes.

Jadikan mereka contoh, ikut apa mereka buat..lawan ketakutan yang ada dalam diri anda tu… Boleh ker boleh?

 

2. Fikirkan BIGWHY

Sampai bila anda nak takut?? Tak kesian ke pada BIGWHY anda??
Mereka mengharapkan anda berjaya..itulah yang mereka nak tengok, bukan nak duit anda pun, yang paling penting kejayaan anda.

Jangan sia-siakan pengharapan mereka dan jangan pula anda menyesal sebab tak sempat nak buktikan kejayaan anda tu.

 

3. Belajar dari kesilapan

Meski sebelum ni anda dah jatuh berkali-kali. Bangkit! Jangan terlalu lama duduk di bawah.

Give up tu bukan ada dalam diri seorang usahawan. Yang penting anda take note semula apa benda yang silap anda buat supaya anda tak ulangi kesilapan yang sama.

 

4. Cari mentor yang tepat

Anda nak berjaya anda perlu cari mentor untuk mengajar anda. Anda kalau takda tempat rujuk, anda akan timbul rasa benda yang anda buat tu betul ker tak.

Haa anda nak tanya siapa kalau macam tu?? 

 

Hilangkan Rasa Takut Mulakan

5. Jangan buat kerja Tuhan

Haa, point kelima ni saya suka sebab anda ni belum apa-apa lagi dah fikir bukan-bukan. Kenapa anda perlu buat kerja Tuhan?? Anda tahu ker apa yang akan jadi pada diri anda pada hari esok??

Tak tahu kan?? Anda jangan rasa yang anda tak boleh. Allah tu dia mengikut sangkaan hambaNYA. So, bersangka yang baik-baik insyaAllah yang terbaik la yang anda akan dapat.

 

Hilangkan Rasa Takut Mulakan

6. Ikhlaskan niat untuk belajar

Anda perlu ikhlaskan diri untuk tuntut ilmu, jangan rasa diri tu pandai sangat. Jangan buat perkara yang tak pasti, takut-takut tersilap langkah lagi.
Betulkan niat untuk membantu dan beri manfaat pada orang. Bila anda dah betulkan mana yang betul. Anda akan mudah dapat apa yang anda nak capai..

 

Hilangkan Rasa Takut Mulakan

7. Beranikan Diri/ Buang Rasa Selesa

Keberanian tu penting untuk ubah hidup anda, bertindak seperti seorang juara. Dan jangan pernah rasa selesa sebab perkara tu perlahan-lahan yang jatuhkan diri anda.

Anda perlu muhasabah diri, sentiasa perbaiki diri. Semoga kita semua terus istiqomah..

Okay, anda dapat sesuatu?? Dah clear??
Good job! Kalau anda dah faham apa yang saya nak sampaikan ni..

 

Di Momentum Digital, kami boleh bantu anda buat persediaan untuk Ramadhan. Jangan pening dan risau, tekan je link di bawah ▼▼▼

https://www.momentumdigital.com.my/dma/  untuk dapatkan jalan penyelesaian.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !