fbpx
blog najib asaddok

4 Perkara WAJIB TAHU Mulakan Pemasaran Berkesan !

4 Perkara WAJIB TAHU

PERHATIAN: Ambil masa 5 minit baca ni sampai habis kalau tak nak GAGAL dalam perniagaan!

4 Perkara WAJIB TAHU Mulakan Pemasaran Berkesan ! 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Ya sebab itu lah ramai di kalangan kita yang nak mula berniaga untuk memenuhi impian atau matlamat masing-masing. Tapi ramai yang GAGAL dalam perniagaan bukan disebabkan masalah modal tetapi disebabkan perkara sebegini :

  • Tiada ILMU Pemasaran

Ramai kurang menyedari bahawa ilmu pemasaran merupakan nadi utama dalam sesuatu perniagaan. Dengan pemasaran yang berkesanlah baru adanya jualan. Kan matlamat dalam bisnes untuk dapat jualan semaksimum yang boleh, tapi kalau pemasaran caca marba macam mana nak dapat jualan.Kan..kan..kan…

Saya dulu macam tu jugak..Buat macam-macam bisnes, beralih dari satu bisnes ke bisnes yang lain. Ingatkan produk tu yang bermasalah, tapi setiap kali buat tak bertahan lama…Bertahan lama dalam bisnes tau bukan ‘tahan lama’ yang tuuttt…hehehee

Tapi Allah beri saya kesedaran untuk semak balik. Rupanya yang bermasalah adalah diri saya sendiri. Tak tahu teknik pemasaran yang berkesan. Itu yang buat apa bisnes pun takkan jadi. Sebenarnya kena menguasai teknik pemasaran, belajar pemasaran yang berkesan & mampu tingkatkan jualan dengan kos promosi yang minimum.

Atas pengalaman ni lah saya nak kongsi dengan anda yang nak jalankan pemasaran secara online dengan skill yang berkesan, tepat & mampu tingkatkan jualan. Sebab apa saya pilih cara pemasaran online ?

  • Kos pengiklanan yang rendah tapi berkesan. Klik Ni
  • Trend orang sekarang online setiap hari
  • 16 juta pengguna fesbuk online
  • Mudah nak target bakal pembeli
  • Senang citer kos pemasaran yang mampu oleh setiap orang

Jadi apakah yang perlu anda tahu? Ada 4 ELEMEN penting untuk anda tahu dan berjaya dalam perniagaan melalui cara PEMASARAN yang betul.

PRODUK

Nak mulakan perniagaan anda perlu tahu apakah produk yang menjadi permintaan orang. Jual produk bukan main suka-suka atau rasa-rasa jer. Kaji apakah trend atau permintaan pasaran. Bisnes ni adalah menyelesaikan masalah orang. Orang beli produk pun sebab nak selesaikan masalah.

Untuk bermula dalam perniagaan melalui internet ni tak semestinya kena jual produk sendiri. Ramai yang berjaya dengan hanya jual produk orang lain samada secara affiliate, dropship atau jadi agen.

TRAFIK

Saya suka tekankan bila anda nak berniaga di internet pastikan anda memiliki website atau minisite. Dengan adanya web anda seperti memiliki kedai sendiri cuma ia nya secara maya. Perkara penting selepas ada web ni anda perlu lah tarik pelawat atau trafik melawat web anda tadi. Lebih ramai pelawat/trafik lebih jualan anda akan perolehi.

Anda juga perlu tahu ratio mereka yang akan membeli atau kita penggil ‘conversion rate’ iaitu jumlah pembeli dari jumlah pelawat. Katakan ada 100 orang pelawat yang datang ke web anda, berapa persen anda rasa yang akan membeli? Dari kajian mendapati dari 100 orang kebiasaanya yang akan membeli hanya 2 orang sahaja atau 2%.

Untuk mendapat ramai pembeli anda perlu menarik lebih ramai trafik! Bagaimana caranya? Salah satu adalah menggunakan skill pemasaran fesbuk. Nanti saya story lagi ya..tungguuuuu……

DATABASE

Tak semua pelawat yang datang ke web kita akan terus buat keputusan untuk membeli produk kita. Jadi salah satu senjata penting yang perlu anda tahu adalah teknik database atau Email Marketing. Tools ini akan membantu anda

  • Follow up prospek untuk dapatkan produk
  • Memujuk prospek
  • Dengan database anda boleh tawarkan produk lain pada masa akan datang
  • Anda akan mempunyai sumber trafik sendiri

Anda kena tahu dalam bisnes kita bukan nak menjual hanya sekali pada seorang pelanggan tetapi nak jual banyak kali! Sebab tu kena ada tools yang menyimpan database pelanggan. jadilah seorang businessman bukan salesman!

AYAT COPYWRITING

Ini pun skill yang perlu anda kuasai! Sepower mana produk anda, sepower mana anda mampu tarik trafik tanpa ayat jualan yang mantap produk anda takkan terjual! Ayat copywriting atau kita panggil ayat promosi penting untuk memastikan prospek mampu kita tukarkan menjadi pembeli.

Ramai newbie yang selalu buat silap dalam bab ni…Suka menulis ayat promosi dengan cara main hentam jer. Bila mereka menulis ayat promosi di fb 1 like pun tak dapat sebab orang menyampah dengan ayat promosi mereka. Banyak sangat fakta yang membosankan. Ayat promosi ni kena tahu cara yang betul & berkesan baru mampu meningkatkan jualan. Perbanyakkan elemen emosi & faedah produk anda!

Ok lah setakat  ni dulu sharing saya 4 Perkara WAJIB TAHU hari ni…nanti saya akan update lagi dengan post2 yang dapat membantu anda dalam perniagaan anda. Work smart dont work hard! Gunakan cara pemasaran yang efektif!

Najib Asaddok

Usahawan Internet

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !