Ramai daripada kita yang tak tahu yang marketing ni sebenarnya adalah untuk mempengaruhi pelanggan kita untuk membuat keputusan. Macam mana kita nak buat macam tu?
Simple jer, kita hanya guna ayat-ayat yang simple tapi padu. Haa, amacam! Mesti ada yang dah tahu apa ayat yang biasa digunakan betul ke betul?
Kalau macam tu, jom saya bantu tunjukkan apa jenis ayat yang boleh tarik pelanggan ke bisnes korang. Nak ke nak ni?
Jom baca kalau korang tak nak bisnes korang terbunuh..

Point 1: Jualan Besar-Besaran
Jualan besar-besaran akan buatkan pelanggan korang rasa nak datang dan beli. Kenapa macam tu?
Sebabnya mereka akan gambarkan bahawa ada satu jualan secara besar-besaran akan berlaku, dan ia akan berikan mereka satu peluang yang mereka tak patut lepaskan.

Point 2: Tawaran Untuk Hari Ini Sahaja!!
Rata-rata pelanggan pasti akan dipengaruhi dengan penggunaan istilah ini.
Dengan sedikit desakan seperti segera, cepat, ‘hurry’, hari ini sahaja dan macam-macam lagi akan buatkan pelanggan tak sabar dan akan mula membuat tindakan untuk membeli produk yang ditawarkan.
Sekurang-kurangnya fasa ini boleh membuatkan produk yang korang nak jual terus melekat di fikiran pelanggan korang.

Point 3: Jualan Penghabisan Stok
Pasti korang pernah dengar yang ada kedai yang diserbu oleh pelanggan mereka sampaikan ada yang rela beratur depan kedai dan ada yang sampai produk mereka habis dijual.
Ini kerana peniaga tersebut menggunakan kepercayaan pelanggannya dengan membuat sebuah jualan istimewa untuk menghabiskan stok.
Ada juga yang buat jualan istimewa yang hanya berlangsung setahun sekali sahaja. Hebat bukan?

Point 4: Tawaran Harga Runtuh
Cer bayangkan bila pelanggan masuk ke kedai korang dan terlihat yang ada beberapa produk yang korang jual dilabelkan dengan istilah HARGA PALING RENDAH/ HARGA RUNTUH. Rasanya apa akan jadi kat produk tu?
Confirm produk-produk itu akan di sambar oleh pelanggan korang kerana daripada banyak produk yang korang jual mereka percaya yang produk-produk itulah yang mempunyai nilai yang paling rendah.
Siapalah yang tak akan percaya kan.. Cer korang try guna perkataan-perkataan begini “3 helai RM 50, 4 Helai RM 100” atau gunakan perkataan harga mati RM 10 (contoh) bagi semua item yang akan dilonggokan di satu tempat.

Point 5: Hangat Dari Kilang
Ayat ini memang akan menarik perhatian pelanggan korang sebab mereka sangat suka untuk mendapatkan produk yang kira FRESH atau baru dari kilang.
Ayat ini juga mampu beri kepercayaan pada pelanggan sebab mereka akan percaya pada kualiti dan nilai produk yang korang jual.
Bukan itu jer, ianya akan menunjukkan yang ini adalah produk yang baru dan hangat di pasaran dan akan dijual dengan harga yang murah sebab ianya terus dari kilang dan sepatutnya tiada kos tambahan dari supplier, pemborong dan lain-lain.
Jadi amacam, dapat sesuatu? saya ada hadiah nak berikan lagi ni sempena Ramadhan, jom dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut, Bukannya Cabut di www.naktarikpelanggan.com