fbpx
blog najib asaddok

3 Perkara Penting Bila Nak Buat Video

3 Perkara Penting Bila Nak Buat Video

Nak buatkan orang kenal produk ataupun servis kita, kita kena tahu cara nak buat marketing. Salah satu cara marketing yang paling ‘Top’ masa ni adalah buat video.

Ramai orang suka tengok video pendek kat Tiktok, Instagram dan Facebook (Reels). Nak buat video ni pun senang je tapi bila dah up dekat social media tak ramai pula orang nak like, komen dengan share. Stress pula rasa bila dah penat – penat buat tapi tak dapat sambutan.

Sebab tu sebelum nak buat video, anda kena tahu 3 perkara ni dulu…

1. Content Dalam Video

Kena tahu apa jenis content yang nak dibuat dalam video tu. Apa mesej yang kita nak sampaikan pada audience ? Audience faham tak video tu pasal apa ? Itu persoalannya. 

Contoh, kalau anda jual produk skincare, anda boleh buat content video tips penjagaan kulit, video cara packing barang ataupun video drama pendek yang ada value & pengajaran. Tak ada lah nak buat content video yang sama je setiap hari.  Orang yang follow social media kita pun tak bosan & rasa tertunggu – tunggu video seterusnya.

2. Pilih Music Yang Sesuai Video

Video yang ada music ataupun audio ni lebih menarik. Ia boleh menaikkan mood orang yang tengok tu. Tapi bila nak letak music tu kena pilih yang sesuai dengan content video.

Buat video mengenai tips ataupun motivasi untuk bagi orang semangat, pilih music yang rancak supaya dapat naikkan lagi mood orang tu. Kalau content video tu sedih, letak music yang sayu – sayu je.

3. Kualiti Video

Kalau video tu blur, tak jelas, sangkut – sangkut, orang pun kurang tertarik nak tengok sampai habis. Sebabtu kualiti video ni kena jaga. Rakam video pada kualiti yang terbaik, HD (High Definition), jelas barulah orang suka nak tengok.

Sama juga bila nak letak text ataupun subtitle, kena jelas nak bagi orang senang baca & faham.

Penting tau untuk tahu 3 perkara ni sebelum anda nak buat video. Barulah video tu orang suka nak tengok, like, komen & share. Tak ada lah usaha anda buat video tu sia – sia.

Amacam dapat ke dapat ni ? Banyak lagi cara nak buat Marketing ni. Apa kata anda rendahkan ego dan tambahkan ilmu dalam onlinekan bisnes. Jom jadi yang terawal rebut peluang dalam kelas Mega Momentum Bisnes pada 20 & 21 Ogos 2022 secara PERCUMA di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Daftar segera di www.MomentumBisnes.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !