fbpx
blog najib asaddok

5 TIPS KUATKAN BRANDING HINGGA PESAING TENGGELAM

Siapa sini kenal mana-mana usahawan yang bisnes dia hampir-hampir tenggelam sebab persaingan?

Sekarang kalau kita tengok dalam online, bisnes mana yang takde persaingan? Jual coklat minda pun terpaksa bersaing dengan stokis, ejen dan dropship lain.

Persaingan ni memang tak boleh lari. Siapa yang konsisten dengan marketing, siapa yang kreatif dialah yang akan menang dalam persaingan walaupun produk atau servis yang sama.

Ini bukan kerja magic kenapa dia naik, kenapa aku jatuh. Ini kerja smart, ini kerja yang melibatkan ilmu, melibatkan usaha, melibatkan team, melibatkan marketing yang betul dan tepat.

Zaman ini bukan zaman orang lain dengki yang menjatuhkan lawan bisnes tapi kekolotan dalam cara fikir, ilmu dan tindakan yang menyebabkan bisnes kita jatuh.

Macamana bisnes nak hidup dalam zaman serba banyak sangat persaingan?

Baca lanjut sebab ada tips yang boleh bantu bisnes anda kekal ‘on top of the game’.. Tapi tak semua suka baca.. Yang rajin jer suka baca, take note & terus bertindak..

Benda ni bukan benda magic. Lagi banyak anda berkongsi tips, berkongsi cara atau macam-macam lagi yang anda kongsikan semakin banyak orang akan mudah percaya dengan anda.

Tapi anda kenalah kongsi perkara yang berkaitan dengan produk / servis atau benda yang anda bantu selesaikan..

Ini akan kuatkan branding anda.. Menulis ni zero cost tapi banyak keringat otak yang perlu diperah.. 

Ada bran?

Jangan sesekali abaikan aspek imej ataupun dalam jawanya graphic design.

Design yang cantik akan menarik dan menawan mata yang scroll media sosial.

Kalau tak pandai nak design guna photoshop, sekarang dah banyak applikasi yang anda boleh guna untuk design contoh macam canva..

Kalau tak tahu composisi gambar, youtube kan ada, belajar lah..

Video ni simple.. Ambil smartphone, tekan apps photo dan ambil bahagian video..

Tekan rakam, dah mula bercakap.. 

Kalau tak tahu nak cakap, cakap balik content yang anda tulis dalam page.. Apa yang anda tulis anda share balik dalam bercakap dalam video..

Dah rakam, kemudian post dalam page atau medium lain..

Lagi best buat live..

Benda ni wajib buat sekurang-kurang seminggu 3 kali.. Kalau tak boleh buat, buat setiap hari.. 

Live dapat tarik crowd, dapat engage dengan audience anda dengan lebih tepat..

Cakaplah apa yang anda nak cakap pasal bisnes anda, pasal diri anda, pasal produk anda.. 

Terpulang pada anda sebab ni kan siaran anda, anda lah yang kreatif fikirkannya..

Tapi nak cerita, tak buat live bukan boleh mati, tapi bisnes anda saya rasa tak lama lagi boleh berpotensi meninggal..

Apa value bisnes anda kepada pelanggan anda?

Bisnes anda bantu selesaikan masalah apa? masalah siapa?

Semua ini persoalan yang patut anda jawab dalam LIVE anda, dalam content infographic, dalam mana-mana medium yang anda ada dalam online..

Value akan dekatkan anda pada audience yang tepat. Value akan menarik value yang sama.. Value bisnes anda akan menarik pelanggan yang sama value dengan bisnes anda..


#roketpemasaran
#onlinerocketmarketing
#ormnajibasaddok

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !