fbpx
blog najib asaddok

7 BENDA YANG KALAU USAHAWAN ADA NI, BISNES DIA BOLEH MEROKET JAUH..

Ramai orang sangka nak jadi usahawan berjaya, cukup sekadar ada produk, pandai marketing, tahu uruskan syarikat lepas tu boom boleh berjaya dan hasilkan bisnes yang bernilai jutaan ringgit.

Ramai orang sangka cukup sekadar marketing yang power boleh buatkan bisnes dia meletup naik dan mudah jadi kaya raya.

Semua pandangan ni adalah satu kesilapan yang besar. Sebab nak jadi usahawan bukan marketing, produk atau pengurusan bisnes je yang jadi perkara utama. Ada banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu diambil kira.

Jadi, apakah perkara yang sebenarnya perlu menjadi perhatian usahawan-usahawan yang ada hari ni?

Perkara paling asas dalam nak majukan diri adalah kita sentiasa rendahkan diri diharapan ramai orang walaupun kita adalah ‘seseorang’, ada pangkat, bisnes kencang dan terkenal pada orang lain.

Sifat rendah diri sangat bagus, sangat dituntut dalam Islam agar dapat ingatkan kita walaupun kita dah berjaya atau sedang dalam proses berjaya, kita masih lagi ingat dari mana kita bermula.

Rendah diri bukan bermaksud jadikan diri hina di hadapan orang lain, tapi menjadikan kita lebih baik dan mudah menarik rezeki dari Allah.

Orang yang berjaya, dia konsisten memberi pada orang lain dengan apa yang dia ada dan tak kira berapa banyak jumlahnya.

Kalau kita tengok orang berjaya, makin besar pendapatan mereka, makin besar sumbangan mereka pada masyarakat.

Mereka sangat percaya, “WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK.”

Usahawan yang berjaya, mereka sangat yakin dengan apa yang mereka buat. Mereka sangat yakin dengan tindakan yang mereka ambil.

Keyakinan ini hanya dapat diperoleh dari ILMU yang benar dan pengalaman yang banyak. Tak ramai usahawan ada keyakinan. 

Sebab tu kena kena ada MENTOR untuk bantu bina keyakinan dalam setiap tindakan dan keputusan dalam bisnes.

Usahawan yang berjaya, mereka sangat percaya dengan apa yang mereka lakukan. 

Contohnya, apabila usahawan berjaya ditemuramah kenapa mereka buat bisnes ini, pastinya mereka akan menjawab mereka sangat percaya bisnes dia dapat beri manfaat pada ramai orang.

Bukannya duit dan keuntungan yang jadi keutamaan tapi atas kepercayaan mereka untuk bantu ramai orang. 

Dengan bisnes anda ni, apa kepercayaan anda?

Perkara paling pantang untuk anda tak langgar adalah perjanjian.

Bila anda buat promosi, buat marketing, kalau anda dah janjikan sesuatu pada pelanggan, anda wajib tunaikan. 

Ini adalah soal intergriti, soal keimanan disisi Allah. Anda tak tunaikan janji, sebenarnya anda menipu. 

Hati-hati bila anda tak tunaikan janji, pastinya bisnes kita takde keberkatan dan akan jatuh.

Persamaan antara usahawan berjaya ni, mereka ni sangat bijak dalam menguruskan kebanyakan perkara dalam hidup.

Mana ada bisnes semuanya baik-baik sahaja. Mesti ada satu ketika bisnes dia berada pada satu persimpangan antara nak pergi jauh atau kekal disitu. Owner bisnes perlu bijak untuk handle situasi agar syarikat dapat kekalkan momentum untuk berkembang.

Bijak juga tak semestinya dalam syarikat hanya CEO jer yang perlu bijak, tapi dalam syarikat ada satu Team yang semuanya bijak dalam urusan dan fokus masing-masing. Team yang bijak lebih baik dari hanya seorang sahaja yang bijak.

Siapa yang tiada iman, nescaya dia tidak percaya bahawa rezeki ini datang dari Allah. Dia hanya percaya usaha dia yang sebabkan dia dapat rezeki.

Naudzubillah hi min dzalik..

Jangan ada perasaan begitu sebab kita kena faham Aqidah kita sebagai seorang Muslim yang Mukmin. Hasil rezeki yang kita peroleh hari ni, hakikatnya dari Allah SWT.

Sebab tu taqwa ni penting sebab ketaqwaan kita melindungi diri dari melakukan syirik, dosa dan maksiat. Taqwa itu menjaga kita dari melakukan perkara-perkara yang haram dengan bisnes kita.

Taqwa itu memandu bisnes kita ke arah lebih baik dan mendapat keredhaan Allah.

Jadi, muhasabah balik sejauh mana bisnes kita itu menjadikan kita lebih bertaqwa..

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !