3 Perkara Penting Untuk Peniaga Yang Baru Wajib Tahu.

3 Perkara Penting Untuk Peniaga Yang Baru Wajib Tahu

Apabila nak mulakan peniagaan atau bisnes sebenarnya perlukan persediaan terlebih dahulu. Nak jadi usahawan, peniaga yang berjaya perlu lalui banyak cabaran dan rintangan. Tapi bila banyak cabaran lalu tu, jangan lah pula rasa down.

Rasa give up sampai taknak lagi teruskan bisnes tu. Habiskan dengan apa yang anda mula. Itu ciri-ciri orang yang berjaya.

Jadi untuk peniaga yang baru nak mulakan bisnes patut buat ada beberapa perkara penting :

1. Kenal Pasti Pasaran

Pasaran ataupun Market ni penting untuk setiap peniaga tahu supaya dapat kenal pasti seberapa jauh bisnes yang dijalankan boleh sampai. Kalau setakat boleh capai beberapa ribu sahaja setiap bulan, bermakna market yang anda pilih tak sesuai.

Anda wajib tahu pasaran dimana kalau bisnes anda buka disitu ramai yang akan datang untuk membeli. Bagusnya kalau melalui online ni, serata Malaysia boleh target!

Cumanya kita taknak lah seluruh Malaysia, habis kos marketing nanti lebur sebab target pada seluruh pasaran. Target pada tempat-tempat yang sebetulnya disitu terletak bakal pelanggan anda.

2. Buat Survey

Eh jap, anda pernah buat survey ? Atau sebenarnya tak pernah buat.. Kalau anda nak tahu kenapa pentingnya survey ni untuk sesuatu bisnes, supaya anda mudah dapat ramai pelanggan.

Dengan hasil survey ni, anda akan lebih jelas siapa sebenarnya target customer anda. Bila dah jelas, haa apa tunggu lagi terus lah sambar !

Opps, sambar tu maksudnya fokus terus untuk target pada pelanggan tu. Bina marketing dan targetkan pada pelanggan tersebut. Jadi, tembakan anda akan lebih tepat pada sasaran.. Kos tak rugi untuk melabur!

3. Pemilihan Kepakaran

Apa kepakaran yang anda nak tunjukkan kepada bakal pelanggan anda? Lebih spesifik, lebih mudah untuk orang ingat brand bisnes anda. Penting setiap peniaga tahu perkara ni supaya dalam pembinaan content anda di media sosial lebih ramai yang akan engage.

Tapi apa jadi kalau anda claim yang bisnes anda ni hebat semua perkara. Macam-macam boleh buat.. Mesti lah ramai tak percaya!

Dan ni lah antara punca utama patut peniaga elak.. Kata nak bisnes ramai orang kejar. Jangan lah buat perkara yang silap.

Ingat ni, lebih ramai orang yang anda bantu disebabkan anda pakar pada sesuatu bidang lebih banyak lah hasil yang akan anda dapat. Eh jap jap, nak tahu lebih lagi tentang Marketing secara online?

Mudah jer, boleh terus layari di www.naktarikpelanggan.com untuk sebarang info terkini. Semoga bermanfaat!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !