fbpx
blog najib asaddok

3 Kesilapan Utama Yang Boleh Buat Bisnes Terkubur! Stop Doing This!

3 Kesilapan Utama Yang Boleh Buat Bisnes Terkubur

Asyik buat silap jer dalam perniagaan, eh kejap silap-silap korang sendiri tak tahu korang tengah buat benda silap. Haa, ni nak bagitahu ada beberapa kesilapan utama dalam bisnes secara online.

Benda ni kalau nak dikongsikan of course boleh, cumanya pastikan korang buat tindakan terus supaya dapat keluar daripada kesilapan tu. Lagi bagus kalau korang sharekan artikel ni pada rakan lain untuk beri manfaat.

Biasa lah, dalam bisnes ni memang semua akan lakukan kesilapan cumanya adakah kita ni bijak untuk dapat jalan “shortcut” capai target?

Nak shortcut dalam bisnes, perlu belajar daripada kesilapan orang lain ataupun dapatkan sendiri advice daripada orang yang berpengalaman & ada result.

Okay, ni ada 3 kesilapan utama yang patut korang elak dalam bisnes online..

Yang Pertama : Terlalu Banyak Platform

Platform ataupun Social Media yang korang gunakan jangan terlalu banyak, lebih-lebih lagi pada peringkat yang baru nak berniaga. Kejap-kejap Instagram, lepastu ubah pada Facebook, Youtube, Tiktok dan sebagainya.

Senang citer semua korang nak bolot. Dah lah founder jer bekerja dalam bisnes, lepastu tak lama nanti founder not found. Sebab penat buat kerja terlalu banyak.

Apa kata korang fokus dulu pada 1 social media ataupun platform sebagai contoh Facebook Page. Facebook page jer dah ada seramai 25 Juta pengguna seluruh Malaysia. Kan ramai tu, lagi-lagi orang panggil KingKong of Social Media.

Jadi cuba korang fokuskan dulu mana yang patut korang guna dalam bisnes. Ingat ya, jangan tamak…

Yang Kedua : Buat Ayat Sendu

Haa yang point kedua ni sebenarnya penting dalam social media.. Ayat kena power untuk tarik minat orang baca.. Kita tengok pada headline surat khabar sendiri sebagai contoh, confirm ayat dia power sehingga korang terus buka pada angka artikel tu sendiri.

Tapi apa yang jadi sekarang kalau korang perhatikan, ramai yang buat ayat terlalu bosan beb. Ayat fakta manjang. Sikit-sikit vitamin semua keluar. Orang yang baca artikel tu confirm dah boleh jadi Doctor lepas baca tu, sebab dia dah mula faham tentang sains.. Hehe

Gurau-gurau..

Sama juga macam ayat ataupun copywriting yang korang gunakan dalam social media. Persoalannya korang tu gunakan ayat yang macam mana. Ayat yang bosan ataupun ayat yang mudah orang faham untuk baca.

Jadi nak buat orang suka dengan brand kita, buat ayat yang power tau! Yang lebih santai supaya orang tertarik & nak baca sampai habis. Ni faham ker faham ni? Okay jom pergi ke last point!

Yang Ketiga : Terus Langkah Kejar Sales

Yang ketiga ataupun yang terakhir ni kritikal kalau korang ni jenis yang suka direct menjual. Eh nak tanya ni, kalau korang nampak “salesman atau saleswoman” korang duduk dan nak dengar atau korang lari ? Dah tahu macam tu, kenapa korang pergi buat benda silap ni?

Improve dari segi posting supaya korang dapat bina lebih engagement pada fans atau audience korang ya! Buat semua orang suka dengan korang. Macam mana nak buat ?

Mudah jer, korang sharekan “value”.. Sebagai contoh bagi Tips, sharing something yang menarik minat orang membaca macam sekarang ni.. Korang kan dapat tips ni supaya tak silap buat dalam bisnes, korang dapat manfaat. Haaa amacam?

Jadi buat diorng suka dulu dengan korang baru lah korang boleh bagitahu korang ada produk yang boleh selesaikan masalah diorang ni..

Bagi korang yang mungkin baru dalam perniagaan ataupun dah lama berniaga pernah buat kesilapan ni, tips ni bagus untuk korang ubah tindakan. Perlu cari ilmu yang proven sukses supaya buat bisnes tu lebih terarah.

Ada direction dalam bisnes dan tahu selok-belok pasti mudah untuk korang capai sales dalam target. Semoga bermanfaat.

www.momentuminternet.com/storm

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !