fbpx
blog najib asaddok

7 Teknik ROKET Untuk Bina ‘URGENCY’ Yang Hebat

 

Copywriting dah cantik, cukup perisa emosi dan sentuh kalbu, tapi kenapa masih tak convert ek?

Ramai usahawan bila buat copywriting yang bagus, tapi copywriting tu tak ada arahan apa yang perlu pembaca buat. Tergantung.

Copywriting yang bagus, perlu dikuatkan dengan URGENCY. Teknik ini akan menguatkan Call To Action anda.

Seolah bagitahu kalau anda tak beli sekarang, anda rugi besar dan lepas ni jangan harap dapat lagi tawaran ni. Kalau nak beli sekarang..

Haa, begitu maksudnya. Nak buat orang beli dengan SEGERA, lambat RUGI.

 

 

1. Diskaun

Semua orang sukakan diskaun. Pasaraya / Supermarket yang besar setiap bulan berikan diskaun pada barangan pada produknya. Kalau barang keperluan macam lampin bayi, susu untuk budak, beras, minyak masak & barang keperluan lain, jika diberikan diskaun, berebut orang sanggup beratur dari pagi.

Kupon yg macamana yang berkesan?

Kupon yang ada tarikh tamat – kupon jenis ini akan menyebabkan pembeli / prospek terpaksa membeli sebelum tarikh tamat.

Kupon harian – Maksudnya, kupon yang sah tempoh untuk sehari sahaja. Ini sesuai untuk usahawan yang ada premis. Ia menggalakkan pelanggan menambah item dalam pembelian mereka.

Anda kena ingat, kupon tidak boleh dibuat selalu. Yang paling baik, buat bila ada peristiwa khusus contoh seperti ulangtahun bisnes, Year-End-Sale, atau apa peristiwa yang rasakan ianya sangat istimewa.

 

 

2. Kelebihan


Teknik ini sedikit berbeza dari teknik diskaun. Teknik ini biasanya anda beri kelebihan pada pelanggan pada setiap pembelian mereka. Contohnya setiap pembelian RM150 keatas, pelanggan layak mendapat freegift apa-apa sahaja yang usahawan rasa berbaloi untuk diberi.

Sudah tentu janganlah beri freegift sampai habis profit. Berilah freegift yang bermakna untuk pelanggan, atau sesuatu yang mereka inginkan hingga terpaksa beli, atau sesuatu yang melengkapi produk yang mereka beli.

Sudah pasti tawaran URGENCY jenis ini lebih buat pelanggan bertindak membeli dari anda sekiranya ada time limit. Lambat tak dapat, mudah..

 

3. Contest

Cuba anda buat satu contest dalam page anda. Buat satu post yang syarat pemenangnya perlu LIKE, SHARE & KOMEN. Jalankan contest tersebut untuk beberapa hari, maksimum 5-7 hari sahaja.

Tujuan contest tak lain dan tak bukan adalah untuk engagement. Dengan engagement ini, mereka yang menyertai akan mudah berkomunikasi dengan anda dan mereka akan lebih mudah bertukar menjadi pelanggan / ejen / stokis anda pada masa akan datang.

Setelah anda dah umumkan pemenang, peserta yang lain, anda boleh tawarkan produk pada harga diskaun untuk tempoh masa tertentu.

Hasilnya, anda cuba buat dan rasai kehebatannya..

 

 

4. Hadiah Percuma

Apa yang lebih baik dari dapatkan sesuatu pada harga rendah? Sudah pastinya HADIAH PERCUMA. Perkataan “PERCUMA” adalah perkataan paling powerful dalam tulisan copywriting dalam SALES.

Anda harus tawarkan sesuatu yang percuma pada pelanggan anda.

Ada 3 cara tawaran PERCUMA ini.

Pertama – Tawarkan pada pelanggan anda percuma hadiah untuk setiap pembelian mereka. Atau tawarkan pembelian yang bernilai RM100 keatas, akan dapat percuma towel, beg kecil, sabun, buku himpunan doa-doa @ apa sahaja yang anda rasa berbaloi dan layak diterima pelanggan anda.

Kedua – Anda tawarkan produk anda secara percuma sekiranya pelanggan beri testimoni.

Ketiga – Download ebook percuma tentang apa-apa sahaja berkaitan niche bisnes / produk anda. Biasanya bertujuan untuk kumpul database.

Barang PERCUMA susah nak cari sekarang. Nak masuk tandas awam pun kene caj 20sen. So, mulakan dengan beri HADIAH PERCUMA. Anda pasti gembira dengan result selepas itu.

 

 

5. Hadiah Terhad

Sekali sekala cuba consider untuk berikan hadiah percuma yang ada tempoh masa terhad. Contoh FREE MEMBERSHIP untuk tempoh sebulan, rawatan facial spa PERCUMA untuk 2kali, FREE sample / tester.Hadiah sebegini WAJIB ada tempoh masa yang pendek. Ia akan sebabkan orang akan bertindak. Kalau tak ambil rugi.

Berikan galakan apa kelebihan guna dan apa kerugian jika tak ambil dalam masa tempoh tertentu.

Teknik ini sesuai untuk tukar prospek kepada pelanggan untuk pertama kali. Jadi, ramaikan pelanggan dengan sesekali guna teknik ini.

 

 

6. Scarcity

Scarcity atau dengan nama melayunya tawaran terhad adalah teknik yang paling laku, teknik yang paling berkesan dalam mendesak pelanggan membeli.

Teknik scarcity adalah teknik anda menawarkan satu barangan yang ada limited. Limited itu boleh dalam bentuk kuantiti atau masa yang pendek.

Sebagai contoh anda tawarkan harga rendah pada hari-hari tertentu, offer untuk 15 pembeli pertama. Anda boleh gabungkan dengan mana-mana teknik diatas, ia akan jadi lebih berkesan.

Sekiranya anda tawarkan kuantiti terhad, pastikan anda sentiasa update bilangan baki kuantiti tawaran. Semakin laju, kuantiti itu berkurang, semakin ramai akan terdesak nak beli dari anda.

Teknik ini tidak boleh digunakan selalu. Ia sesuai digunakan ketika pertengahan bulan, dimana secara logiknya ramai pelanggan kononnya duit gaji dah habis, ataupun waktu gaji supaya anda dapat kejar target kuantiti untuk sebulan.

Pastikan anda berlaku jujur terhadap semua tawaran anda. Ingat, anda tidak jujur, bisnes anda tidak berkat dan cepat bungkus.. Orang boleh menilai.

 

 

7. Keperluan

Anda tidak mungkin boleh kawal keperluan dan kehendak pelanggan.

TAPI..

Anda boleh memujuk pelanggan anda melalui copywriting anda. Anda perlu tahu apa sebab peribadi yang memungkinkan mereka beli dari anda.

Ia mungkin boleh jadi sebab masalah yang selama ini mereka alami, mereka mungkin terdesak nak guna sebab tiba-tiba terjadi atau mungkin sebab ahli keluarga mereka terdekat ada mengalami masalah.

Teknik ini secara amnya, teknik menyatakan masalah yang selalu bakal pelanggan anda alami dan anda tawarkan solusi pada masalah mereka. Nyatakan apa yang mereka dapat secara emosinya. Nyatakan apa bahaya sekiranya tak selesaikan dengan segera.

Teknik ini akan menyebabkan orang yang rasa macam ada masalah, akan beli segera. Kata kuncinya, “CEGAH SEBELUM TERLAMBAT”. Ia akan tukar kehendak jadi keperluan dan seterusnya TERPAKSA. Bila terpaksa, anda akan close satu sale. Kalau 100 orang??


Inilah 7 teknik URGENCY yang anda boleh buat. Gabungkan lebih dari 1 teknik untuk dapatkan URGENCY yang mendesak pelanggan.

So, lepas ni anda rangka strategi marketing anda dan gunakan teknik ini sebaik mungkin. Nak fahamkan dengan lebih lanjut, anda boleh datang ke Seminar Roket Bisnes di www.roketbisnes.com untuk info lanjut.

Saya doakan anda cepat capai target sales untuk 2017.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !