fbpx
blog najib asaddok

5 TIPS CUSTOMER SERVICE ATASI ISU ‘MASALAH PELANGGAN’

Dalam bisnes ni siapa yang dapat rebut hati pelanggan dia lah yang akan ‘WIN’ dalam market. Sebab itu customer service sangat penting sekiranya bisnes anda banyak persaingan.


Oleh itu, team yang jaga di bahagian customer service berperanan dan team ini juga sangat penting untuk pastikan pelanggan sentiasa happy. Customer service yang bagus mereka tahu untuk jaga perbualan dan tahu macam mana untuk atasi jika berlaku sebarang persilihan faham, sebarang kritikan daripada pelanggan mereka sendiri.


Jika anda sebagai seorang owner bisnes yang baru jer hire seseorang yang tiada pengalaman dalam bidang ni, anda wajib ambil perhatian dan baca sampai habis artikel ini.


Ni dah ready ker dah ready untuk tahu 5  tips bahagian customer service atasi isu ‘Maslah Pelanggan’?


Perkara ni sangat penting untuk bisnes anda supaya bisnes anda sentiasa melekat dalam hati pelanggan anda. Bagi pelanggan anda, mereka akan rasa tidak ada jenama lain lagi yang mampu berikan pengalaman best pada mereka.

Jangan sekali-kali hilang kesabaran anda. Jawab setiap aduan atau panggilan dengan baik dan amalkan sikap bersabar dan bertenang.


Ambil perhatian pada feedback pelanggan anda untuk improvekan lagi bisnes anda. Ingat, “Customer is Always Right”, terima sahaja kritikan dengan hati yang lapang. Yang penting, kita sentiasa perbaiki dan mutu kualiti servis anda.

Dapatkan point aduan pelanggan anda. Dengar dan beri perhatian kepada setiap aduan.


Pastikan pengadu telah nyatakan segala masalah yang hendak dinyatakan kepada anda. Pastikan ulang semula aduan pelanggan anda supaya tidak tersilap.


Sahkan anda telah mendengar dan faham setiap point dari pengadu dengan betul.

Jika anda tak sengaja lakukan kesilapan, minta maaflah dengan cepat supaya mood pelanggan anda dalam keadaan yang okay.


Meminta  maaf kepada pelanggan hanya untuk kesalahan yang tertentu sahaja. Ambil sesuatu tindakan pantas untuk mengatasi masalah dengan segera.

Jika anda tidak dapat memberi keputusan segera atau tindakan segera, jelaskan tindakan yang anda akan ambil untuk atasi aduan pelanggan.

Hargai pelanggan kerana memberitahu feedback mereka. Akhirkan panggilan anda dengan sopan dan ucapan terima kasih kepada pelanggan anda. Bila kita berkata sopan dan jaga nada suara dalam keadaan yang baik, maka pelanggan anda juga tidak akan marah dan bengang lagi.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !