fbpx
blog najib asaddok

5 Sikap Takut Yang Membunuh Peniaga

5 Sikap Takut Yang Membunuh Peniaga

Menjadi seorang peniaga atau usahawan ni tak semudah yang kita sangka. Bukan semudah ada produk dan terus menjual. Bila seseorang membuat keputusan untuk buat bisnes, banyak benda sebenarnya yang anda perlu lihat. Dari pelbagai perspektif dan pandangan. 

Tapi, untuk melangkah lebih jauh lagi, mindset seorang peniaga perlu berani untuk berhadapan dengan apa-apa risiko. Kalau anda nak tahu, ada banyak ketakutan yang dialami oleh peniaga sehingga membuatkan ramai yang takut nak bertindak. 

Kalau tak ada tindakan, macam mana nak berjaya kan. Jadi, lima sikap takut yang boleh membunuh peniaga tu sendiri ialah:

5 Sikap Takut Yang Membunuh Peniaga
  1. Takut orang kata 

Ni yang selalu sangat terjadi. Takut dengan apa yang orang luar akan cakap dekat anda. Abaikan kata-kata negatif yang boleh membuatkan kita jatuh dan putus asa. Orang luar tak tahu kebolehan kita. Kita yang perlu tunjuk dan buktikan dekat mereka. 

5 Sikap Takut Yang Membunuh Peniaga
  1. Takut duit habis 

Ramai peniaga yang takut nak laburkan duit sebab takut rugi dan buang duit. Perkara paling penting ialah, plan dulu apa yang anda nak buat dan seterusnya buat research atau survey. Jangan terus je melabur pada tempat yang tak sepatutnya. 

5 Sikap Takut Yang Membunuh Peniaga
  1. Takut produk tak laku

Kalau takut produk atau perkhidmatan tak laku, belajarlah cara-cara buat pemasaran.

Kalau takut tak ada tempat berniaga, cari tempat dulu atau berniaga je lah dari rumah secara online buat penghantaran by post or COD (cash on delivery).

Tak kira apa jenis perkara yang menakutkan anda berniaga insha Allah pasti ada penyelesaiannya. Sebab itulah langkah pertama sebelum selesaikan masalah takut mesti berfikiran positif dulu. Kalau fikiran negatif, masalah kecik pun nampak besar. 

  1. Takut nak ambil pekerja

Jangan pernah rasa rendah diri walaupun kita hanya sebagai peniaga kecil. Ramai yang ada sikap takut nak ambil pekerja sebab takut tak boleh bayar gaji dan beri komitmen yang lain. Bila bisnes dah mula berkembang dan memerlukan tenaga kerja yang ramai, anda patut ambil pekerja untuk mengelakkan isu yang lain tak berlaku. 

  1. Takut nak tambah ilmu 

Ilmu sales dan marketing ni sentiasa berubah. Kita tak tahu apa strategi yang berlaku pada masa yang akan datang. Sentiasa upgrade ilmu dan tambah ilmu dalam bisnes. Kalau anda asyik guna strategi yang lama je, jangan berangan nak pergi lebih jauh lagi sebab pesaing anda sentiasa upgrade peluang untuk maju ke hadapan. 

Benda ni nampak simple tapi sangat penting untuk anda upgrade dan lakukan sesuatu perubahan dalam diri dan bisnes. Ketakukan ni membunuh banyak impian. Jangan sampai anda musnahkan impian tu. 

Korang nak lagi info? Jom join channel telegram untuk tak terlepas apa-apa info di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !