fbpx
blog najib asaddok

6 Kesilapan Besar Dalam Game Bisnes 2022

6 Kesilapan Besar Dalam Game Bisnes Tahun 2022

Dah masuk tahun 2022 ni, masih guna cara yang sama macam tahun lepas ke?  Tak risau ke guna game bisnes yang sama untuk tahun baru 2022?

Kalau still guna cara yang macam tahun lepas, still buat kesilapan yang sama macam tahun lepas, ehh alamatnya sales pun sama la macam tahun lepas kan? 

Sempena lagi 6 hari untuk sesi Pelancaran Roket Pemasaran Momentum (RPM) Bisnes Comeback 2022 ni, saya share sikit 6 Benda yang HARAM untuk korang buat dalam game bisnes tahun 2022 ni.. Baca sampai habis yer. Nombor 6 tu paling kritikal dan ramai orang buat.

 Kesilapan Besar Dalam Game Bisnes 2022
  1. Buang Harga 

Kalau anda terfikir nak jadikan cara ni sebagai salah satu strategi baru tahun 2022, silap-silap tahun ni juga bisnes tu boleh meninggal.. Ramai usahawan yang saya perhatikan bila susah nak dapat sales jer terus nak buang harga.. Bila bisnes ramai pesaing jer terus nak buang harga. Masalahnya dah buang harga pun sales tetap ciput. 

Ingat ye, pelanggan membeli bukan sebab harga. Pelanggan beli sebab value. Kalau pelanggan beli sebab harga, buat apa orang nak beli kereta mahal-mahal? Baik beli Kancil. Sama jer ada bumbung, empat tayar, muat lima orang penumpang. Betul ke betul? Kalau bagus value yang kita bagi, tak kesah mahal mana pun barang atau servis kita, orang tetap akan beli. Amacam.. Dapat sesuatu?

 Kesilapan Besar Dalam Game Bisnes 2022
  1. Cuba Untuk Buat Semua Benda Dalam Satu Masa

Kesilapan terbesar usahawan adalah dia ingat dia boleh buat semua benda. Macam-macam bisnes dia cuba buat dalam satu masa. Sebab tanam mindset, buat banyak bisnes dapat banyak sales.

Bila buat bisnes anda kena fokus pada satu. Fokus pada satu tu sampai jadi orang yang expert dalam bisnes yang anda buat.

 Kesilapan Besar Dalam Game Bisnes 2022
  1. Tak Ada Strategi Marketing Yang Betul

Bila cakap pasal marketing, ramai yang masih blur-blur katak lagi. “Marketing tu apa?” “Pemasaran”.. “Pemasaran tu apa?”.. “Marketing”.. Ah sudah.. 

Persoalan dia, apa strategi untuk anda buat pelanggan nampak, kenal, suka dan percaya dengan anda? Macam mana kita nak tarik pelanggan tu daripada dia tak tahu apa-apa pasal kita, sampai dia boleh jadi pelanggan. Apa flow dia? Apa teknik dan strategi dia?

Benda ni yang anda kena jelas untuk tahun 2022 ni. Marketing sentiasa berubah. Trend bisnes tahun ni pun berubah. Jadi, macam mana nak buat untuk jadikan bisnes ni dikenali? Haa.. Stay tuned, baca dulu sampai habis. Nanti saya bagi cara dia..

 Kesilapan Besar Dalam Game Bisnes 2022
  1. Tak Faham Pelanggan

Pelanggan datang kepada kita sebab diorang ada masalah yang nak diselesaikan. Jadi, sebagai peniaga dan usahawan, anda kena kenal pasti masalah apa yang bisnes anda ni boleh selesaikan. Untuk siapa? Jangan main taram “Semua orang dalam dunia ni boleh guna”.. No!

Mesti ada target yang specific. Bila dah kenal pasti dan dah tahu apa yang anda boleh bantu, dari situ anda cuba fahami dan dalami emosi pelanggan tu. Apa yang dia rasa, apa ketakutan dan kerisauan dia.. Jangan fokus pada diri kita yang nak dapatkan sales ni, tapi fokus kepada nak bantu pelanggan. Boleh faham ni?

  1. Nak Cepat Kaya

Siapa jer tak nak cepat kaya kan? Cuma anda kena buang mindset yang anggap buat bisnes ni boleh cepat kaya.. Kenyataannya, bisnes ni ada fasa dan proses yang perlu dilalui. Ambil masa untuk grow.

Proses tu akan terus berjalan selagi mana anda terus usaha dan terus fight untuk bisnes anda, dan proses tu akan berhenti bila anda give up. Saya tak nak anda tanam mindset bisnes untuk cepat kaya sebab saya tak nak anda give up terlalu awal bila belum nampak hasilnya. Jadi, teruskan usaha dan terus fight untuk bisnes ya.

  1. Tak Nak Buat Tindakan

Ramai usahawan yang saya perhatikan dia susah sangat nak buat tindakan. Suka bertangguh dengan alasan nak tunggu ada modal lah, nak tunggu ada kedai lah.. Tunggu punya tunggu, apa pun tak dapat.

Sebab tu kena terus buat tindakan, tak perlu nak tunggu dan bertangguh.. Buat jer dulu dengan apa yang ada. Yang penting sekali adalah ilmu.

Kita jadikan tahun baru ni sebagai satu starting point untuk kita sama-sama grow. Boleh? Kita ubah dah improve untuk game bisnes tahun ni. Jom dapatkan tips bisnes dan info kelas terkini di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !