fbpx
blog najib asaddok

5 Cara Mudah Untuk Bisnes Kecantikan Jadi Tarikan Pelanggan

5 Cara Mudah Untuk Bisnes Kecantikan Jadi Tarikan Pelanggan

Ingat buat bisnes kecantikan ni senang ke dapat pelanggan? Ye lah sebab semua orang suka pada kecantikan, jadi pelanggan tu ada je di mana-mana. Korang mesti fikir macam tu kan?

Hakikatnya kalau korang tak kuasai online marketing, produk hebat macam mana pun.. Orang tak datang membeli dan bisnes tu tak akan kekal lama, memang “nyawa-nyawa ikan” dan tinggal nak meninggal terus.

Marketing ni bukan setakat kempen di surat khabar, radio dan tv tetapi marketing ni luas. Korang boleh tarik lebih ramai pelanggan secara online dengan “content marketing” yang power.. Meh sini saya bantu korang 5 cara mudah untuk bisnes kecantikan jadi tarikan pelanggan. 

Ready ke ready ni?

Cara Mudah Untuk Bisnes Kecantikan Jadi Tarikan Pelanggan

1. KONSISTEN BUAT FACEBOOK LIVE 

Hampir 70% usahawan masih malu-malu, ego dan malas untuk konsisten buat live di Facebook Page. Korang ada ke kenal usahawan macam ni? “Alaaa malu la, buat live nanti bukan ada orang nak tengok pun”

Jangan dengar kata “BIAWAK” yang selalu halang korang daripada lakukan sesuatu sebab malas dan ego tak akan bawa apa-apa keuntungan pada bisnes. 

Buat live ni bukan cerita pasal produk je tapi korang boleh tunjukkan apa yang korang boleh bantu, apa yang akan jadi sekiranya pelanggan ni tak dibantu dan apa akibatnya bila mereka terus berdiam diri. Faham ke faham ni?

Cara Mudah Untuk Bisnes Kecantikan Jadi Tarikan Pelanggan

2. SHARE TIPS KECANTIKAN

Dengan sharing, orang akan mula suka dan percaya dengan brand korang.. Tapi sayangnya tak ramai yang sanggup invest dan luangkan masa untuk sharing atau content marketing.

Majoriti perempuan ni dia suka jaga kulit, badan dan penampilan. Jadi korang boleh kongsi tips penjagaan kulit, rambut, kuku atau tips untuk hilangkan bau badan. 

Bukan setakat sharing kosong tau, paling penting sekali kita kena sentuh emosi pelanggan. Jadi bila pelanggan ditimpa masalah, mereka akan terus ingat kita. 

3. BUAT SESI Q&A

Masa ni korang boleh tunjuk kepakaran yang korang ada dalam bidang kecantikan. Orang akan lebih tertarik untuk follow dan dengar bila dia nampak kita boleh jawab secara spontan, tak baca skrip pun. Baru la mereka rasa korang la yang mereka cari selama ni. 

Sesi Q&A ni tak semestinya cerita pasal produk korang je tapi boleh juga jawab apa-apa soalan berkaitan kecantikan dan secara santai je supaya dapat tarik lebih ramai fans yang berpotensi untuk jadi pelanggan. 

Cara Mudah Untuk Bisnes Kecantikan Jadi Tarikan Pelanggan

4. BUAT TALKSHOW

Punca korang tak dapat tarik ramai pelanggan adalah asyik menjual dan share content yang sama je setiap hari.. Lama-lama orang tengok pun bosan!

Jadi korang kena fikir cara macam mana nak beri kelainan supaya content yang kita share di page tak hambar dan membosankan. Contohnya, korang boleh buat talkshow dengan jemput orang luar untuk sama-sama join sesi live korang.

5. SHARE RESULT PENGGUNA

Kunci paling mudah untuk tarik lebih ramai pelanggan adalah tunjuk result orang yang berjaya selepas menggunakan produk kecantikan korang. Haaa, macam mana nak buat?

Senang je, korang boleh minta pelanggan ambil gambar atau video sebelum dan selepas menggunakan produk. 

Percaya la, bila korang konsisten share result pengguna.. orang tak nak beli pun akan berminat nak beli. Sampai tak boleh nak tunggu esok!

Korang dapat sesuatu? Nak ke nak kalau saya beri lebih lagi? Sampai bila korang nak STUCK pada sales bawah RM10,000? 

Apa salahnya spend beberapa jam untuk betulkan kesilapan yang korang dah buat selama bertahun-tahun. Jom join kelas Onlinekan Bisnes Anda Finale secara PERCUMA je pada 3 April 2021 (Sabtu).. Ni dah last tau!

Daftar di → www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !