fbpx
blog najib asaddok

5 Teknik Lajukan Followers Facebook

5 Teknik Lajukan Followers Facebook

Pening kepala nak fikir, apa yang kena buat? Susah benar nak lajukan followers facebook ni. Kita bukan retis sampai ada orang nak follow.. Haihhh!

Ehh.. Samalah kita dulu! Saya pun tak yakin nak tarik follower datang Facebook Page saya.. Nak like dan follow page kita, macam mustahil lah!

Betapa skeptikalnya saya dulu.. Dan sekarang, alhamdulillah saya dah capai 1.4 Juta followers dalam Facebook NajibAsaddok.

Bukan senang nak dapat macam ni.. Saya cuba banyak benda.. Dan pegang pada 5 Teknik ni untuk tambah followers Facebook.  Nak tahu ke apa dia?

 

lajukan followers facebook

1. Content Yang Menarik

Yang pertama, bisnes secara online ni memang kena ada content! Cubalah lari ke pelusok kampung mana pun, content WAJIB ada dalam page.. Serius!! Kalau tak ada content, macam bisnes di Facebook nak ada orang datang?

Ibarat masuk kedai kosong, nak beli apa pun kita tak tahu! Samalah macam customer masuk FB page kita, tapi kita tak ada apa-apa nak sajikan pada diorang.

Tak tahu nak buat content apa? Cuba try test content tips, quotes atau doa ke.. Content yang shareable.. Boleh juga tengok sini untuk content marketing >>> 7 Jenis Content Marketing

Shareable tu apa? Shareable tu bila orang tengok content kita, dia rasa best dan rasa nak repost.. Ataupun share. Selalunya content yang bermanfaat.. Sebab tu saya minta korang share value, bukan menjual ye!

 

2. Buat benda viral untuk tambah followers

Sekarang cepat giler berita tersebar bila guna media sosial ni.. Salah kelakuan, habis viral.. Salah cakap, habis kena kecam..

Tapi tolong, saya tak nak anda buat perkara macam tu.. Jangan malukan diri ye..

Apa yang anda boleh buat untuk viral, adalah follow benda viral. Ataupun anda sendiri cipta viral tu.. Pastikan viral perkara yang baik ye.. Cukuplah orang mengata sebab buat bisnes tak ada sales, dari mengata sebab malukan diri sampai sanggup buat sesuatu.

 

3. Share value dengan followers

Nak orang rapat dan dekat dengan kita.. Kita kena tarik perhatian dia. Buat dia suka dengan kita. Buat dia follow rapat kita. Siapa tak nak macam ni kan?

Apa yang kita boleh buat diorang datang dekat dengan share value.. Share tips untuk bantu dia..

Kadang kita fikir, “semua orang dah tahu benda ni.. Tak boleh kongsi”. Sebenarnya, benda tu lah orang nak tahu. Kita kena anggap semua orang tak tahu tentang perkara tu.. Kita nak share, suka hati kita lah kan?

 

lajukan followers facebook

4. Buat Facebook Live

Kalau nak kata malu nak buat live, saya dulu pun malu. Tapi lepas tekan je button live tu.. Saya dapat kenal dan faham apa masalah followers saya.. Rasa lebih dekat dengan mereka..

Live ni, bukan hardsell jer memanjang.. Tapi live adalah satu cara yang buat kita berinteraksi secara alam maya. Kan best bila dapat bertukar pendapat dan share something yang bantu selesaikan masalah diorang. Dapat tarik perhatian diorang.. Dapat bina engagement dan fans guna Facebook Live je

Dan sambil live tu, korang boleh minta tag dan share supaya rakan-rakan followers korang pun turut follow page korang.

 

lajukan followers facebook

5. Bayar Sehari RM15

RM15 bukan untuk seorang followers. Tapi untuk tarik puluhan dan ratusan followers. Nama dia like marketing. Function button ni power giler.. Bukan macam boost post tu..Tolong jangan tekan button boost post. Salah caranya!

Yang korang kena buat, like marketing.. Tapi dengan cara ni, korang boleh tambah followers korang dengan mudah. Dan korang juga boleh pilih sendiri siapa yang boleh follow korang. Dan followers yang korang tetapkanlah yang akan betul-betul jadi potential customer korang. Serius..

Nak share caranya dalam ni, memang panjang beb..Nak ke saya share dalam next posting? Jom lajukan followers facebook. Stay tuned! 

Kalau nak lebih lagi, boleh dapatkan info di www.TelegramNajib.com

 

 

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !