fbpx
blog najib asaddok

5 Teknik Ajaib Tarik Pelanggan Guna Content Facebook

5 Teknik Ajaib Tarik Pelanggan Guna Content Facebook

Korang dah onlinekan bisnes dekat Facebook? Kalau dah onlinekan mesti dah ada Facebook page sendiri kan. Pernah tak korang ada isu blurr dan tak tahu nak buat content Facebook apa dalam tu? 

Ehh jap. Korang tahu kan content tu apa? Maksudnya jenis posting yang korang nak letak dalam Facebook page tu. Page ni ibarat macam kedai online korang tau. Kalau kosong jer, macam mana lah pelanggan nak berminat untuk datang membeli. 

Sekurang- kurangya penuhkan dengan content Facebook yang mampu menarik bakal pelanggan untuk singgah. Ataupun dah cuba buat macam macam tapi tak ada orang berminat langsung. Berapa ramai peniaga dekat luar sana yang dah buntu dan tak tahu apa content yang sesuai untuk bisnes sendiri? Sebab tak tahu nak buat content Facebook, asyik posting tentang produk jer. Pelanggan pon dan start bosan. 

Ni saya nak share beberapa teknik yang korang boleh gunakan untuk buat pelanggan tertarik. 

5 Teknik Ajaib Tarik Pelanggan Guna Content Facebook

  1. Facebook Live

Saya selalu baca banyak isu peniaga dan usahawan takut untuk buat Facebook Live. Rasa malu, tak tahu nak cakap apa, tak ada confident dan banyak lagi lah alasan yang mereka bagi. Kalau korang nak tahu, Facebook Live ni lah membantu untuk kita berkenalan dengan audiens kita. 

Kita boleh share kita buat apa, benda simple je tapi membantu. Tentang task harian pon ok. Celebrate birthday dengan team atau win yang kita capai pada hari tu. Kita juga dapat berkenalan dengan bakal pelanggan kita melalui Facebook Live ni. 

Ni saya share apa yang korang boleh buat untuk live nanti -> 5 Jenis Facebook live

5 Teknik Ajaib Tarik Pelanggan Guna Content Facebook
  1. Content Tips

Selain tu, banyak kan content berkaitan tips, cara-cara dalam page. Jangan lah asyik upload posting berkaitan produk je. Contoh kalau korang jual produk kecantikan, boleh share cara cara penjagaan wajah atau lain-lain. 

Tak perlu nak letak ayat yang panjang pon, cuba audiens kita jelas dan faham dengan apa yang kita sampaikan. 

5 Teknik Ajaib Tarik Pelanggan Guna Content Facebook
  1. Video 

Yang ketiga, video. Korang boleh kongsikan pelbagai video yang menarik dalam Facebook page. Tak kisah lah video pendek ataupun video panjang. Senang cerita video yang bagi manfaat dan value lah dekat audiens korang. 

Kalau rasa macam tak ada idea nak buat video menarik, korang boleh download video yang best dalam Youtube kemudian upload dalam media sosial korang. Video yang terbaik akan menarik minat ramai orang untuk menonton. 

  1. Q&A

Sesi Q&A ni biasanya boleh naikkan engagement dalam page. Korang boleh adakan sesi soal jawab dan libatkan beberapa viewers yang menonton sesi tu. Dari sini lah korang boleh dapatkan feedback yang menarik. 

  1. Posting bodo

Korang tahu apa tu Posting Bodo? Posting Bodo ni maksudnya satu posting ringkas yang tak perlukan poster dan grafik pon. Korang cuma perlu taip ayat yang ringkas dan posting dalam page. 

Biasanya korang boleh tulis kata kata semangat awal pagi, ataupun ayat doa yang mengajak audiens untuk berinteraksi dalam posting tersebut. Mudah kan? 

Korang dapat banyak info dari sini? Semoga perkongsian ni membantu korang untuk buat posting yang mampu menarik pelanggan dan bakal pelanggan. Kalau bakal pelanggan dah tahu kewujudan bisnes kita. Senang la untuk korang closing dan buat sales. 

Dapatkan info yang terkini daripada kami untuk pelbagai ilmu yang membantu korang roketkan bisnes dan sales, dalam channel Group telegram www.TelegramNajib.com 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !