fbpx
blog najib asaddok

7 JENIS CONTENT YANG ANDA PATUT SHARE KALAU ANDA DALAM BISNES MAKANAN.

Ramai orang salah sangka dalam online ni kita hanya fokus pada sales disebabkan orang kata mudah nak buat sales dalam online.

Sebenarnya nak onlinekan bisnes makanan perlukan banyak perkongsian berbanding menjual. Banyak perkara kena tunjukkan pada orang ramai bahawa anda ni layak menjadi perhatian kepada golongan pemakan tegar.

Kalau anda tengok jenama makanan yang besar, mesti ada kempen supaya mereka ni share ikut topik. Industi makanan memang kena kreatif dan mesti pandai buat orang terliur.

Namun dengan strategi, teknik yang sentiasa berubah, sebagai owner bisnes dalam bisnes makanan, WAJIB buat sharing info dan sebagainya.

Content Marketing adalah kunci untuk bisnes anda grow. Content marketing yang berkesan boleh jadikan anda ada keunikan yang membezakan jenama anda dan orang lain.

So apa benda content yang anda patut share? Kat sini ada 7 idea atau benda yang anda WAJIB share supaya anda kelihatan lebih pakar dan menarik.

Anda kena tunjuk kebolehan anda memasak. Tak kisah kalau masak benda yang bukan berkait.

Contohnya kedai anda jual nasi ayam tapi anda tunjuk kepakaran anda masak ayam merah.


Sebab anda perlu bina keyakinan orang yang anda ni bukan sekadar nasi ayam jer pandai, ayam masak merah pun anda boleh buat.

So lepas ni anda boleh fikir buat nasi ayam hijau plak.. Ungu ke..

Orang paling suka kalau anda boleh share tips macamana nak prepare makanan yang bersih,selamat dan halal.

Kalau anda ada kepakaran masak masakan cina, india, atau apa sahaja, tunjukkan kat mana yang anda perlu tekankan tentang 3 isu.


Paling senang, anda share cara bersihkan, cara pernyediaan bahan, cara pemilihan barang segar dan cara bersihkan bahan mentah yang betul danselamat.

Orang ramai sukakan tips-tips sebegini. Nampak macam simple tapi ramai jer orang tak tahu nak sediakan bahan pun.

So perkongsian anda bakal selamatkan mereka dari keracunan makanan..

Kalau anda ada kedai makan, kilang proses makanan atau dapur sediakan kuih muih, buat satu video cerita keadaan pemprosesan makanan.

Tunjuk team anda yang sedang berusaha sediakan makanan yang sedap, bersih dan halal.

Timbulkan keyakinan orang bahawa bisnes anda ni sangat teliti, bersih. Baru orang yakin dan mula percayakan anda.

Paling penting, paling utama, kumpul seberapa banyak testimoni dengan interview pelanggan anda.

Samada kat kedai, masa delivery makanan, WAJIB tanya dan interview komen selepas makan.

Review orang yang kenyang kesedapan sangat power.. Pastikan mereka dah kenyang kepuasan tau.

Selain video behind the scene, share juga video persediaan masakan yang sedap, yang ramai orang suka.

Kalau anda buat kuih samprit moden, tunjuk lah macamana nak buat. Kalau buat sambal udang power, buatlah satu dan rakam.

Makanan sedap-sedap ni viral dia tinggi.

Kenapa bisnes makanan anda wujud? Kenapa kedai makanan anda wujud?

Anda kena storykan pada orang ramai supaya orang tahu. Macam KFC, kan terkeanal dengan story Colonel Sander yang gigih nak jual resepi ayam goreng tapi akhirnya berjaya juga walaupun umurnya dah lanjut.


Anda pun kena ada story, warisan mak ayah ke, warisan generasi keluarga Atan ke.. Sebab story yang sebabkan orang suka dengan kedai anda, brand anda.

Benda yang paling best, bila anda dapat rakam moment best bila pelangan menikmati makanan anda bersama keluarga mereka.

Anda kena rakam moment happy. Kalau anda jual online, anda kena minta gambar dari pelanggan keadaan keluarga dia bersama sambil makan kerepek atau biskut atau apa sahaja yang makanan yang anda jual secara online.


Kan best makanan anda dapat beri kegembiraan pada orang tersayang. Itulah emosi paling mahal makanan anda boleh buat pada orang lain.

Keseronokkan, gembira, ceria dan suka itu adalah emosi yang positif anda patut highlight.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !