fbpx
blog najib asaddok

5 RAHSIA TARIK PELANGGAN DATANG PADA BISNES SECARA DRASTIK

Antara banyak-banyak masalah, punca paling utama sesuatu bisnes tu tak grow adalah disebabkan PELANGGAN tak ada. Bukan salah pelanggan sebab tak beli produk anda, tapi agak-agak salah siapa?


Kat sini anda akan tahu kunci RAHSIA bagi sesuatu bisnes tu boleh grow dan sustain dalam market.. Nak nak dah sampai tahun 2020 ni, marketing cara lama dah tak berkesan. Tak percaya? Kalau ada seseorang beri flyers pada anda, apa yang anda akan buat dengan flyers tu? Tepuk dada tanya selera..


Pelanggan beli bukan disebabkan sesuatu produk itu murah atau mampu milik tapi mereka beli disebabkan dapat selesaikan masalah mereka.. Mereka beli disebabkan ‘EMOTION’!


Sehebat mana pun produk anda jual tapi anda tak tahu macam mana nak sampaikan pada pelanggan tentang manfaat sesuatu produk tu susah juga beb.. Anda sebagai pakar pada niche anda, anda wajib tahu kelebihan dan cara bagaimana untuk buat pelanggan & prospek anda tahu..


Dah nampak lorong cerah ker untuk betulkan bisnes anda? Meh sini anda tengok 5 kunci RAHSIA ini untuk anda ‘BOOM’ lagi bisnes pada level yang berbeza. 10 kali ganda daripada sekarang..


Eh, dah tahu nanti jangan lupa share juga manfaat ini pada orang lain supaya mereka juga dapat naikkan sales untuk bantu capai impian serta matlamat mereka..


Pastikan buat tindakan terus ya. Fast action, Fast result ! Slow action, No result !

Kunci ke-1

Ni asyik-asyik menjual. Promosi-promosi.. Dan lah menjual, lepastu ayat yang guna tu FAKTA pulak tu.. Takda emosi langsung.. Produk ni mengandungi vitamin A,B,C.. Silap-silap jadi doktor terus pelanggan tu tahu bahan-bahan sesuatu produk tu.

Anda sepatutnya sharekan manfaat atau kebaikkan sesuatu produk tu sebagai contoh, produk anda adalah baju kurung. Kenapa pelanggan nak beli baju kurung?

Mestilah sebab nak nampak cantik, nak kelihatan menawan betul ker betul? Anda dapat sesuatu daripada ni.. Buat tindakan !

Kunci ke-2

Bisnes tu kalau nak cepat grow kena selalu buat posting atau update. Ni kalau pelanggan anda sendiri tengok ‘last posting’ 2 tahun lepas. Agak-agak dia nak beli ker??

Memang lari pelanggan tu. Kan dah rugi kat situ. Pastikan anda rajin update posting anda supaya mereka nampak bisnes anda ni wujud dalam industri ni.

Lagi kerap anda update posting anda, lagi mudah untuk pelanggan anda nampak kewujudan bisnes anda. Dan yang paling penting, jangan gunakan ayat fakta!

Kunci ke-3

Video LIVE memang wajib buat. Bisnes anda perlu ada engagement dengan prospek atau pelanggan. Bisnes anda perlu bercakap dengan orang ramai.

Orang mudah nak trust kalau dah biasa bercakap, berkomunikasi.

Facebook akan suka dan akan bantu pada Page yang selalu buat LIVE untuk engage penonton mereka dalam Facebook.

Tak percaya, cuba anda buat.. Anda akan tengok reach dan engagement anda akan tinggi.

Kunci ke-4

Kalau anda buat sesuatu bisnes tu, anda kena tunjuk pada mereka anda ni pakar dalam bidang yang anda lakukan.

Bagus kalau anda tunjukkan kepakaran sebabnya akan bina ‘trust’ atau kepercayaan pada pelanggan dan prospek anda untuk beli produk anda.

Jangan terus menjual produk tu, konsisten sharing untuk bina lagi trust pada pelanggan ataupun prospek anda.

Kunci ke-5

Ini adalah kunci paling utama dalam sesuatu bisnes.. Kalau tak upgrade ilmu tu anda sendiri takkan tahu sejauh mana bisnes anda tu boleh grow.

Bila anda ada ilmu dan knowledge yang bagus, insyaAllah mudah untuk anda nak urusakan bisnes anda. Nak tahu lebih lagi tentang bisnes untuk growkan sales boleh dapatkan di link ini. Nilainya RM999 jer tapi kami beri secara percuma di www.50kusahawan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !