fbpx
blog najib asaddok

5 Jenis HIJRAH Yang Usahawan Patut Lakukan Untuk Terus BERJAYA Dalam Bisnes

Hijrah

Ramai sebenarnya usahawan yang tak sedar, tak tahu dan tak perasan yang mereka ini ketinggalan sekiranya tidak buat apa apa perubahan dalam bisnes.

Business tak menjadi, of course akan berlambak hutang sebab banyak benda yang kita kena spend. Banyak benda kita terpaksa kena belanjakan tapi kalau business masih lagi tak grow, of course lah hutang yang akan menggantikan yang sepatutnya sales.

Ada tak di kalangan anda yang kenal seseorang usahawan yang macam tu? Bengang gila dengan keadaan sales dia sekarang yang sangat teruk dan stuck pada satu tempat yang sama. Tengok dia macam makin susah je memanjang.

Sampai bila nak berada pada level yang sama? Anda jangan menyesal kalau kefakiran dan kemiskinan tu terus mengejar anda sebab selama ni kita kejar kekayaan tapi dalam masa yang sama kita tak sedar juga bahawa kefakiran ni kejar kita beb. Amacam?

Jangan tunggu terlalu lama untuk nak berjaya dan jangan tangguhkan kejayaan anda. Sedar tak sedar, korang sebenarnya makin menghampiri KEJAYAAN yang diimpikan. Jadi jangan terus malas dan mengharapkan kejayaan tu datang sendiri. Sampai bila-bila pun takkan berjaya.

Ini sangat penting untuk anda yang buat bisnes. Anda WAJIB baca kalau anda komited nak mulakan perubahan dan penghijrahan dalam bisnes.. Kalau tidak bisnes anda akan terus macam tu jer sampai bila-bila.

1.Mindset

Dalam bisnes yang paling penting adalah kena ada mindset yang betul. Nak mulakan hidup ni, kena mulakan dengan yang baik sebab otak kita ni ada satu benda yang sangat bahaya, dia suka fikir yang bukan-bukan, dia suka fikir benda yang tak munasabah yang akan buatkan kita ni tak bertindak, suka fikir benda yang menyebabkan kita nak mengalah cepat. Give up taknak buat. Betul ke betul?

Kebanyakan usahawan tak sedar bahawa mindset ni sebenarnya yang membentuk perjalanan bisnes. Kalau ada mindset yang selalu sangat rasa tak boleh dan rasa nak give up memang ke laut lah bisnes yang diusahakan.

Kejayaan takkan datang bergolek dan berlaku sekelip mata. Kejayaan datang bila usahawan ada satu mindset yang “Luar Biasa” untuk bawa bisnes dia ke satu tahap yang lebih baik. Baru lah bisnes boleh grow dan terus maju ke hadapan. Faham ker faham ni?

2.Tindakan

Ramai usahawan yang tidak sangggup mengambil risiko untuk melepaskan keselesaan yang mereka miliki dan paling teruk lagi bila usahawan ni lambat bertindak.

Masalah utama usahawan adalah selalu merancang je lebih bagai nak rak tapi lepas tu tidak mengambil apa apa tindakan pun. Sampai bila usahawan nak duduk termenung mengenang nasib dan menyalahkan diri sendiri bila bisnes tak grow seperti yang diharapkan?

Cara kita berfikir, cara bertindak dan cara kita nak rangka strategi dalam pemasaran sebenarnya menentukan kejayaan kita pada masa yang akan datang. Jadi terus konsisten dalam melakukan sesuatu perkara dan bertindak sekarang untuk terus maju ke hadapan.

3.Upgrade Ilmu

Usahawan berjaya akan sentiasa rasa nak belajar sebab belajar tu ibarat makan. Konsisten kena makan sebab nak terus hidup dan dia akan memberikan kita tenaga untuk nampak petunjuk yang seterusnya.

Ramai orang terlepas pandang sebenarnya dalam bisnes ni pelanggan akan sentiasa berubah-ubah, sama juga dengan pasaran dan cara pembelian. Benda yang kita buat tahun lepas belum tentu boleh dapat hasil yang sama kalau kita buat tahun ni. Dalam bisnes online ni yang paling ketara akan nampak adalah facebook sentiasa berubah.

Jadi kalau usahawan masih lagi berdiri di tempat yang sama, tak nak upgrade ilmu, taknak belajar startegi yang baru.. pesaing akan tinggalkan kita jauh-jauh. Takkan kita nak tengok jer dan tak buat apa-apa? Sebab tu pentingnya kita untuk upgrade ilmu supaya kita boleh pecut laju dalam bisnes.

4.Sikap

Pembunuh utama kebanyakan founder adalah mereka ada sikap bodoh sombong. Dah la takde ilmu, buat konon-konon ada ilmu. Ini adalah penyakit kebanyakan founder dan halangan kepada bisnes dia untuk grow, menjadi halangan pada dia untuk menarik lebih ramai orang yang datang ke dalam bisnes dia.

Orang yang berjaya akan terus belajar dan percaya proses untuk mencapai kejayaan. Mereka tidak akan sangkut pada kegagalan yang lepas. Bila usahawan banyak menyalahkan diri dan memendam rasa tanpa sedar usahawan sedang membungkuskan sekali bisnes mereka dengan masalah tersebut.

Kalau tak nak meninggal awal dalam binses, usahawan perlu buang jauh-jauh sikap bodoh sombong dan terus move on daripada kegagalan yang lepas. Teruskan perjalanan untuk majukan bisnes dan beri manfaat kepada ramai orang.

5.Sentiasa Positive

Nampak mudah tapi sebenarnya pembunuh utama usahawan adalah ada benih-benih negative dalam diri dan paling teruk bila usahawan tak yakin pada diri sendiri. Bila kita sentiasa fikir tak boleh, takut gagal memang sampai bila-bila kita tak boleh buat dan lama-lama potensi dalam diri terus berkarat. Faham ker faham ni?

Usahawan perlu set dan fikirkan benda yang baik-baik sebab setiap perkara baik yang kita fikirkan itu adalah doa. Lagi bagus kalau usahawan memberi peluang kepada diri dia untuk nak gembira dan dia takkan buang masa untuk nak stress sebab masalah orang lain.

Ramai usahawan yang berazam nak berubah tapi masih statik macam tu je, tiada perubahan sebab sikap masih berada di takuk yang lama. Yang tinggal hanyalah azam dan keinginan. Teruskan berfikir secara positive dan jangan malas sebab kalau malas, macam mana nak capai result, macam mana nak capai peningkatan dalam hidup, macam mana nak berlaku penghijrahan dalam bisnes? Betul ker betul?

Usahawan berjaya sepatutnya memiliki semangat baru untuk merancang dan teruskan bisnes secara lebih baik dan teratur. Bukan hanya cakap kosong meminta orang lain berubah sedangkan kita sendiri masih belum ada apa apa perbuahan. Hijrah adalah satu keperluan kerana setiap tahun akan ada perubahan baru yang kita perlu laksanakan untuk terus beri manfaat pada orang lain.

Ramai dah usahawan yang saya bantu hanya dari kelas RPM je, tapi mampu buat sales berpuluh ribu.  Nak ke nak saya bantu untuk capai jualan dari sebelum ni empat angka kepada lima angka pertama?

Apa kata luangkan masa untuk upgrade ilmu dalam Kelas Roket Pemasaran Momentum Edisi Khas Merdeka.  Kelas selama dua hari secara online pada 29&30 Ogos. Daftar di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !