fbpx
blog najib asaddok

5 Cara FREE Marketing Yang Boleh Meroketkan Sales Anda

5 Cara FREE Marketing Yang Boleh Meroketkan Sales Anda

Ramai yang ingat kalau nak bisnes ni maju kita perlu keluarkan kos yang banyak untuk buat marketing. Nak kena bayar buat iklan, nak kena buat promosi, nak kena beli macam – macam yang menyebabkan dekat situ ada halangan. Mentaliti yang macam ni menyebabkan bisnes kita stuck untuk berkembang.

Sebenarnya ada banyak cara free marketing yang boleh kita guna. Manfaatkan betul – betul cara yang percuma ni dulu.Barulah guna cara yang berbayar.

Meh saya sharekan cara – cara free marketing yang boleh meroketkan lagi sales anda.

1. Facebook

Facebook merupakan platform yang paling relevant untuk memasarkan bisnes waktu sekarang sebab ada lebih 27 juta pengguna di seluruh Malaysia. Jadi peluang untuk dapat bakal pelanggan tu lebih besar berbanding platform online yang lain.

Macam – macam cara anda boleh buat secara percuma untuk memasarkan produk atau servis anda. Anda boleh buat Live, share content yang menarik, share gambar dan video.

2. Telegram Channel

Telegram Channel ni pun benda yang power juga untuk buat marketing. Platform ni boleh bantu anda direct bercakap, engage dan bina relationship dengan pelanggan atau bakal pelanggan anda.

Nak lebih berkesan anda boleh buat sesi Live Stream. Sesi Live Stream ni juga ada fungsi untuk kita buka kamera ketika buat sharing.

3. YouTube Channel

YouTube juga boleh bantu anda mendapatkan bakal pelanggan. Pengguna internet secara purata menonton video di laman web YouTube sekitar 15 – 30 minit setiap hari.

Hasilkan video yang menarik mengenai bisnes anda dan upload di YouTube. FB Live yang anda buat di Facebook tu pun boleh dimasukkan sekali tau. Sebab dengan video ni dapat bantu membina kepercayaan pelanggan.

4. Penulisan Blog

Blogging ni masih lagi merupakan salah satu cara yang bagus. Penulisan artikel ni tak perlu panjang pun, pendek pun tak apa yang penting ada point yang kita nak sampaikan. Tapi tak jadi masalah kalau nak buat penulisan yang panjang yang penting penulisan disampaikan itu menarik.

Kalau ada result atau  testimoni daripada pengguna anda boleh tulis dalam bentuk story dan publish di blog. Nak kongsikan pengalaman hidup kita pun boleh. Faham ke faham ni ?

5. Zoom Meeting

Zoom Meeting juga sesuai bagi perniagaan kecil – kecilan mengembangkan bisnes. Anda boleh buat sesi perkongsian percuma dalam bentuk video call atau video conference.

Platform macam ni dapat bantu anda lebih pantas bercakap dan berkongsi maklumat bersama pelanggan dengan lebih pantas.

Amacam korang dapat ke dapat ni ? Tak susah pun nak gunakan cara free marketing ni. Bila anda dah ada modal lebih boleh guna cara yabg berbayar pula.

Nak tambahkan ilmu lagi dalam mengonlinekan bisnes ? Jom kami akan bantu anda dalam sesi Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) Gandakan Jualan Online & Capai RM 10,000 Pertama pada 23 dan 24 Oktober 2021 di www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !