fbpx
blog najib asaddok

5 Cara Pilih Bisnes Yang Betul Untuk Dimulakan Segera

Ramai orang yang nak mula berniaga tapi tersilap memilih bisnes yang betul untuk mereka. Jadi banyak soalan-soalan yang saya terima dari followers saya di Facebook, macam mana nak memilih bidang/jenis bisnes yang sesuai untuk mereka ni. Apakata anda baca ni dulu untuk memastikan anda memilih bisnes yang dapat memberi anda pulangan lumayan untuk jangka panjang.

 

#1 Pilih Perniagaan Yang Anda Suka Lakukan

Nak mula bisnes lebih mudah anda pilih perkara yang memang anda suka nak buat. Sebab ia akan buat anda bersemangat gila untuk buat tanpa rasa jemu atau bosan. Contohnya anda memang suka pada kamera DSLR, tawarkan servis untuk ambil gambar event atau produk dari usahawan-usahawan yang sememangnya sangat memerlukan kepakaran anda.

Kalau anda suka bidang kecantikan & suka nak orang lain tampil menarik maka pilihlah bisnes dalam industri kecantikan. Ia akan buat anda lakukan bisnes ni tanpa rasa penat disebabkan ‘passion’ anda pada bidang tu.

 

 

 

#2 Buat Perkara Yang Anda Faham/Pakar

Hah ni lagi penting! Kalau anda memang pakar atau mahir dalam sesuatu bidang, maka mulakan bisnes dalam bidang tu. Katalah anda ni seorang yang memang faham tentang industri makanan, anda pun akan senang nak menarik pelanggan dengan info yang sememangnya anda dah mahir, terus mulakan bisnes tu. Tak payahlah anda susah payah nak kena pergi belajar dan ambil masa nak fahamkan bidang tu.

Nanti lambatlah anda nak mula dapat hasil..

 

 

 

 

#3 Pertimbangkan Bisnes Yang Sesuai Dengan Bajet

Nak mula bisnes ni jangan terus nak mula yang besar-besar sampai terpaksa berhutang. Pastikan kena dengan bajet anda, kalau tiada modal yang besar mulakan dengan menjadi agen produk dulu. Atau paling kurang pun jadi dropship. Berniaga tak semestinya kena ada produk sendiri. Cuba tengok Watson/Guardian sebagai contoh, kan diorang pun cuma jual produk orang lain tapi dah jadi satu jenama besar.

Diorang pun mula dari kecil dan sampai sekarang masih jual produk orang lain.

 

 

 

 

#4 Pastikan Bisnes Tu Lulus Untuk Buat Pemasaran Online

Jap..jap..anda ingat semua produk boleh pasarkan kat online ke? Ni yang ramai silap sebenarnya. Pergi cari produk dulu, lepas tu baru tahu produk tu langsung tak boleh pasarkan melalui online. Apa contoh produk tu? Mai saya bagitau ni

Produk Sexual

Produk mencuci kemaluan

Anda iklan jer di Facebook atau platform lain, nescaya akan terus di ‘ban’

 

 

 

 

#5 Pilih Produk Yang High Demand Tapi Kurang Bekalan

Cuba fikirkan apa produk/servis yang paling banyak permintaan tapi kurang bekalan/supply. Saya ambil contoh berapa ramai orang yang di rumah mempunyai banyak karpet, tapi susah untuk dicuci sendiri sehingga ia membahayakan kesihatan seisi rumah. Nak hantar ke kedai tak banyak bisnes yangh tawarkan servis pencucian karpet ni. Kalau anda ada kepakaran anda boleh sediakan perkhidmatan angkut karpet, cuci dan dihantar semula ke mana-mana rumah tu tadi… Amacam? Mesti boleh dapat permintaan yang tinggi.

Cuba anda fikirkan lagi, apalagi produk yang sangat diperlukan tapi kurang supply nya…

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !