fbpx
blog najib asaddok

5 Syarat Untuk Merasai Kemanisan PERPADUAN Dalam Bisnes.

malaysia

Ramai di kalangan usahawan yang rasa tertekan, nak give up dan paling teruk ada yang tak boleh nak tidur malam sebab pening fikir sales bisnes yang sendu. Bisnes dah berpuluh tahun tapi masih takde apa apa pencapaian dalam hidup. Masih kekal macam tu jer.

Ada kenal usahawan macam ni? Macam macam ujian yang datang sampai bisnes jatuh teruk dan lebih kritikal bila bisnes dah tak dapat nak diselamatkan lagi. Setelah berpuluh tahun berhempas pulas, masih lagi tak menjadi usahawan yang kaya dan berjaya.  

Punca bisnes founder ketinggalan dalam pasaran dan pesaing adalah tidak ada PERPADUAN dalam bisnes. Ada dalam kalangan usahawan yang hanya berpeluk tubuh dan tidak ambil peduli, sekalipun bisnes dibunuh dan dijajah. Masalahnya usahawan sendiri yang tubuhkan bisnes ni dan mereka sendiri yang bunuh bisnes tu.

Bila ada semangat PERPADUAN yang tinggi akan memudahkan bisnes untuk grow lebih besar, sentiasa maju ke hadapan, dapat tarik lagi banyak sales, memahami lebih banyak ilmu dan bila usahawan kuasai ilmu maka mudah lah mereka nak kuasai pelanggan, faham ker faham ni?

Jom teruskan baca kalau anda rasa hidup anda sangat penting untuk orang yang tersayang. Jangan abaikan benda ni kalau anda ingin merasai kemanisan PERPADUAN dalam bisnes dan kalau anda memang bersungguh-sungguh nak buat bisnes supaya dapat beri banyak manfaat pada orang lain. Kita perlu menjadi usahawan yang menjadi kebanggaan pada diri, keluarga dan orang yang tersayang. Baru lah dapat budayakan perpaduan dan raikan kepelbagaian. 

Okay ke okay?

  • Ada Matlamat Yang Jelas

Kebanyakan usahawan terlepas pandang bahawa matlamat merupakan kunci utama dalam bisnes sebab tanpa matlamat maka usahawan akan terlepas satu langkah awal untuk capai KEJAYAAN dalam bisnes.

Matlamat yang jelas akan memberikan kita satu kemahuan dan tindakan yang tinggi. Paling jelas sekali matlamat dalam bisnes adalah nak cari duit sebab apa guna berbisnes tapi lansung tidak dapat keuntungan, itu namanya buat bisnes amal kebajikan. Sampai bila usahawan nak buang masa dan buat banyak kerosakan pada bisnes sendiri.

Usahawan berjaya memang wajib ada jadual hidup sebab 90% orang yang menulis matlamat dia ni biasanya dia akan dapat benda tu sebab ini adalah satu doa, tanpa sedar otak kita akan peka pada benda yang kita tulis dan nampak maka akan ada rasa untuk capai matlamat tu ibarat “Genggam Bara Biar Sampai Jadi Api”.

  • Disiplin Diri Yang Tinggi

Usahawan berjaya wajib terapkan disiplin diri yang tinggi untuk kekalkan momentum dalam bisnes sebab 80% kejayaan datang daripada persediaan. Nampak mudah, semua orang boleh cakap jer tapi berapa ramai yang konsisten untuk bangun awal pagi dan mula bekerja di saat orang lain masih lagi dibuai mimpi di atas katil?

Jangan malas dan hanya tunggu untuk motivasi diri datang kepada kita tetapi kita sendiri yang perlu membentuk diri agar menjadi usahawan yang berdisiplin sebab kalau hidup hanya bergantung pada motivasi daripada orang lain memang meninggal lah bisnes tu. Sampai bila bila macam tu jer. Motivasi dan disiplin semua ke laut.

So dapat sesuatu melalui perkongsian ni? Kita sambung lagi untuk next point!

  • Tidak Menyalahkan Orang Lain

Dalam bisnes, bila usahawan gagal benda paling mudah adalah mereka salahkan orang lain dan itu juga adalah sikap iaitu tidak bertanggungjawab, sombong dan bila kita sombong pada manusia jangan lupa sebenarnya kita sedang menggali kubur untuk bisnes sendiri.

Kebanyakan usahawan masih tertanya tanya kenapa bisnes tak grow dan berjaya macam orang lain. Tanpa sedar benda yang sekat KEJAYAAN mereka adalah minda usahawan ni masih dijajah. Hidup suka menunding jari pada orang lain sedangkan masalah datang daripada diri kita sendiri. Kalau terus dibiarkan macam ni sampai bila bila tak capai PERPADUAN dalam bisnes. Faham ke faham ni?

  • Tindakan Yang Konsisten

Kecuaian ramai orang adalah bila mereka buat bisnes berpuluh tahun tapi dalam akaun masih takde duit. Buat bisnes bagai nak rak, plan macam-macam tapi lansung tidak ada apa apa tindakan yang konsisten untuk pulihkan bisnes yang dah jatuh teruk.

Usahawan berjaya tidak hanya duduk dan menunggu KEJAYAAN untuk datang kepada mereka tetapi usahawan akan mula bertindak dengan tindakan yang luar biasa sebab usaha dengan tindakan yang luar biasa akan menghasilkan kejayaan yang pastinya juga luar biasa. Faham ke faham ni?

  • Gembira Dengan Kejayaan Orang Lain

Ramai orang sebenarnya tertipu dan mereka hancur kalau terus berada dalam bisikan dalam diri mereka sendiri. Bisnes takkan grow dan capai apa-apa pun kalau dia ada sifat dengki dan iri hati pada kejayaan yang orang lain.

Jangan cemburu dengan kejayaan orang lain sebab kita kena percaya kejayaan juga akan datang dah kejar kita bila kita “Trust The Process”. Kita perlu gembira dan meraikan kejayaan orang lain baru lah wujudnya PERPADUAN dalam bisnes dan pesaing.

Bila usahawan banyak bersyukur, hidup akan jadi mudah, senang dan rezeki bakal datang mencurah-curah. Jadi kalau gagal sekali dalam bisnes dan tak dapat capai apa apa kejayaan, terus berusaha dan jangan give up sebab orang yang usaha lebih pasti akan dapat lebih. Faham ke faham ni?

Sampai bila nak perjudikan nasib, bisnes dan jualan anda dengan cara konvensional di saat 24 juta orang hidup dalam dunia online. Nak ke nak saya bagi lagi ilmu? Tak mahal pun, free jer ni.

Pergi ke website –> 50Kusahawan.com dekat sini banyak video teknik, strategi dan formula untuk naikkan sales secara online dengan pantas dan jimat kos. Lagi best saya nak bagi secara PERCUMA! Jangan lepas peluang dan grab sekarang!!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !