fbpx
blog najib asaddok

3 Kunci Power Untuk Bisnes Grow Next Level

3 Kunci Power Untuk Bisnes Grow Next Level Marketing

Pernah korang rasa bila buat bisnes bertahun tapi takda hasil? Bisnes tak grow pun.. Bercampur bauk perasaan kan… Yang bagusnya sebab korang masih lagi berdiri dan tak berputus asa.

Bisnes ni mudah sebenarnya kalau korang ada ilmu yang betul dan bukan dapat advice daripada orang yang tak ada result. Jadi sangat penting untuk pilih “The Right Mentor” untuk bimbing bisnes pergi lebih jauh.

Tapi korang jangan risau sebab 3 kunci power ni still akan saya bagi untuk korang break numbers bisnes yang dah lama sangat stuck tu..

Dekat sini saya nak share tips penting untuk korang yang nak bisnes tu pergi kedepan, pergi lebih jauh daripada position bisnes korang yang sekarang.

Point yang pertama & kunci penting untuk bisnes grow next level ialah jaga jantung bisnes anda. Bagi sesiapa yang masih lagi tak tahu apa tu jantung bisnes, maksud pada jantung bisnes ialah MARKETING.

Dan istilah pada marketing pula buat orang NAMPAK. Ya….. Nampak wujudnya bisnes yang korang jalankan tu. Takda jantung bisnes ni, tak hidup lah bisnes tu. Ni faham ke faham ni? Nak buat orang nampak tak susah pun, salah satunya korang boleh buat something yang berbeza daripada orang lain ataupun dipanggil unik.

Bila ada keunikkan pada bisnes korang, ramai yang akan mula untuk kenal. Ni korang dapat ke dapat sesuatu ni?

Okay untuk point kedua ni korang kena ambil berat sebab setiap wujudnya bisnes pasti ada benda ni.. Point yang kedua adalah KENAL PASTI DIRECTION.. Direction ataupun haluan dalam bisnes. Kemana arah tuju untuk bisnes korang ni bergerak.

Bisnes atau perniagaan korang jalankan ibarat kapal layar dan korang adalah KAPTEN dalam kapal. Kalau kapten sendiri tak tahu hala tuju, tak tahu ke arah mana kapal nak berlayar agak-agak korang apa yang berlaku pada bisnes? Pasti SESAT!

Dah kalau sesat, sebabtu korang maintain jer dengan sales tu sebulan. Amacam, korang boleh handle lagi setakat ni atau kita nak berhenti dah? Gurau-gurau, jom kita lengkapkan 3 kunci power ni supaya bisnes korang boleh grow next level.

Good job gais sebab korang dah nak habis ke penghujung.. Tak lengkap kalau korang masih blur katak dalam numbers.. Point yang terakhir adalah TAHU NUMBERS.. Atau istilah lain magic numbers.. Dengan sales yang korangc target sebenarnya berapa orang jer yang korang perlu bantu.. Dan numbers tu lah perlu korang terapkan dalam mindset dan juga team korang.

Ouh ya, lagi 1 bagus juga kalau korang tukarkan niat dengan bantu berapa ramai orang tahun ni.. Korang kena faham, kalau korang dapat bantu orang sales atau duit pasti akan ikut juga. Jadi betulkan niat dan aim pada numbers yang korang perlu bantu.

Good job sebab korang berjaya dapatkan 3 kunci power untuk grow bisnes next level. Amazing.. Ingat ya, apa yang korang dapat ni takkan berlaku bila korang tak sertakan dengan TINDAKAN.

Jom buat tindakan sekarang dan bagi peluang pada diri korang untuk kami bantu.. Daftar kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) yang akan berlangsung pada 13 & 14 Mac 2021 di www.NakTarikPelanggan.com

All the best gais!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !