fbpx
blog najib asaddok

5 KESILAPAN DALAM PERNIAGAAN INDUSTRI FASHION

Bisnes Fashion antara top trending bisnes yang ramai orang masuk dengan bawa jenama masing-masing. Kadang-kadang nama yang tak pernah dengar pun ada.

Antara beratus-ratus brand Fashion tempatan, tak ramai usahawan dalam industri ini mampu bertahan lebih dari 3 tahun. Ada yang tahun pertama terus tak boleh nak pergi jauh.

Ada beberapa sebab kenapa usahawan ini gagal naik dalam industri ini. Nak kata persaingan, ada juga brand yang kecil naik hingga boleh setaraf jenama besar.

Jadi, apa sebenarnya KESILAPAN USAHAWAN DALAM INDUSTRI FASHION YANG MEMBUNUH BISNES?

Ni bukan satu kesilapan sebenarnya, tapi adalah satu kesalahan usahawan langsung tak kumpul database prospek dan juga database pelanggan.

Database prospek boleh ‘dibasuh’ untuk buat pembelian. Database pelanggan pula anda boleh guna untuk upsell produk-produk anda yang premium atau harga yang mahal-mahal.

Kumpul database atau bersedia tenggelam sales tak masuk dan anda takde bajet nak buat marketing. Akhirnya bisnes anda terkubur.

Ramai orang pandai menjual, tapi takde kreativiti dalam nak mempromo supaya kelihatan lebih menarik.

Antara contoh promo yang bagus adalah:

1. Buy 1 Free 1
2. Diskaun 10%, 20% atau berapa sahaja
3. Diskaun 50% untuk pembelian seterusnya
4. Setiap pembelian RM100 keatas percuma postage
5. Freegift
6. Pakej beli satu set pakaian

Macam-macam lagi anda boleh buat. Anda kena kreatif supaya pelanggan tak beli sehelai der tapi dia beli sekali banyak atau borong terus.

Kempen akan jadikan marketing anda menarik perhatian. Kempen tudung labuh contohnya “Kempen Jaga Aurat”, Kempen Muslimah Berakhlak” atau apa-apa pun anda boleh reka.

Kempen ini bertujuan menyemarakkan orang ramai dengan slogan kempen supaya mereka terima mesej dan ikut seperti apa yang anda sarankan.

Akhirnya kempen kesedaran atau kempen marketing akan sebabkan orang percayakan brand anda dan beli dari anda.

Jenama anda akan nampak power..

Bila jual secara online, pastikan imej model dengan pakaian anda tu tidak serabutkan mata prospek.

Biar background plain putih lebih menarik dari background belakang KLCC bagai yang langsung serabutkan mata.

Mungkin pada mata anda nampak cantik, tapi brand Uniqlo jarang buat background belakang ada imej.

Konsep ni dinamakan KISS. Bukan ciuman tapi ‘Keep It Simple & Stupid’

Biar ringkas tapi terpukau. lagi best..

Bezakan brand anda dengan lain dengan keunikan anda.

Unik ni mungkin boleh jadi dalam bentuk value, apa nilai brand anda bawa.

Keunikan boleh juga jadi dalam bentuk anda sangat cepat reply dan cepat buat penghantaran.

Keunikan lain yang anda boleh fikirkan pakaian anda dijahit dengan kemas dan rapi. Memang anda ada Qualtiy Control yang superb.

Tapi pastikan anda tunaikan janji yang anda tawarkan supaya keunikan itu terserlah, bukan jadi bahan mulut negatif orang ramai.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !