fbpx
blog najib asaddok

3 Pantang Larang Dalam Adat Copywriting

3 Pantang Larang Dalam Adat Copywriting

Siapa kat sini dah lama buat bisnes tapi still tak boleh nak attract pelanggan? Dah macam-macam cara yang kita buat tapi still tak ada apa-apa perubahan.

 Yang berubah cuma tiga benda jer. Pertama, duit yang kita labur tu lebur terus. Kedua, hutang kita makin berlambak dan yang ketiga stress level kita makin naik.  Betul ke betul ?

Salah satu sebab dia adalah kita lemah sangat dalam bab copywriting. Teknik copywriting yang diguna hanya mampu untuk buat pelanggan cabut lari bukannya datang kemari. 

Bukannya korang tak tahu tapi korang pasti tak pernah dengar tentang PANTANG LARANG copywriting. Haa, bukan kita jer yang ada pantang larang tau. Copywriting pun ada adat dia yang tersendiri. 

Nak tahu apa dia jom baca apa pantang larang yang korang kena patuh dan tak boleh langgar. 

Point 1: Menggunakan Ayat Berunsur Negatif 

Kita nak bantu selesaikan masalah pelanggan bukannya nak buat diorang rasa terbeban.  Perkataan yang negatif akan lemahkan semangat mereka.  

Ia boleh buatkan mereka rasa marah dan boleh menyebabkan mereka hilang kepercayaan atas bisnes kita. Salah satu sebab kenapa banyak FB page dan juga ads kena block. 

Perbanyakkan perkataan yang positif yang boleh naikkan semangat mereka dan boleh buat mereka. 

Point 2: Perkataan Menyindir

Siapa kat sini suka kalau disindir dengan sengaja?  Korang suka tak bila ada orang ejek/sindir korang sebab warna kulit, agama, jantina dan juga rupa korang

Sebab tu kita jangan guna perkataan-perkataan begitu. Ia akan buatkan pelanggan/followers kita rasa tak puas hati dan akan hilang trust pada bisnes kita.

Bukan itu jer, benda ni boleh timbulkan salah faham juga. Jangan terkejut kalau followers/pelanggan  tinggalkan atau report ads dan FB page korang.  

Gunakan perkataan yang boleh lembutkan dan juga pikat hati pelanggan korang yang boleh bina trust pada bisnes korang.

Point 3: Menggunakan Perkataan Yang Susah Nak Faham

Kita nak buat pelanggan kita faham dan kenalkan apa bisnes yang kita buat tapi ayat yang kita gunakan tu kita petik dari kamus dewan. Korang rasa pelanggan korang akan faham ke tak? 

Actually, kita tak payah pun nak gunakan perkataan yang bombastik sangat. Keep it short and simple supaya pelanggan korang ni senang nak faham. 

Gunakan perkataan yang akan buatkan pelanggan korang senang faham dan cepat jatuh hati pada produk/bisnes korang.  

Contoh; Burger yang dibakar dengan daging ‘homemade’ ketebalan isinya siap dicurahkan dengan cheese banjir meleleh!!. 

P.s. tu contoh jer tau.. 

Saya nak jemput korang join Kelas Strategi Online Rocket Marketing (STORM) yang saya nak buat pada 24 & 25 April 2021 ni. Daftar di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !