fbpx
blog najib asaddok

7 Tabiat Orang Yang Berjaya

7 Tabiat Orang Yang Berjaya

Ramai peniaga yang mengeluh bila bisnes dah lama tapi masih belum berjaya capai impian. Tanpa mereka sedar sebenarnya yang melambatkan mereka untuk capai impian adalah tindakan.

Orang yang berjaya dia berani buat tindakan walaupun tindakan tu bawa kepada dua kemungkinan iaitu berjaya atau gagal. Kalau gagal pun dia akan adjust balik dan bertindak sehingga berjaya.

Saya cakap benda ni based on pengalaman saya, bila nak berjaya ni kita kena tentukan habit untuk kita berjaya. Jadi, pastikan korang baca sampai habis ya sebab hari ni saya nak share tentang 7 tabiat orang yang berjaya. 

  1. 100% Orang Yang Bertanggungjawab 

Usahawan perlu jadi orang yang bertanggungjawab tak kira la masa berjaya atau gagal. Kalau gagal pun dia tak akan menyalahkan orang lain, dia akan mengaku kesalahan yang dia buat dan perbaiki untuk jadi lebih baik.

  1. Tentukan Apa Yang Anda Nak Capai

Kesilapan ramai orang kenapa dia lambat nak berjaya ialah dia tak tahu apa yang dia nak capai. Kita kena tentukan apa yang kita nak capai dan kena ada matlamat yang jelas. Contohnya kereta apa yang kita nak pakai, rumah dan berapa sales yang kita nak capai dalam bisnes. 

  1. Percaya Boleh Dicapai

Mula-mula ni memang kita rasa susah dan boleh ke aku capai? Masa ni la korang ke paksa diri untuk percaya, ingat bahawa setiap yang kita fikir, niat dan cakap itu adalah satu doa. Jadi, bagi peluang pada diri sendiri, jangan rasa susah dan takut pada kegagalan sebab belum cuba belum tahu. 

  1. Tengok Kejayaan Setiap Hari

Buat satu dream board dan kita tampal apa yang kita nak capai dalam 2 hingga 3 tahun akan datang. Kalau boleh setiap hari kita tengok dream board ni. Ambil feel kejayaan tu supaya kita rasa terbakar, excited dan bersemangat nak capai impian. Jelas tu?

  1. Bayangkan Dah Capai

Cuba korang bayangkan apa kereta yang korang nak pakai, brand dan warna apa. Pejam mata dan bayangkan korang tengah drive, rasai kelajuannya. Lagi best kalau korang pergi sendiri showroom, bukan kena bayar pun, free je.. Percaya cakap saya bila korang buat benda ni tak mustahil satu hari nanti korang dapat capai. 

  1. Rasa Takut Tapi Buat Jer

Kita semua manusia biasa, ada kelebihan dan kekurangan. Jadi normal untuk kita rasa takut tapi kita jangan layan sangat perasaan sampai tak boleh nak bertindak dan buat apa-apa. Dalam rasa takut tu, kita buat jer!

  1. Cari Guru

Usahawan yang berjaya dalam bisnes dia akan fikir jalan untuk mudahkan proses kejayaan dia. Orang macam ni dia tak akan buat seorang diri dan blur-blur katak tak tahu mana satu tindakan yang betul dan salah.

Sebab itu pentingnya untuk kita berguru dalam bisnes supaya tahu track dan jalan nak guna.. Baru la tak langgar dinding banyak kali. 

Siapa dekat sini nak di bimbing? Nak buat bersama-sama dengan saya sehingga berjaya? Jom dapatkan bimbingan selama 30 hari dengan harga serendah RM10.

Pastikan korang download dulu 6 E-Book Copywriting Yang Buat Pelanggan Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA di www.NakBimbingan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !