fbpx
blog najib asaddok

5 Sifat yang setiap Peniaga Perlu ada dalam diri

5 Sifat Yang Setiap Peniaga Perlu Ada Dalam Diri

Saya bimbang dengan dunia sekarang.. Macam-macam yang terjadi… Ramai yang stress dengan situasi sekarang.. Stuck dekat rumah.. Tekanan masa, duit dan masalah datang, dan tak pernah habis.

Dan lebih mengerikan bila ada yang bunuh diri sebab bisnes dah tak boleh beroperasi.. Mula pasrah dan putus asa. Buntu dan tak tahu nak buat apa.. Sebab terlampau tertekan.

Saya harap kita semua terhindar dari masalah dan dikuatkan iman. Semoga kita semua dapat atasi dnegan tenang.. Aamiin..

Nak ke nak saya share 5 sifat yang perlu ada dalam diri? Tak semestinya peniaga je. Sebagai suri rumah, sesiapa sahaja sebenarnya perlu tanam 5 sifat ni dalam diri.

Haaa.. Nak tahu? Baca sampai habis tau!

1. Syukur kepada Allah

Sentiasa ingat kepada yang Maha Esa.. Dia yang beri rezeki dan Dia lah yang menetapkan apa yang terjadi di bumiNya.

Kita perlu bersyukur padaNya. Setiap ujian yang dia berikan, dia tahu umatNya mesti boleh harungi.

Banyakkan berIstighfar. Berzikirlah.. Ucapkan syukur padaNya.. Semoga Allah sentiasa lindungi kita semua.

2. Berani untuk berimpian

Hidup ni mesti ada impian. Tanpa impian, kita takkan buat sesuatu tu dengan betul.. Kita akan buat biasa-biasa je.. Duduk dalam keadaan selesa dan tiada push faktor.

Setiap orang layak untuk berimpian. Setiap orang ada hak untuk ada rumah selesa, ada kereta yang boleh bawa ke mana-mana.. Ada macam-macam impian.. Korang pun perlu ada impian. Haa.. Cer share sikit apa impian korang?

Tak salah berimpian, yang salah bila kita tak buat sesuatu untuk capai impian tu. Betul ke betul ni?

3. Sentiasa cari solution

Setiap masalah pasti ada solution. Soalan matematik yang susah tu pun, ada jalan kerjanya… Walaupun banyak dan berlainan prosesnya, ia tetap ada solution yang betul. Bezanya bila method tu lain-lain.

Kita yang pilih nak guna jalan mana. Lebih bagus bila kita ada cikgu yang bantu bimbing dan tunjukkan jalan dan cara yang betul. Lebih cepat dan tak silap jalan.

Macam waze, kita boleh je tengok papan tanda yang ada kat jalan. Tapi, untuk sahkan jalan yang kita lalui dan memendekkan masa kita sampai ke destinasi tu. Kita ambil keputusan untuk gunakan waze. Setuju ke setuju?

4. Buat jer!


Satu sikap yang agak sukar untuk setiap orang lakukan. Banyak sangat rasa takut dalam diri. Takut orang mengata, takut orang benci, takut salah jalan dan paling orang takut adalah membazir duit.

Tapi kita lupa. Sepatutnya kita kena lebih takut dengan masa yang kita dah bazirkan dengan masih berfikir. Tunggu nantilah.. Tunggu bila dah jadi lah..

Saya nak korang semua buat jer! tapi kena lah buat dengan cara yang betul. Ada bimbingan dan guru untuk pastikan apa yang kita buat tu betul.

5. Tak peduli orang mengata

Ini adalah yang saya panggil ‘biawak’ dalam diri. Perasaan risau dengan orang sekeliling. Takut orang mengata.

Takut kena kecam. Risau dengan pemikiran orang sekeliling. Saya nak anda semua buang perasaan ni. Takut nak live sebab tak cantik. Dan itu sebenarnya adalah alasan yang block diri kita dari buat tindakan.

Saya nak anda keluarkan biawak dalam diri korang.. Buang jauh-jauh perasaan tu. Boleh?

Dan saya yakin korang semua layak untuk berjaya. Allah Maha kaya dan Dia pun nak umatnya Kaya dan Berjaya.

Saya komited nak bantu korang semua. Saya nak jumpa dalam sesi Roket Pemasaran Momentum (RPM) Gandakan Jualan Online & Capai RM10,000 Pertama pada 23 & 24 Oktober ni.

Jom dapatkan tempat dengan tiket serendah RM10 terhad kepada 3,000 yang terawal. Daftar segera di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !