fbpx
blog najib asaddok

7 Perkara ‘Boom’ Dalam Roket Emel Turbo 2017

 

Ramai diluar sana masih tak tahu apa yang ada dalam Seminar Roket Emel Turbo 2017.

Dah ramai usahawan yang telah kami bantu untuk hasilkan result yang bagus. Sales mereka meroket naik dengan ILMU, TEKNIK & STRATEGI. Ada yang meroket 100%, 200% & 300% pun ramai.

Nak tahu apa yang saya share dalam Seminar Roket Emel Turbo 2017?

 

  1. Konsep Online Marketing

Ramai usahawan kat luar sana, tak faham marketing. Hampir ramai usahawan yang keluarkan produk sendiri @ jadi stokis @ ejen produk orang lain, tapi tak pandai nak buat marketing. Dia buat sistem ejen, sistem stokis, tapi sales masih krik-krik. Marketing takde..

Satu lagi masalah usahawan adalah dia sangka dia buat marketing, tapi sebenarnya dia buat sales. Sebab itu ramai orang tak beli dengan dia, pelanggan beli dengan pesaing dia. Sebab apa? Sebab dia buat sales & promoting. Marketing tak buat sebab tak faham konsep.

Ramai usahawan tak perasan bahaya tak buat marketing.

Apa tu online marketing?

Saya memang nak jawab dalam Seminar Roket Emel Turbo 2017 ni.

2. Copywriting

Bila nak buat marketing, masalah yang berlaku yang ramai usahawan hadapi adalah nak buat ayat yang sebabkan pelanggan dia tak sabar nak beli dengan dia. Ni yang selalu usahawan hadapi. Selalu stok banyak kat rumah @ kedai. Lambat nak habis akhirnya guna diri sendiri.

Ayat yang dia guna langsung tak buat pelanggan dia nak baca pun. Headline berterabur, takde emosi dan tak kena ’hot button’ pelanggan.

Copywriting kalau tak belajar dan latih betul-betul, orang takkan beli dengan anda, sebaliknya dengan pesaing anda.

Jadi, macamana nak bina ayat copywriting yang memukau? Saya ada formulanya.. Nak tahu, jom datang Seminar Roket Emel Turbo 2017.

3. Facebook Marketing

Dah semangat nak onlinekan bisnes, dah prepare untuk guna facebook sebagai alat pemasaran, dia pun mula menjual dalam fb, tapi guna personal profile untuk menjual. Hari-hari dia post untuk promote barang dia.

Hari pertama takde orang lain, takpe, dia sabar je sebab dia kata marketing amik masa sikit. Hari kedua post, takde orang like. Seminggu berlalu, check-check friendlist dia berkurang. Dia mula pelik, kawan-kawan aku taknak kawan dengan aku ke?

Sebenarnya kawan dia bukan taknak kawan dengan dia, tapi menyampah sebab hari-hari post menjual. Dia sangka kawan dia adalah prospek dia.

Kesian, dia tak faham bila nak onlinekan bisnes dalam facebook, dia guna prodile, padahal facebook dah sediakan page untuk kita onlinekan bisnes dalam fb, dia tak tahu sebab main follow orang lain.

4. Like Marketing

Apa tu LIKE MARKETING? Marketing apa ni? “Ehh, tak payahlah buat, bazir je. Yang penting sales..”

Ramai usahawan salah sangka, yang Mark Zuki buat iklan untuk tarik like, datang dari mimpi semalaman. Dia fikir orang genius ni buat butang ‘promote your page’ tu sekadar nak kayakan poket dia semata. Ni semua sangkaan sesetengah usahawan kat luar sana.

Kat sini saya nak betulkan salah faham tentang Like Marketing. Like Marketing lah yang boleh buat bisnes anda tahan lama dan anda boleh followers yang setia.

Sebab itu saya ajarkan Like Marketing dalam Seminar, supaya bisnes anda tahan lama, supaya anda ada followers yang setia yang buatkan sales anda konsisten. Kalau anda faham, anda akan nampak potensi bisnes anda..

Tak percaya? Hadir ke Seminar Roket Emel Turbo 2017 untuk lihat & rasai sendiri.. Saya tak ajar perkara yang sesat dalam bisnes, semuanya terbukti hasilkan 5 hingga 6 angka sebulan. Ada yang dah capai 7 angka pun..

5. Brand Awareness

Iklan MILO, Maggi, Dynamo pernah berhenti? Sejak kecil sampai sekarang agak-agak dah berapa keluar kat tv? Berjuta kali kan? Itu namanya brand awareness. Iklan dia hari-hari kita nampak. Sedar atau tak sedar iklan dia hari-hari lalu depan mata & telinga.. Dari kecil lagi kita dah kene seeding..

Brand awareness ni ibarat kita nak tanam brand kita dalam otak orang ramai supaya dia selalu ingat kat kita.

Brand awareness bukan game untuk company besar sahaja, kalau anda nak tahu, company yang kecil pun boleh buat macam tu dengan kos yang paling efektif. Macamana nak jadi jerung kalau kita kata brand awareness ni game company besar? Kena ubah minda, nak berjaya kita tiru cara company besar berjaya.

Anda buat brand awareness, anda akan dapat pulangan yang besar. Brand awareness akan pastikan bisnes anda huru hara jangka masa panjang. Nak berniaga, jangan fikir sales sahaja, brand awareness tak buat, bisnes akan meninggal cepat.

6. Database

Satu lagi kesilapan besar usahawan baru & lama adalah tak simpan database pelanggan & prospek. “DATABASE IS KING. KING APA? KING KONG”..

Ramai usahawan suka sangat buat sales hit & run. Dapat jual sekali, terus tinggalkan. Padahal kalau ada database, sekali follow, lagi ramai yang akan beli berbanding pelanggan baru.

Bila ada database, anda boleh buat follow up, anda boleh upsale lagi produk yang lebih premium, lebih power..

Haa, macamana nak kumpul database dengan efektif?

Ok, yang ni memang saya akan share dengan anda caranya.. Anda akan nampak, semua followers anda adalah potensi prospek. Sekali petik terus jadi raving fans.. Seminar Roket Emel Turbo 2017, anda akan kepanasan telinga sebab anda selama ni tak buat apa-apa tentang database. Kalau ada pun anda tak buat apa-apa kan?

7. Intergration Marketing

Rugi kalau anda dah onlinekan, hanya harapkan facebook semata-mata. Anda tak optimumkan kemampuan fbads kalau anda hanya guna fb sahaja.

Dalam seminar memang saya sharekan pelbagai teknik, nama jawanya INTERGRATION MARKETING.

Anda gabungkan FBads, Emel Marketing & Minsite sekaligus, bagi bisnes anda MEROKET. Macamana nak combinekan, sebab tu kena hadir Seminar Roket Emel 2017. Bagi anda terangkat dan bisnes anda melambung roket naik..

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !