fbpx
blog najib asaddok

5 TIPS MUDAH NAK BINA CONTENT YANG MEMUKAU

 

SUSAH NAK HASILKAN CONTENT? TAK TAHU CARA BUAT CONTENT MEMUKAU?

.
Tak ramai orang tahu nak hasilkan content yang boleh tarik perhatian orang, yang boleh buatkan berhenti kejap dan baca content anda.

.
Tapi korang jangan risau sangat, ramai lagi usahawan tak buat Content Marketing. Kalau ada, tapi masih tak konsisten.

.
So, nak hasilkan content yang memukau dan konsisten ni mudah jer..

.
Kat sini ada 5 TIPS MUDAH NAK BINA CONTENT YANG MEMUKAU supaya Facebook Page anda meriah, hidup dan sentiasa penuh dengan engagement.

 

STEP 1

Pilih tajuk yang sesuai dengan content anda. Tajuk paling best dan menarik, biasanya tajuk yang jenis ada result atau masalah.

.
Tajuk begini akan menarik perhatian untuk baca lebih lanjut apa yang anda nak sharekan..

 

STEP 2

Tentukan apa point-point utama yang anda nak highlightkan. Point biar seringkas mungkin supaya orang dapat tangkap keyword dia.

.
Keyword akan lebih mudahkan orang faham apa yang anda cuba nak sampaikan. Dia akan nampak gambaran tu.

 

STEP 3

Bila dah ada point / keyword jelas, barulah anda huraikan dengan detail apa yang dimaksudkan.

Huraian mesti jelas, ringkas dan padat.

Takde masalah kalau anda nak tulis pendek atau panjang. Yang penting mesti ada perenggan untuk nampak lebih kemas dan mudah orang nak baca.

 

STEP 4

Pilih gambar atau design yang menarik untuk tajuk dan point content anda.

Biasanya anda perlu beri content yang anda dah hasilkan pada grafik designer, supaya dia tahu apa point anda dan dia tahu macamana nak hasilkan gambar / design yang boleh sampaikan tajuk / point anda dengan lebih jelas.

Benda ni grafik designer tahu nak buat apa..

 

STEP 5

Bila dah siap tajuk, point dan gambar untuk content, anda perlu pilih waktu post supaya ramai orang dapat baca, reach tinggi dan penuh dengan engagement.

Anda kena tahu bila waktu puncak orang ramai lihat page anda. Boleh guna fungsi Insight dalam Page untuk kenal pasti.

Benda ni penting supaya ramai yang dapat baca posting perkongsian anda.

Penting untuk tahu waktu sebab kalau content baik tapi takde pembaca, kan rugi.. Mesej tak sampai.

 

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !