fbpx
blog najib asaddok

5 Tips Untuk Jadikan Anda Bebas Buat Pilihan Melalui Bisnes

Bebas

Ramai usahawan yang sebenarnya mereka tak tahu pun yang bisnes mereka ni okay atau dah berada di hujung tanduk.  

Dia tetap duduk dalam keadaan selesa tanpa fikirkan cara dan tak buat tindakan apa pun.

Selagi dia dapat sales 6-7k, ohhh ada sales, kira cara dia tu dah betul dah. Tapi mereka silap.

Pernah tak mereka ada duit lebih? Duit untuk beli aset baru? Duit lebih untuk beri pada pekerja? Ada tak?

JIka anda dah stuck pada satu tahap tu, anda dah berada dalam keadaan yang kritikal dah. Sedangkan anda boleh naikkan lagi sales. Tapi anda still tak buat tindakan.

Nak tahu tips yang boleh buatkan anda bebas untuk buat keputusan tanpa berfikir panjang? Jom follow sampai habis tau..

1.Kurangkan mengambil hutang yang banyak

Anda jangan pernah menambah lagi hutang. Pastikan anda bayar hutang yang lama dulu. Jika anda dah ada hutang, tambah lagi hutang. Mampu ke anda bayar setiap bulan?

Jika sales anda gempak, mampu untuk bayar bulanan besar. Dipersilakan.

2. Kos marketing yang rendah

Anda boleh kurangkan kos dengan menggunakan cara marketing yang betul. Jika tak mampu offline, mulakan dengan online.

Gunakan online lebih murah dan boleh reach pelanggan di mana-mana sahaja. Cukup-cukuplah guna cara marketing yang boleh meleburkan lagi duit anda. Tapi tak da hasilnya.

3. Strategi yang betul untuk terus growth kan bisnes

Rancang strategi yang betul dulu untuk terus naikkan sales setiap bulan.

Terus buat dan capai target yang ditetapkan agar anda boleh bebaskan bisnes anda dari masalah kewangan. Jika tak capai, terus plan untuk buat tindakan cepat yang boleh naikkan sales.

4. Sentiasa update ILMU

Benda yang takkan buatkan kita tersilap, tersalah dalam bisnes adalah ILMU & Guru.. ILMU akan jadikan kita seorang usahawan yang bijak atasi masalah & pandai susun tindakan untuk bantu bisnes kita grow.

Bila berguru pula, akan jadikan bisnes kita mudah untuk grow, malah senang buatkan bisnes kita lebih tahan lama. Guru akan bantu guide kita berdasarkan apa keperluan kita.

Sebab itu Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) Nak Tarik Pelanggan diadakan untuk bantu usahawan supaya dapat ilmu yang update, dan kedua bantu anda dapatkan guidance dari segi online marketing, apa benda betul yang anda kena buat supaya marketing anda berjaya..

5. Team yang bagus

Tulang belakang bisnes adalah team. Jika team tak cukup dan kurang kualiti, bahayalah untuk sebuah company tu.

Tanpa team, anda tak boleh gerak sendiri. Pastikan anda hantar team anda pergi belajar agar dia boleh bantu untuk anda kembangkan lagi bisnes. Faham ke faham ni?

Banyak lagi tips yang saya nak kongsikan dengan anda. Nak improve bisnes anda?

Apakata anda join RPM Edisi Merdeka pada 29&30 Ogos secara online. Jom daftar di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !