fbpx
blog najib asaddok

7 CONTOH CONTENT YANG PERLU ADA DALAM BISNES KECANTIKKAN

Ramai orang salah sangka dalam online ni kita hanya fokus pada sales disebabkan orang kata mudah nak buat sales dalam online.

Sebenarnya nak onlinekan bisnes kecantikan perlukan banyak perkongsian berbanding menjual. Banyak perkara kena tunjukkan pada orang ramai bahawa anda ni layak menjadi perhatian kepada golongan wanita.

Bisnes online anda mesti menonjol walaupun anda tidak ada fizikal kedai. Yang penting, anda tahu apa isu berkaitan wanita dan kecantikan. Anda faham benda ni, insyaAllah bisnes anda akan dapat perhatian yang anda nak.

Sebab tu walaupun orang kata marketing dah berubah, makin susah dan mahal, tapi anda tak de isu sebegitu sebab anda tahu, semakin banyak anda sharing, efek dia akan lebih hebat. Itu yang dinamakan Content Marketing.

Content Marketing adalah kunci untuk bisnes anda grow. Content marketing yang berkesan boleh jadikan anda ada keunikan yang membezakan jenama anda dan orang lain.

So apa benda content yang anda patut share? Kat sini ada 7 idea atau benda yang anda WAJIB share supaya anda kelihatan lebih pakar dan menarik.

Anda WAJIB share kepakaran anda dalam bidang kecantikan. Anda kena share segala berkaitan kecantikan..

Sebab sekarang ni terlalu banyak isu tentang kecantikan. So, pilih salah satu isu dan ceritakan kenapa, mengapa, dimana, bila atau siapa dalam isu tu..

Barulah anda boleh bina trust dengan mudah.

Bidang kecantikan tak lari dari soalan, macamana. Jadi, anda kena share tips-tips berkaitan macamana nak cantik dan sebagainya.

Anda kena share apa-apa sahaja walaupun ianya sanga mudah.

Anda kena ingat satu perkara bila nak share. Ramai kat luar sana tak tahu. Jadi tanggungjawab anda adalah untuk bagitahu. Jangan takut..

Sebagai orang yang epert dalam bidang kecantikan, anda kena share info-info tentang isu keselamatan dalam kecantikan.

Sekarang ni, terlalu banyak produk yang nampak baik tapi terlalu merosakkan kulit untuk jangka masa panjang.

Educate atau didik prospek anda tentang soal keselamatan selain kecantikan.

Ini tanggungjawab sosial anda sebagai owner bisnes. CARE ABOUT YOUR CUSTOMERS

Kalau anda ada produk, tunjukkan cara penggunaan dengan detail, bila masa nak guna, waktu bila nak guna.

Kena ada sharing apa yang jangan dibuat bila guna, takut ada kesan lain.

Anda buat video tutorial untuk setiap cara penggunaan. Video sebegini sangat membantu untuk wanita diluar sana.

faham ke faham ni?

Benda paling bagus bila anda dapat share story pelanggan anda yang dah guna produk anda.

Ada pelanggan berjaya dapat kerja bila dia tampil yakin gunakan produk anda. Ada wanita profesional yang selalu berjumpa dengan client tampil berkeyakinan tinggi lepas guna produk anda.

Story sebegini anda patut share. Sebab anda tak tahu apa story setiap pelanggan anda. Anda kena cungkil story setiap pelanggan anda supaya anda dapat bantu lagi orang ramai.

Ingat tau, jangan sesekali reka story atau testimoni. Bisnes anda tak berkat kalau buat begitu.

Just be genuine. Mula dari hari ni, mula tanya pelanggan anda untuk dapatkan story dan share..

Sekarang ni zaman orang suka engage dengan owner bisnes. Orang ramai nak rasa owner bisnes ni jenis turun bersemuka dengan masyarakat.

Acah-acah macam YB tapi sebenarnya audience anda tu nak anda engage jer.

So anda boleh share story anda, share tips-tips, shae latest trend, update dan info.

Semua ni adalah salah satu cara anda nak kuatkan branding dan nak tonjolkan anda ni pakar.

Ini yang jenama-jenama besar kalah sebab owner dia tak engage. Beza tau anda lantik duta dari artis dengan anda sendiri engage dengan followers anda.

Pernah tengok rancangan 3R dalam TV3 dulu? Dalam rancangan tu penuh konten, penuh informasi. Anda perasan siapa penaja utama rancangan 3R?

So berapa kos anda nak keluarkan rancangan dalam TV3? Kan bapak mahal giler.

Jadi anda buatlah rancangan sendiri dalam Page Facebook dan engage dengan followers anda.

Anda sendiri tentukan jadual, apa info yang nak share, dan apa aktiviti dalam show sendiri..

Ala guna alat simple-simple je, tak perlu beli cam yang mahal-mahal. Kamera iPhone pun boleh..

Buat rancangan anda dengan konsisten sehingga ramai orang tertunggu-tunggu show anda.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !