fbpx
blog najib asaddok

3 Punca Buat FB Ads GAGAL.. Patut Sales Ciput!

3 Punca FB Ads Gagal. Patut Sales Ciput!

Saya faham bukan senang untuk korang berniaga dalam kedaaan struggle terutama sekali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau korang sendiri perasan peningkatan kes hari ni sangat membimbangkan. 

Saya risau dengan keadaan ni, hopefully masih ada harapan untuk kita semua berniaga, insyaAllah. 

Jadi saya nak share sikit apa sebenarnya punca kegagalan ramai usahawan terutama pada mereka yang mengalami masalah pelanggan tak ramai dan sales tak meningkat. 

Apa yang saya sendiri lihat, puncanya ialah kita gagal menarik ramai pelanggan. Korang faham ni? Kita tak capai jualan yang kita nak sebab mungkin kita salah cara. 

Sebab tu topik kali ni nak fokuskan kepada apa kesilapan yang paling top kenapa ramai bisnes owner yang buat Facebook Ads GAGAL!

Korang ada ke masalah yang sama? Akaun Facebook kena block dan tak dibenarkan buat kempen di Facebook Ads. Saya tak salahkan korang tapi isunya ialah banyak benda yang korang tak tahu. 

Kalau korang nak tahu apakah kesilapan yang saya nak share ni, pastikan korang baca sampai habis tau…

  1. Sibuk Sangat Nak Menjual

Kesilapan ramai orang buat Facebook Ads adalah dia sibuk sangat nak menjual dan tak nampakkan value dan  buat orang nampak posting tu nak membantu pelanggan. 

Ini akan menyebabkan pelanggan lari lintang pukang beb! Saya dulu pun ingat macam tu juga, buat marketing ni kena promo, jual barang dan jadi juru jual. 

Kita kena ingat orang masuk social media sebab dia nk follow orang yang boleh beri manfaat, tips dan petua pada dia. Faham ke faham ni?

  1. Sibuk Buat Iklan 

Cuba tanya diri kita adakah kita selesa dengan orang yang buat iklan? Mesti lah tidak lah kan… 

Jadi kenapa kita sibuk nak buat iklan dalam Facebook? Sepatutnya kita kena buat benda yang lain contohnya banyakkan sharing, bagi content yang bagus yang boleh beri manfaat dalam masa yang sama apa yang kita tulis tu buatkan dia macam nak beli. 

Korang okay ke okay setakat ni?

  1. Tak Ikut Step By Step

Setiap benda yang kita buat ni ada langkah demi langkah tetapi ramai yang berniaga buat marketing ni dia tak ikut susunan dan tertib yang betul.

Sebab tu lah dia buat Facebook Ads tu salah. Saya perhatikan ramai peniaga yang start dengan tengah-tengah. 

Dengar apa yang saya nak sampaikan ni. Kita tak akan mampu pecahkan jualan RM100,000 sebulan dalam bisnes kalau kita tak start pecahkan RM10,000 pertama tu dulu.

Kalau kita mampu pecahkan RM10,000 pertama, insyaAllah semua benda akan jadi lebih mudah dan senang. 

Korang dapat sesuatu? Penting benda ni untuk korang tahu supaya korang tahu apa benda yang korang buat silap dan boleh baiki di masa yang akan datang. 

Nak ke nak kalau saya beri lebih lagi? Sebagai tanda penghargaan atas effort korang, saya nak jemput korang untuk mendaftar Kelas RPM Nak Tarik Pelanggan Edisi Strategi Facebook Ads Capai RM10,000 Pertama..

SEGERA dapatkan tempat anda dalam RPM Facebook Ads yang bernilai RM10,000 dengan komitmen serendah RM20 sahaja!

Untuk dapatkan tempat, sila KLIK di –> www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !