Bisnes yang kekal lama biasanya bisnes yang ada pelanggan tetap, pelanggan yang selalu beli, beli berulang-ulang kali. Kenapa? Sebab biasanya pelanggan dah percaya, dah ada keyakinan dengan bisnes tersebut. Tak kisahlah bisnes dia ada produk apa, asalkan keluar baru, mesti pelanggan dia beli tanpa cakap, tanpa banyak soal. Bisnes sebegini ada jenama yang power yang mampu buat pelanggan dia tergila-gilakan produk dia. Nak contoh? Cuba tengok kedai jenama Apple, setiap kali nak keluar produk baru, kan orang ramai sanggup beratur berhari-hari sebab nak jadi orang pertama yang ada produk dia.
Jadi sekarang ni siapa yang gila? Bisnes anda gila, atau pelanggan anda yang tergila-gilakan pada bisnes anda?
- Jangan jual
Yap, pertama anda kene buat adalah jangan sesekali menjual atau promosikan produk anda. Sebaliknya anda kena banyak ajar @ didik prospek anda apa kepentingan, apa faedah, apa kelebihan, apa jaminan atau apa sahaja kebaikan bila dia tidak ada masalah yang produk anda selesai. Ni belum cerita lagi tentang produk tau.
Kemudian kongsikan apa emosi, fear, risau, bimbang orang sekiranya dia tak selesaikan masalah. Cerita kemungkinan-kemungkinan yang paling teruk boleh berlaku. Kalau ada fakta untuk backup hujah anda, emosikan. Bagi orang nampak dan feel apa jadi kalau prospek ada tanda-tanda masalah dan tak selesaikannya.
Yap, semua ni jangan sesekali pun menjual. Ingat!
2. Beritahu siapa anda
Keduanya, bila anda banyak sharing, anda kena bagitahu siapa anda. Kenapa perlu bagitahu siapa anda? Sebab nak bagitahu orang yang anda memang expert, pakar, pandai, tahu, specialist dalam apa yang anda buat. Anda WAJIB bagitahu prospek anda ada skill berkaitan servis atau produk (masih belum cerita servis @ produk).
Ada banyak cara anda nak kenalkan diri. Yang paling asas adalah LOGO. Jumpa designer yang professional, cakap dengan dia saya buat servis begini begitu atau saya ada produk yang begini begitu. Bagi designer tu faham ayat anda. Bagitahu USP anda, aim anda. Nanti, deisgner ada gambaran jelas nak buat LOGO apa. Dia akan keluarkan LOGO yang professional ikut niche bisnes. Tak semua logo sesuai dengan niche bisnes anda.
Setiap deisgn membawa maksud. Kalau anda nak buat logo sendiri boleh, jangan risau, pesaing anda akan mendahului anda. Tolong sentap ya!
3. Videokan saja
Kalau anda pandai, anda WAJIB dah ada banyak video untuk explain info-info, tips, petua, kaedah, teknik dan sebagainya. Orang sekarang suka tengok video. Baru ada feel, ada rasa dan cepat tangkap.
Nak buat video mudah je. Biasanya yang jenis power, dia ada videographer sendiri. Suruh dia buatkan video yang jelaskan perkara tadi. Simple pun takpe asalkan maksud dia sampai. Orang media ni selalu banyak idea. Kalau tak ada, upah professional buatkan. Kalau tak mampu, pastikan anda guna handset Apple, iPhone 7+, rakam video sendiri, buat talk, buat LIVE video supaya orang mudah nak tengok. Videonya perlu jelas.
4. Kenalkan kempen anda
Anda perlu kenalkan satu kempen, untuk wujudkan awareness pada bisnes anda. Kempen ni bukan untuk menjual produk, tapi lebih menjurus untuk kongsikan kebaikan. Bila kebaikan ini disebarkan, orang mula nak ikut. Macamana nak ikut, barulah prospek tahu mana nak cari. Sudah tentu dengan anda.
Bila anda dah ada kempen, senang anda nak iklan dalam media sosial terutamanya facebook. Bukan setakat tu je, siap boleh masuk dalam TV, billboard tepi highway. Kalau kempen online anda berkesan, kemungkinan besar media-media seperti TV, majalah atau suratkhabar akan approach anda untuk anda ceritakan kempen anda.
Kempen mudahkan bisnes anda cari prospek baru tanpa perlu anda terpekik cerita tentang servis atau produk anda.
5. Belajarlah lagi
Satu lagi, anda sebagai pemilik bisnes, kena sentiasa upgrade dan update ilmu bisnes dan marketing. Kita seorang dalam bisnes, mana ada orang bawah nak tegur kita, nak bawa proposal dan sebagainya yang boleh bawa kebaikan pada syarikat.
Bila anda pergi belajar dengan MENTOR, SIFU atau GURU yang betul, anda akan dapat result yang bagus. Kalau anda sombong, tak nak belajar dengan sesiapa bukan tak boleh, tapi anda jatuh banyak kali sebelum anda berada di puncak kejayaan. Ada MENTOR ni macam ada jalan shortcut sebab bila belajar dari pengalaman orang berjaya, kita dah hilangkan sedikit risiko. Risiko tetap ada, cuma kita boleh kurangkan.
Dah follow MENTOR, buatlah sehabis baik apa yang diajar. Jangan tak buat apa-apa. Anda beri komitmen, cikgu sekolah mana yang tak sayang anak murid begitu. Selain belajar pengalaman, dapat keberkatan sebab menghormati guru. Dapatlah doa selain doa mak ayah yang Allah mudah makbulkan.