fbpx
blog najib asaddok

7 Jenis Content WOW Yang Ejen Boleh Guna Untuk Buat Pelanggan Rasa Teruja

7 Jenis Content Wow Yang Ejen Boleh Guna Buat Pelanggan Rasa Teruja

Kebanyakkan peniaga mungkin dah ada produk atau servis yang bagus tetapi berapa ramai pelanggan yang dah beli produk dia?

Tak kisah betapa hebat pun produk atau servis korang, tapi kalau ramai tak datang beli, silap haribulan bisnes korang boleh meninggal. 

Sebab tu saya selalu tekankan untuk buat sharing dekat followers. Jangan buat diorang rasa bosan dengan korang.  Berikan diorang content yang power dan boleh hiburkan followers/pelanggan.

Masih lagi blur-blur katak tak tahu nak buat content apa?  Jangan risau! Meh saya belanja 7 jenis content yang korang boleh buat untuk hiburkan followers korang.

FB Live

Siapa kat sini tahu yang nak buat FB live ni tak perlu bayar pun?. Ye! Nak buat FB live ni FREE jer! 

Korang just bagi tips atau boleh share apa yang korang boleh bantu pelanggan korang. Boleh buat dengan cara spontan jer! 

Tapi ingat, korang kena konsisten buat FB live ni. Jangan buat sekali jer pastu dah terus hilang. Faham ke faham ni? 

Share Tips

Cara paling mudah nak tarik perhatian follower di FB Page.  Banyakkan buat sharing yang dapat memberi manfaat dan mudahkan kerja mereka.   

Pelanggan akan tertarik dan suka bila kita banyak share tips yang memberi manfaat dan dapat menyelesaikan masalah mereka. Jadi banyakkan sharing tips ya geng. 

Share Kepakaran 

Buang sifat malu tu dan tonjolkan diri, tunjukkan apa kepakaran korang. Apa manfaat yang korang boleh beri dan apa yang korang boleh bantu. 

Yang penting korang sentuh emosi pelanggan/followers. Jadi bila satu hari nanti pelanggan ditimpa masalah, mereka akan terus ingat kita.

Beri Penerangan Yang Jelas Dan Betul

The more you give the more you get. Bila kita bagi lebih, kita akan dapat lebih. Jadi, beri penerangan yang jelas, mendalam dan apa step tambahan pada pelanggan. 

Baru lah pelanggan suka dan percaya pada kita. Tak rugi pun kalau korang bantu beri lebih pada pelanggan sebab semua orang ada masalah yang berbeza. Faham ke faham ni?

Testimoni Daripada Pelanggan

Testimoni daripada pelanggan mampu beri impak yang kuat sebab pelanggan akan beli berdasarkan emosi mereka. 

Jadi bila kita guna testimoni, pelanggan akan terinspirasi daripada feedback pelanggan yang lain. Kira testimoni ni boleh membina kepercayaan pelanggan terhadap kita.

Sesi Q&A

Ejen dan stokis boleh jer buat sesi Q&A yang santai-santai supaya mereka dapat tarik lebih ramai fans yang kemudian berpotensi untuk menjadi pelanggan.

Q&A ni tak semestinya mengenai produk anda sahaja tetapi cuba untuk pergi lebih jauh dengan menjawab apa apa sahaja soalan berkaitan dengan produk atau servis yang korang jual.

Talkshow 

Ingat manusia ni ada dua sifat iaitu mudah lupa dan cepat bosan. Fikirkan cara macam mana kita nak beri kelainan supaya diorang tak cepat rasa bosan. 

Buat benda yang baru, jadikan bisnes kita ni lain daripada yang lain dengan buat talkshow. Korang boleh jemput orang luar untuk sama-sama join sesi live korang dan buat sesi sharing untuk beri manfaat pada orang lain.

Sampai bila nak STUCK pada sales bawah RM10,000? Kalau korang salah seorang ejen dan stokis apa kata beri peluang dan ruang untuk korang belajar tarik lebih ramai pelanggan dan naikkan sales. 

Saya nak spend masa dengan korang dalam sesi Roket Pemasaran Momentum (RPM) Edisi Ejen Wanita Demi Impian & Kejayaan pada 18 & 19 Disember 2021.

Apa salahnya spend masa untuk betulkan kesilapan yang korang dah buat selama bertahun-tahun. Boleh terus daftar di→ www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !