fbpx
blog najib asaddok

3 Kesilapan Yang Kita Boleh Elak Bila Buat COPYWRITING

3 Kesilapan Yang Kita Boleh Elak Bila Buat Copywriting

Saya nak tanyalah kalau korang tulis copywriting korang main tulis jer atau ada rujuk mana-mana tempat? Yelah, saya tak naklah korang syok sendiri jer bila tulis copywriting. Entah ada emosi atau tak. 

Lagi sedih bila terus menjual atau promote bisnes korang. Mana maunya pelanggan tu nak datang dekat korang, dahlah tak kenal lepas tu nak suruh dia beli dengan korang. 

Cuba korang letakkan diri korang sebagai pelanggan, korang nak beli? Saya kompom korang pun ragu-ragu nak beli atau korang terus tolak. Kan? 

Sebab tu saya nak bagitahu 3 perkara yang korang boleh elak bila nak tulis copywriting.

Ayat skema

Kita ni tulis ni jangan tulis copywriting macam dapat soalan exam “Berapakah bilangan guli yang ada dalam sebuah balang”. Bukan macam tu, kita kena tahu kita berurusan dengan manusia, manusia ni ada emosi. 

Bila kita nak tulis, kita tulis macam gaya bercakap. Sebab itu, bila kita dah taip kita baca balik kena atau tak. 

Menjual direct/ terus promote

Kita ni kalau terus menjual atau promote orang tak suka. Silap-silap pelanggan lari. 

Sebab tu kita kena buat orang nampak, kenal, suka & percaya dengan bisnes kita dulu barulah bakal pelanggan datang dekat dengan kita. Faham?

Terlalu fakta

Bila cakap tentang fakta ni, sebenarnya kebanyakkan orang tak tahu pun apa fungsi ingredients yang ada dalam produk.  

Kalau korang bagitahu pelanggan “produk ini mengandungi vitamin A, B, C dan kaya dengan zat besi…bla bla bla..” confirm dia tak tahulah. 

Habis apa nak kena buat? Korang sebenarnya kena bagitahu tentang keunikkan produk, benefits apa yang pelanggan tu dapat bila dia gunakan produk atau servis. Nak lebih menyakinkan korang perlu ada testimosi itu membuatkan orang lebih percayakan bisnes korang.  

Amacam? Dapat sesuatu? Kalau dalam copywriting korang ada kesilapan ni, dah boleh terus betulkan tau. Join channel Telegram saya untuk dapatkan tips bisnes dan info kelas terkini di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !