7 Persediaan Bisnes Sebelum PKP Kembali Sekali Lagi

Persediaan

Ramai orang yang gerun dan panik bila dengar Perintah Kawalan Pergerakan bakal diperketatkan lagi sebab ramai golongan yang terkesan. Di saat orang lain gembira dapat mencuba pelbagai resepi masakan, kita tak sedar sebenarnya ramai peniaga yang tidur berbantalkan air mata tau.

Korang ada tak kenal orang macam ni? Hidup struggle sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sale tak ada, kedai terpaksa tutup, hutang semakin hari semakin bertambah dan hilang sumber pendapatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia dah maklumkan bahawa sekarang ni terdapat 260 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,484 kes. Korang yang berniaga ni tak rasa takut ke bila Covid-19 menyerang kembali? Lagi-lagi yang bisnes secara OFFLINE tu, korang tak menggigil ke dengar?

Cuba fikir, macamana kalau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedia ada diperketatkan lagi? Sudah tentu orang tak keluar rumah. Haaa, habis tu takkan korang nak duduk diam je? Apakata korang baca 7 persediaan yang korang patut buat sebelum PKP diperketatkan sekali lagi.

1.Sediakan Stok

Dulu masa PKP korang tak ready jadi PKP kali ni agak-agak korang dah ready ke belum? Kadar pembelian masa tempoh PKP naik secara mendadak dan hampir 90% orang membeli secara online.

Founder, stokis dan ejen kena pastikan bekalan stok pada korang mencukupi untuk menampung permintaan pelanggan. Nanti tak ada la isu orang nak beli tapi barang habis.

2.Menyediakan Delivery Service

Ramai bisnes yang bungkus melingkup semasa tempoh PKP sebab tak mampu nak bayar sewa, gaji pekerja dan sebagainya. Masalah yang paling kritikal sehingga bisnes melingkup adalah bisnes owner tak buat delivery service atau onlinekan bisnes yang sedia ada. Orang nak beli tapi sebab leceh tak ada servis penghantaran maka orang tu lari kepada pesaing kita yang lain.

Jadi takkan korang nak duduk diam je? Manusia ni mudah berubah hati dan terpengaruh. Jadi sebelum pelanggan lari jauh, baik korang sediakan servis penghantaran yang terbaik, tak kira la korang dalam bisnes apa sekalipun.

Okay ke okay setakat ni?

3.Alert Pada Semua Stokis, Ejen dan Team

Pernah dengar tak bertindak sebelum terlambat? Kalau dah jadi PKP semula baru nak alert pada team dan orang sekeliling memang dah tak guna time tu.. dah terlambat. Sekurang-kurangkan kita hantar team, stokis dan ejen pergi training supaya ilmu mereka sentiasa upgrade dan mereka takkan langgar dinding banyak kali.

Bisnes founder perlu sentiasa pastikan team, stokis dan ejen di bawah korang berada dalam keadaan yang high energy, jangan biarkan mereka down disebabkan PKP datang balik.

4.Rancang Posting Promo

Korang mungkin dah ada produk atau perkhidmatan yang power tapi terkandas di tengah jalan sebab tak rancang lebih awal tentang posting promo yang sesuai. Kita kena ingat manusia ni mudah terpengaruh dan mereka “Buy with their heart, not with their head”.

Jadi sebagai langkah persediaan awal, lebih baik kalau rancang A-Z mengenai posting promo yang korang boleh buat supaya dapat jimat masa, kos dan tenaga. Hidup ni jangan banyak sangat buang masa sebab orang yang buang masa ni sentiasa rugi.

5.Tarik Lebih Ramai Pelanggan Secara Online

Kesilapan ramai orang dalam bisnes ni adalah cepat sangat nak panik, panik sebab PKP datang balik lepas tu nak panik bila tak tahu macam mana nak online kan bisnes bagi orang lagi nampak.

Cara nak bagi orang lagi nampak bisnes adalah korang kena buat satu FB page, kemudian tarik fans sebab dia adalah kita punya sasaran yang betul. Bila korang pilih sasaran yang betul maka potensi untuk dia jadi pelanggan kita adalah sangat tinggi. Banyak benda yang korang buat contoh macam buat FB Live setiap pagi, buat FB Ads, like marketing, brand awareness dan sebagainya.

6.Besarkan Target Pelanggan

Kembangkan bisnes adalah satu keperluan yang sangat penting bagi memastikan bisnes korang ada keupayaan untuk berdaya saing. Contohnya sebelum ni korang fokus lebih pada area Johor Bharu, apakata bulan 10 ni korang luaskan saiz pasaran ke area Kuala Lumpur pula.

Kalau korang tak ada teknik, panduan dan strategi bisnes yang betul maka korang mungkin akan bertukar menjadi nelayan sebab akhirnya semua ke laut dalam.

7.Usahawan Jangan Down Dulu

Ada segelintir bisnes owner yang menyerah sebelum kalah, belum start apa apa enjin dia dah angkat bendera putih. Cuba bawa bertenang, daripada sibuk fikir nak give up, lebih baik kita fikir banyak lagi impian yang kita nak capai dan ramai lagi orang yang memerlukan bantuan.

Tolong jangan jadi hakim kepada diri sendiri, rasa tak layak, tak boleh nak bertahan dalam bisnes. Kalau boleh kita buat rasa give up ni give up nak buat kita give up. Amacam?

Nak ke nak kalau saya beri lebih lagi?

Nak berjaya perlukan ilmu bisnes. Tak ada ilmu, bisnes entah ke mana. Kalau korang komited nak ubah bisnes dan kehidupan. Jom download E-Book strategi capai RM10,000 pertama guna Facebook sekarang! Saya berikan secara PERCUMA.

Klik –> www.naktarikpelanggan.com

#segalanyaberubah

#ORMnajibasaddok

#naktarikpelanggan

#PKP

#kitajagakita

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !