fbpx
blog najib asaddok

3 Strategi Facebook Ads Untuk Letupkan Sales!

3-Strategi-Facebook-Ads-Untuk-Letupkan-Sales

Ramai di kalangan peniaga ni rasa diri dia tak pandai, kurang bijak atau tak ada tuah dalam bisnes. Tidak, itu sebenarnya bukan isu utama dan penyebab usahawan tak berjaya naikkan sales. 

Ada juga sesetengah orang terlalu banyak ilmu, google sana sini sehingga tak tahu nak gunakan teknik dan cara yang mana satu yang boleh menarik lebih ramai pelanggan. Korang kenal peniaga macam ni?

Sebenarnya apa yang korang perlukan sekarang adalah ilmu yang tepat, ilmu yang ada hasil atau proven result dan juga ilmu yang boleh tingkatkan kemahiran.

Ingat ya, nak berjaya dalam bisnes kena sentiasa upgrade ilmu. Baru la tak buang masa dan leburkan banyak duit. Marketing dulu dan sekarang tak sama sebab tu kita kena sentiasa upgrade ilmu. 

Jom teruskan baca sampai habis kalau korang nak tahu teknik atau strategi Facebook Ads yang boleh naikkan jualan dengan cepat. Ini sebenarnya yang ramai usahawan nak. Betul ke betul?

  1. Target Audience

Benda paling penting ialah kita nak kena tahu siapa pelanggan kita, lelaki ke perempuan? Dia minat apa?

Masa nak buat Facebook Ads ni nanti korang akan masukkan siapa audience yang korang nak sasarkan. Contohnya korang bisnes makanan, kita nak target orang yang ada interest makanan. Bila kita tahu benda ni, insyaAllah lebih mudah untuk tarik lebih ramai pelanggan. 

Sangat penting untuk kita kenal siapa audience tetapi ramai orang tak target audience dengan betul. Main belasah je sebab tu la tak ramai yang follow dan membeli dengan korang.

  1. Brand Awareness

Peniaga perlu memperkenalkan dulu bisnes dengan buat brand awareness. Nak buat benda ni korang kena ada Facebook Page dulu dan start untuk tarik ramai fans. 

Isu ramai orang ialah terlalu cepat nak dapat result sehingga tekan boost post. Tindakan ni sama la macam korang meleburkan duit sendiri. Faham ke faham ni? Jadi tolong jangan tekan butang boost post ni. 

  1. Kumpul Database

Database tu apa? Penting ke? Mesti la penting sebab dengan database ni la korang boleh follow up pelanggan sehingga dia tersangkut nak beli.

Kita kena jaga database sebab bila fans dah jadi pembeli potensi untuk membeli banyak kali tu sangat besar. Contohnya simpan maklumat pelanggan seperti nama, emel, no telefon dan alamat.

Mudah je kan? Jadi, mulai hari ni dapat dan kumpulkan sebanyak mungkin database yang ada. Jangan main-main tau dengan database sebab “DATABASE IS KING”.

Nak ke nak kami bantu lebih lagi? Dah lama bisnes tak kan tak ada impian untuk pecahkan sales RM10,000 sebulan? Apa kata korang dapatkan 7 Video Strategi Facebook Ads Capai RM10,000 Pertama secara PERCUMA.

Dapatkan info dan maklumat lanjut di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !